Buffet Ramadhan,

Sreat Thai Sediakan Bufet Ramadan Penuh Dengan Hidangan Popular Thailand

Khamis, Mei 18, 2017 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lokasi yang menyediakan bufet Ramadan dengan lebih 60 jenis makanan semuanya berasal dari Thailand. Kalau mereka yang suka travel ker negara gajah putih tu harus datang untuk buka puasa kat sini. Tempat yang Maha maksudkan adalah Streat Thai.



Kalau korang yang selalu jalan-jalan kat Thailand mereka cukup popular dengan makanan yang unik-unik dan pelik-pelik tapi sedap. Begitu juga kat sini yang mempamerkan hampir semua makanan yang popular seperti makanan gerai di tepi jalan yang di Thailand.



Restoran ini terletak di dalam kawasan Jaya One Petaling Jaya kat sini banyak parking tapi ada cas dikenakan mengikut waktu. Maha datang kat sini pun tak susah nak cari kawasan restoran ni senang jer. Cuma kalau korang tanya sini masih tak ada sijil Halal tapi kat sini pork free.






Ok bufet Ramadan kat sini mereka sediakan pelbagai makanan menarik seperti BBQ daging, makanan laut yang segar-segar dan pelbagai rasa. Ada rasa masam, pedas, manis dan membuat lidah kita berkata-kata tentang makanan kat sini. Korang boleh cuba seperti BBQ Meat of Striploin, BBQ Well-Marinated Smoked Chicken, Lamb in Skewer, Grilled Big Squid, Stir Fried Lala With Chili Paste dan banyak lagi.

 






Tu bahagian BBQ yang memang kena cubalah tapi yang bahagian lauk-pauk berkuah juga tak kurang menariknya. Maha sangat suka makan Green Curry Beef, Tom Yam Chicken Soup, Tom Khai Khai, Cabbage Chicken Soup, Fish Ball In Spicy Soup, Egg Tamarind Sauce, Pad Krapao Chicken, Stir Fried Egg Plant dan Tofu Soup with Minced Chicken.









Ada juga banyak makanan bergoreng kerana kat sana memang popular dengan pelbagai makanan goreng selalu kita order Nasi Goreng Pataya jer kan. Tapi kat sini ada banyak lagi nadi goreng seperti Egg Fried Rice, Tom Yum Fried Rice, Stir Fried Pad See Eiw dan Stir Fried Flat Rice Noodle. Ada banyak lagi tapi ni yang Maha sempat cuba dan tahu nama jer hehehe.







Kemudian ada pula kalau orang putih panggil salad tapi kita penggil kerabu. Kat sini ada pelbagai jenis kerabu yang popular seperti Kerabu Mangga. Last paling dicari-cari bila makan-makanan Thai ini adalah pencuci mulut. Maha paling suka adalah Pulut Mangga kat sini sangat sedap dan lemak. Kemudian ada lagi seperti Red Ruby, Pumpkin In Coconut Milk, Coconut Jelly, Sago In Coconut Milk, Kanom Tom, Tako Taro dan banyak lagi.





Tu baru separuh ok antara menu yang Maha sempat tulis kat sini tapi sebenarnya ada banyak lagi makanan dan korang rambang mata nak makan. Tapi ingat makan sekadar untuk berbuka puasa dan jangan membazir kerana bulan puasa banyak kena ingat pada orang yang susah betul tak.




Nak tahu harga bufet kat sini sangat-sangat bebaloi dengan makanan yang enak-enak hanya RM49.90++ bagi dewasa dan RM19.90++ bagi kanak-kanak dari usia 6 hingga 12 tahun. Bufet ini akan bermula dari hari pertama Ramadan nanti iaitu 27 Mei hingga 24 Jun 2017 dari pukul 7.00 malam hingga 9.30 malam. Sapa rasa rindu pada makanan Thai boleh lah datang sini enjoy dengan makanan yang best sekali. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03-7496-1297

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Memang best sangat makanan banyak akak....

      Padam
  2. Balasan
    1. Sedap tu suka bila tengok makanan banyak macam ni.

      Padam
  3. wah..nmpk sedap tu.melanatak la klu g..huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tempat untuk melantak akak hehehe best kat sini..

      Padam