Buffet Ramadhan,
Berbuka Puasa, Bersahur Dan Bermalam Di The Everly Putrajaya
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mana hotel yang sediakan semua pakej istimewa dengan harga yang menarik sempena dengan Ramadhan kali ini. The Everly Putrajaya memastikan kepuasan korang untuk berpuasa dan berbuka satu hari di hotel mereka.
The Everly Putrajaya antara hotel yang terletak di pusat pentadbiran negara dan bersebelahan dengan Alamanda Shopping Center. Jadi kalau menginap kat sini nak shopping baju raya lagi mudah jalan kaki jer. Hotel ni juga dikelilingi dengan tasik Putrajaya yang indah dan memberi pemandangan luas yang sangat tenang. Jadi tak salah dan silap kalau korang yang datang ke Putrajaya atas urusan kerja atau juga bercuti untuk menginap di sini.
Bilik hotel ni selesa ada pelbagai jenis daripada Junior Suite, Deluxe King/ Twin dan juga Executive Suite. Yang Maha sempat menginap di hotel ini pada tahun 2016 adalah Deluxe Twin yang ada dua katil luas. Kemudahan yang ada dalam bilik Maha duduk ni iaitu iron dan iron board, Wifi percuma, tea dah coffee making facilities.
Bilik air juga selesa ada shower walaupun tak ada bath tab kerana tak silap bilik Executive Suite jer ada hehehe berangan kejap. Tapi tak apa kat luar bahagian bawah hotel ni ada swimming pool yang luas. Kawasan kolam renang ini betul-betul tepi tasik dan sambil santai-santai relax boleh mengadap ketenangan tasik sambil melihat waktu senja belabuh di Putrajaya.
Bersempena dengan Ramadhan tahun ini kalau korang mengambil bilik untuk satu malam boleh dapat offer yang menarik. Sesiapa menginap kat sini dapat harga serendah RM248.00 untuk 1 malam bersama dengan hidangan sahur dan juga bufet berbuka puasa untuk seorang. Wow kalau datang atas urusan kerja bulan Ramadhan ini sangat sesuai nak menginap sini.
Ini sebab Maha sendiri dah makan Bufet Ramadhan kat Cafe Fuze hotel ini sangat banyak pilihan makanan. Paling Maha suka ada Nasi Ambeng Ayam Tempayan dan juga Sup Tulang Gear Box. Puas makan sebab saiz sangat besar. Selain tu juga ada hidangan lauk-pauk tradisional seperti Sambal Petai Udang, Masak Lemak Keli, Kari Daging, Daging Masak Hitam, Ketam Goreng Garing dan Sotong Goreng Berkicap.
Kalau korang nak tengok menu berbuka puasa ni boleh terjah entry Warisan, Kini Selamanya Tema Bufet Ramadan yang Maha tulis sebelum ni. Korang tak perlu bayar untuk harga bufet kerana korang menginap kat hotel ni dah ada semua pakej yang Maha nyatakan tadi. Jadi selamat beristirehat sambil menjalankan ibadah puasa di The Everly Putrajaya dan selamat berbuka puasa semua dengan gembira.
Tempahan dan pertanyaan sila hubungi :-
Tel : 03-88922921
03-88922929
018-2231310
Email : norazzah.omar@theeverlygroup.com
Laman web : http://putrajaya.theeverlyhotel.com
Kalau sebut blogger tersohor MahaMahu boleh dapat diskaun tak? :d
BalasPadamIn Sha Allah boleh jer kalau time tu aku Director wakakakaka..
PadamWow.. Bermalam di hotel.. Best giler untuk pasangan pengantin baru..
BalasPadamNak tapi saya dah kahwin la..
Wakakaka boleh jer bro kalau datang atas urusan kerja kat Putrajaya sesuai sgt menginap sini selesa..
PadamBestnya makan di hotel..wow..
BalasPadamHehehehe ala semua orang boleh makan kat hotel...
Padam