Buffet Ramadhan,
Bufet Makan Malam Sempena Bulan Perayaan Di Lemon Garden ShangriLa Hotel Kuala Lumpur
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lagi lokasi untuk korang plan bulan Ramadan ni berbuka puasa bersama keluarga atau juga rakan-rakan. Kali ni tak jauh betul-betul dekat tengah Kuala Lumpur iaitu Shangri-La Hotel KL.
Bufet makan malam special sempena dengan Ramadan kali ini diadakan di Lemon Garden. Kalau hotel-hotel macam ni bufet mereka mesti ada koleksi makanan tempatan dan juga antarabangsa. Begitu juga dengan hotel ni macam-macam pilihan ada boleh menambat selera untuk berbuka puasa nanti.
Menariknya adalah pembuka selera seperti Sambal Goreng Buah Jering dengan Ikan Bilis, Kerabu Taugeh dengan Ikan Masin, Ikan Masin Goreng Bercili, dan banyak lagi. Kat sini mereka bahagikan kepada beberapa sektor untuk memudahkan pemilihan makanan.
Seperti sudut makanan BBQ ni yang menghidangkan pelbagai hidangan mewah seperti Iran Kubbiedeh (Charcoal Grill Minced Lamb), Shish Tawouk (Charcoal Grilled Chicken Cubes), Iranian Tikka Mastih (Charcoal Grilled Beef), Barbecued Chicken Wings, Fresh Water Prawns, Grilled Oysters, Kekapis dan banyak lagi. Part ni sahaja dah international punya hidangan pelik-pelik nama melambangkan rasa yang unik ni.
Tadi bahagian BBQ sekarang kita ke bahagian utama iaitu Seafood Station dengan pelbagai pilihan makanan laut segar. Korang boleh pilih antara Freshly Shucked Oysters, Steamed Tiger Prawns, Green Lips Mussels, Yabbies dan Baby Scallops. Suka tak bagi pecinta makanan laut ini bagaikan syurga mereka.
Kita masuk pula bahagian makanan tempata seperti yang ada di The Carving Corner ni menampilkan Kambing Panggang dimasak sempurna dengan herba dan rempah ratus terpilih. Terdapat juga gerai seperti suasana pasar malam yang disediakan untuk makanan musim perayaan Lemang Pulut, Lemang Pulut Hitam, Ketupat Palas, Serunding Ayam, Daging dan Ikan.
Sini juga ada lauk pauk masakan Melayu yang menarik seperti Ikan Singgang Pedas dengan Keladi, Udang Masak Sambal dengan Kacang Buncis, Rendang Pipi Lembu, Sotong Masak Kari Kering, Ayam Masak Biryani dan banyak lagi. Juga ada Satay Ayam dan Daging yang wajib dalam menu bufet macam ni dan juga Sup Kambing.
Paling dinanti-nanti adalah pencuci mulut di bahagian The Dessert Pavilion menampilkan seperti Ais Kacang, Cempedak Goreng, Apam Balik, Kek Durian, Onde Onde, Tiramisu Tropical, Coconut Raisin Tarts dan macam-macam lagi. Walaupun banyak makanan dan pilihan tapi ingat bulan Ramadan kena bersederhana jangan membazir.
Bufet makan malam kat sini berharga RM198.00 nett seorang setiap hari Ahad hingga Khamis dan bufet makanan laut pula berharga RM218.00 nett seorang setiap hari Jumaat dan Sabtu. Ia dibuka setiap hari dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam bermula 27 Mei hingga 24 Jun 2017 ini.
So tunggu apa lagi ini adalah pilihan yang menarik untuk korang berbuka puasa juga jadi boleh datang makan hotel bertaraf 5 bintang ini dengan harga yang menarik. selamat berbuka puasa semua dan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan.
Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 03 - 2074 3900
E-mail : restaurantreservations.slkl@shangri-la.com
Laman web : www.shangri-la-specials.com
wah..mknan die kebabom..padan la dgn hrga
BalasPadamHehehe sekali sekala nak buka puasa kat hotel apa salah bawa family hehehe..
Padam