Air Fryer,

Buka Puasa Resipi Ayam Percik Ala Kelantan Menggunakan Pensonic Chef's Like Air Fryer

Isnin, Jun 05, 2017 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Teringin punya pasal nak makan Ayam Percik nak beli kadang-kadang rasa tak semenggah dengan rupa. Jadi Maha plan untuk masak sendiri resipi tradisional ini, nak try buat yang ala-ala Kelantan punya manis dan lebih buka selera waktu berpuasa ni.


Jadi pergi Mydin untuk beli semua barang-barang nak memasak resipi ini. Maha cari resipi ni kat google jer pastu try buat mana yang agak macam sedap jer. Ayam percik ini selalu orang panggang kat api arang atau dapur gas tapi kali ni Maha nak gunakan Pensonic Chef's Like Air Fryer. Kata orang lebih sihat tanpa minyak dan masak lebih sekata.


Air Fryer ini saiz agak besar jadi boleh muat lah untuk masak kalau setakat seekor ayam tu. Cuma kali ni Maha masak sikit jer sebab nak makan bujang. Bestnya Air Fryer ini ia ada 30 minit auto shut off dan bunyi apabila ia dah tamat memasak jadi tak perlu risau nak biar lama pun. Boleh masak macam-macam sebenarnya dengan air fryer ini seperti menggoreng, membakar dan juga memanggang. 



Walau nampak besar tapi ia ringan di angkat dan atasnya ada pemegaang yang memudahkan kerja mengangkat. Kemudian kat tapak bawah pula ada kaki anti-skid yang membuatkan ia teletak di satu-satu tempat tak mudah bergerak. Cara nak menggunakan produk ni sangat mudah tak susah pun sebab ada pelaras suhu dan timer yang korang perlu set pastu siap. Kalau nak beli produk Pensonic Chef's Like Air Fryer ini boleh dapatkan secara dalam talian kat Lazada beli kat sini jer http://ho.lazada.com.my/SHQll2.


Ok dah cite pasal Air Fryer ini sekarang nak cite pasal resipi pulak. Bahan-bahan yang Maha gunakan pun mudah nak cari dan tak banyak rupanya. Jom kita tengok bahan-bahan untuk membuat resipi Ayam Percik Ala Kelantan ini.

Bahan-bahan untuk memasak Resipi Ayam Percik Ala Kelantan



Bahan Perapan:
3 ketul Daging Ayam
1 biji Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Garam secukup rasa

Bahan Kuah Percik:
1 kotak Santan
2 biji Bawang Merah
1 inci Halia
1 batang Serai
5 tangkai Cili Kering
2 sudu Gula
1 sudu Air Asam Jawa
Garam secukup rasa
 

Cara-cara memasaka Resipi Ayam Pecik ala Kelantan

 
Ok tu bahagian bahan-bahan sekarang ni Maha nak tunjuk cara nak membuat resipi ni sampai jayanya. Korang hanya perlu tonton video ini sampai habis jangan skip tapi kalau laju tu pause lah dulu ok hehehe. 


So macam mana rasa nak buat sendiri kan lepas ni Ayam Percik. Tak perlu nak beli kat Bazar Ramadhan lagi. Kalau yang keluarga besar tu boleh sangat masak sendiri lebih jimat dan juga banyak boleh makan. Maha dah teruja nak berbuka puasa dengan Ayam Percik Ala Kelantan ni. 


Maha terinpirasi nak buat resipi menggunakan produk Pensonic Chef's Like ni sebab menonton rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic yang sekarang ni tengah belangsung setiap hari Isnin jam 6.00 petang di TV3. Chef Mail masak bersama dengan celebriti jemputan dan juga pemenang praduan We Want You To Be On TV yang mereka buat kat Facebook Pensonic dulu.


Tapi sebenarnya korang masih boleh menang produk-produk Chef's Like macam yang Maha guna ni kalau korang menonton program ni sepanjang bulan Ramadhan. Lepas tu mereka akan bagi contest kat Facebook Pensonic Malaysia lepas sahaja rancangan tersebut. Jadi korang terus jer jawab kat sana dan boleh menang produk Chef's Like. Selamat mencuba memasak semua, selamat menyertai peraduan dan selamat berbuka puasa.





2 ulasan:

  1. Syok la masak guna air fryer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe baru nak cuba-cuba jer ni tapi best juga hehehe..

      Padam