Buffet Ramadhan,

Colosseum Glanmarie Berbuka Puasa Dalam Dewan Exclusive Dengan Makanan Yang Enak

Selasa, Jun 13, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni genap 18 hari kita berpuasa dah habis separuh bulan dalam bulan Ramadhan. Macam mana dengan puasa korang ok ker lagi atau ada yang on off. Masih sempat lagi kalau korang nak pergi buka puasa kat tempat yang menarik dan exclusive.



Satu lagi lokasi buka puasa yang baru sahaja launching bulan Mei dengan tempat menarik lain daripada yang lain. Ini kerana tempat ini menggunakan konsep kontena yang diubahsuai memberi suasana lebih nampak cantik daripada kontena biasa. 


Inilah di tempat yang Maha maksudkan iaitu Colosseum Glanmarie yang terletak sebelah dengan tol Batu 3 Shah Alam tepi dengan Higway Persekutuan KL - Shah Alam. Kalau korang lalu tepi higway tu korang akan nampak satu susunan kontena hitam itulah dia tempatnya. Masih baru jadi tak ada signboard tapi kalau search kat Google Maps akan jumpa senang jer.



Tempat ini sangat baru tapi semua kemudahan telah ada lengkap seperti kawasan parking yang luas dan percuma, tandas lelaki dan perempuan, bilik salinan dan juga ruang solat yang selesa. Kalau ikutkan tempat ini dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada pengguna luar sana nak cari lokasi untuk mengadakan kenduri kahwin, pertunangan, majlis pelancaran produk, press conference, majlis koporat dan macam-macam lagi. 




Sempena dengan bulan Ramadhan tuan tempat ni telah mengadakan bufet berbuka puasa sejak dari 1 Jun hingga hujung Ramadhan ini. Bufet ini berkonsepkan makanan tradisional yang membuka selera. Korang boleh dapat pelbagai makan seperti Kambing Bakar, Satay, Mee Rebus, Nasi Kerabu dan macam-macam lagi.






Paling best ada pelbagai lauk-pauk yang menyelerakan yang boleh makan dengan Nasi Taufan Reda. Nama nasi pun dah takut dengarkan hehehe. Bagi pencuci mulut pula ada macam-macam makanan kampung seperti Kuih Ketayap, Kuih Koci, Puding Roti dan special juga ada Cendol Adik Manis dan banyak lagi.






Bagi bufet buka puasa kat sini harga sangat berpatutan hanya RM88.00 untuk dewasa dan RM58.00 untuk adik-adik. Lepas habis buka puasa lepas solat korang boleh beli belah kat bazar yang diadakan disekitar kawasan tu juga. Tak adalah besar sangat bazar tu tapi ada celebriti juga berniaga kat sana seperti Adik Rayqal dan juga Lia Natalia







Kat sini mereka ada jual macam-macam juga seperti kuih raya, baju raya, minyak wangi Gojust, aksesori dan macam-macam lagi. Jadi tak adalah balik tangan kosong boleh beli apa sahaja yang murah-murah kat sana. Ada juga stage kat bazar tu yang menyediakan persembahan nyanyian untuk menghiburkan semua yang datang.




So korang tunggu apa lagi alang-alang ada kat area Shah Alam, Subang dan juga yang berdekatan dengannya boleh datang. Bufet ini buka setiap hari dari pukul 6.00petang hingga 10.00malam boleh makan sampai puas. Selamat berpuasa semua dan selamat berbuka puasa nanti. 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5




0 Pandangan: