Dnars,

Dapat Duit Raya Dengan Jus Lutox Dnars Sambil Tu Merawat Sakit Lutut Dan Sendi

Sabtu, Jun 24, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru ni ada terbaca yang kawan share contest menangi duit raya dari DNARS dekat facebook DNARS JUS LUTOX. Caranya mudah sahaja cuma Like, Komen, Share & Tag serta kena letak hastag #DuitRayaDnars


InsyaAllah ada rezeki korang tak kemana. 1 Syawal ni akan diumumkan pemenang tu nanti manakala 2 Syawal terus dapat duit raya untuk pemenang. Kalau korang nak join tu cepat-cepat la sebelum hari raya. Ada rezeki tu ada la kan In Sha Allah.

Sebelum ni Maha pernah dengar tentang Jus Lutox Dnars ni. Tapi tak pernah tahu sangat untuk apa, jadi dah kebetulan join contest Duit Raya ni terus mencari info jus ni. Boleh tahan juga la produk ni bila tengok testimoni pengguna Lutox ni pun boleh kata positif semua Alhamdulillah kan.


Maha dalam bulan puasa ni tengok mak banyak juga aktiviti rumah menyapulah, menyusun barang lah dan macam-macam lagi. Malam pula solat Terawih dan kadang-kadang buat kuih raya biasalah mood nak raya. Tengok kadang-kadang mak asyik lenguh badan dan sakit bahagian lutut dan kaki. Almaklulah orang dah berusia tapi tak boleh duduk diam semua kerja nak buat.


Nak dijadikan cerita dah kebetulan baca tentang jus ni. Maha kongsikan ada 12 kebaikan utama Jus Lutox Dnars ni dengan korang;

1) Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
2) Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
3) Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
4) Melancarkan peredaran darah.
5) Melancarkan proses penghadaman.
6) Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
7) Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
8) Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
9) Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
10) Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
11) Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
12) Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh

Mulanya agak risau tentang kandungan dalam minuman jus ni. Jadi sebab nak tahu contact direct jer di Facebook Dnars dan lepas diterangkan tentang jus ni hanya guna bahan semula jadi rasa lega sangat. Di antara kandungan utama yang ada dalam jus ini macam Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, Bayam, Markisa, garam bukit dan Delima.


Alhamdulillah lagi meyakinkan bila jus ni mendapat Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM jadi bila orang bertanya kita boleh terus cerita tanpa was-was. Kebanyakannya bila baca review pengguna yang dah minum jus ni ramai yang berkongsi keseronokan sebab dah tak rasa sakit lutut lagi. Ada juga yang kongsi dah lama sakit sendi tapi Alhamdulillah lepas minum jus ini memang membantu memulihkan. Makin tak sabar lak nak cuba minum ni.


Kalau amalkan minum jus ini dalam bulan puasa memang dapat menambahkan lagi tenaga. Hujung-hujung nak dekat raya ni tidak rasa lemau sangat badankan. Jus ini boleh diamalkan setiap hari dan sesuai untuk seisi keluarga jadi dah balik raya ni boleh lah kongsi minum dengan satu keluarga. Lagi bertambah keberkatan kalau kongsi dengan tetamu yang datang beraya, semua akan dapat manfaatnya betul tak.

Maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi :






0 Pandangan: