Baju Kurung,
Jakel Barulah Raya Tampilkan 10 Duta Dengan Potongan Harga Baju Raya Serendah RM39
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah sekarang kita telah berpuasa 15 hari dibulan Ramadhan dengan sempurna hendaknya. Kebetulah pula habis cuti sekolah minggu jadi ni ramai lah ibubapa mula nak bawa anak-anak pergi beli persiapan untuk beraya tahun ni. Tapi kat mana korang nak beli?
Mestilah kat mana lagi gudang beli belah pakaian raya terbesar iaitu Jakel. Tahun ini dengan tagline 'Jakel Barulah Raya' memberikan promosi potongan baju raya serendah RM39 satu. Wow kalau korang tak percaya mai Maha cite sikit promosi yang tengah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan ini.
Baru-baru ini bertempat di Jakel Shah Alam telah diadakan majlis memperkenalkan barisan duta Jakel bagi tahun ini. 10 orang duta lama dan baru diperkenalkan kepada semua. Masih mengekalkan Aaron Aziz untuk tahun ke 5 duta pakaian baju melayu juga bersama Nabil Ahmad. Baju melayu Aaron Aziz direka khas untuk memberi kekemasan pada lebar dan poket. Juga menggunakan fabrik dan warna yang lebih menarik.
Manakala baju melayu Nabil Ahmad pula berkonsepkan modern kontemporari namun dengan harga yang berpatutan kepada pembeli. Selain tu juga ada koleksi baju melayu Awal Ashaari, Hairul Azreen juga Harith Iskander bagi yang bersaiz plus-plus macam Maha ni. Bermula dengan harga serendah RM89 dan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu
Manakala baju kurung untuk kaum hawa pula memperkenalkan duta Ayda Jebat. Berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita dan para gadis. Konsep Baju Kurung kali ini lebih bersifat 'Simple but nice' agar lebaran korang lebih ceria dan meriah. Harga bagi baju kurung pula bermula dengan RM79 sepasang.
Tu koleksi untuk yang solo molo lah tapi bagi yang bekeluarga pula Jakel tahun ini perkenalkan duta baru mereka iaitu pasangan keluarga Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersama anak tercinta Yusuf Iskandar. Tampil dengan konsep elegan, versatile dan classy serta mengangkat ciri trasidional.
Baju daripada si cilik meletop Yusuf Iskandar paling mendapat perhatian kerana memperkenalkan baju pakaian kurta bagi kanak-kanak lelaki. Juga ada baju melayu yang dijual bermula dengan harga RM39 jadi sangat sesuai untuk ibubapa membeli belah di sini sambail bawa anak-anak.
Jakel juga masih mengekalkan pasangan suami isteri Scha Alyahya dan Awal Ashaari bersama anak mereka Lara Alana. Ini untuk ibubapa yang nak cari baju kecil anak perempuan sangat sesuai. Jakel ni memang megutamakan pengguna mereka dan memastikan semua mampu untuk beli pakaian di bawah satu bumbung.
Hari tu juga mereka semua barisan duta ini membuat aktiviti lelongan baju sehingga harga paling murah. Time tu orang memang padat dan ramai sampai habislah lelongan baju raya. Tapi jangan risau kerana Jakel tetap memberikan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini sepanjang bulan Ramadhan.
Juga Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan akan dilayan dan diberi penerangan serta penjelasan yang lebih mengenai jenis kualiti kain. Jadi ini lebih membantu korang nak buat pilihan sebab tu Maha suka datang sini ada orang layan kita walaupun ramai tau.
Promosi hebat ini untuk semua cawangan Jakel seluruh negara jadi tunggu apa lagi ni masa nak beli belah sempena dengan perayaan yang akan tiba tak lama lagi. Sebelum semua terlambat ambil masa bersama keluarga tak rugi pun. Maha dah beli korang bila lagi tapi beli dengan berkemah dan jangan membazir ok. Selamat berpuasa semua dan selamat beli belah.
0 Pandangan: