Dapur,

Menyediakan Resipi Kari Kepala Ikan Yang Power Dengan Serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti

Selasa, Jun 20, 2017 Mahamahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok sempena dengan Ramadhan ni mesti ramai yang mencari resipi untuk masak buka puasa betul tak. Maha ada satu resipi mudah menggunakan Serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti. Kalau dah kari tu mestilah Kari Kepala Ikan baru lah terangkat hehehe.


Resipi ni jarang buat tapi bulan puasa ni tiba-tiba lak datang mood nak makan kepala ikan. Kalau kepala ikan selalu korang guna ikan apa? Kebiasaan orang selalu guna kepala Ikan Jenahak atau kepala Ikan Tenggiri tapi kali ni Maha gunakan kepala Ikan Merah lembut sikit. Tapi yang uniknya Maha pernah tengok orang buat kari guna kepala Ikan Salmon ada tau jangan tak caya.


Bahan-bahan membuat Kari Kepala Ikan


1 bahagian Kepala Ikan Merah
1 pek Serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti
1 biji Bawang Besar
6 ulas Bawang Putih
2 inchi Halia
5 batang Kacang Bendi
1 cawan Santan Kelapa
1 biiji Tomato  
1 batang Daun Kari
1 mangkuk kecil Air Asam Jawa
4 sudu Minyak Masak 
2 biji Cili Merah
Garam secukup rasa


Cara-cara memasak Kari Kepala Ikan


1) Kisar hancur bawang besar, bawang putih dan halia. 
2) Masuk minyak masak dalam periuk dan tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga naik baunya.
3) Kemudian masukan Serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti bersama air asam jawa dan daun kari kemudian masak sekejap.
4) Baru masukan santan kelapa dan masak dengan api perlahan. Tunggu sehingga santan mendidih.
5) Masukan kepala ikan, kacang bendi dan cili merah jangan selalu kacau nanti kepala ikan hancur. Biar sehingga mendidih dan ikan masak.
6) Akhir sekali baru masukan tomato dan garam secukup rasa. 


Akhirnya siap sudah resipi mudah membuat kari kepala ikan yang power dan menyengat. Makan pula dengan nasi putih dan juga sambal belacan memang terbaik. Selalu orang makan kari ni dengan Nasi Kandar cukup popular kat Penang. Maha juga ada membuat resipi Resepi Masak Kari Makanan Laut menggunakan Serbuk Rempah Kari Makanan Laut Mak Siti juga.


Serbuk rempah Mak Siti ini sangat memudahkan kerja di dapur. Hanya masukan sahaja rempah tu bersama bahan lain dah siap. Produk mereka juga dijamin HALAL Jakim dan menggunakan bahan semulajadi. Orang kita sekarang mengutamakan kesihatan dan produk Mak Siti juga tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan yang terjamin selamat. 



Selain dari rempah kari Mak Siti juga ada mengeluarkan rempah lain seperti Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Rendang, Serbuk Rempah Kurma, Serbuk Rempah Sup Soto dan banyak lagi. 


Korang boleh tengok Resipi Sup Ayam yang disediakan oleh blogger Mawardi seorang blogger travel popular, boleh tahan sedap juga dia masak. Mana nak dapat semua produk ni korang dah boleh pergi kedai runcit, pasaraya dan hypermaket seperti TESCO, Giant, Aeon Big, Aeon dan Mydin.

Ingat Masakan Mak Ingat Mak Siti 


Kata-kata hikmah tu lah yang membuat kenapa rempah Mak Siti ini begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia. Bagi memenuhi dan memberikan kepelbagaian dalam memasak untuk ibu-ibu di dapur mereka juga telah mengeluarkan produk baru dengan packaging yang terbaru. 


Baru-baru ini bertempat di Restoran Rempah Kari Mak Siti di Bandar Tun Razak, Cheras telah diadakan majlis berbuka puasa bersama media dan anak yatim serta pada majlis tersebut turut diperkenalkan produk baru dari syarikat mereka.



Kali ini syarikat mereka telah mengeluarkan rempah dalam bekas berupa botol untuk lebih mudah dan lebih menarik. Diantara rempah baru dalam botol kali ini adalah Emping Cili, Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit.


Maha suka sebab botol-botol ni nampak lebih cantik dan mudah untuk disusun di atas para dapur. Rempah ratus Mak Siti merupakan produk yang diusahakan oleh bumiputera yang mempunyai ladang sendiri dan telah mendapat pengiktirafan sebagai “The Largest Herbs & Spices Plantation” oleh The Malaysia Book of Records ok. Ladang mereka seluas 3,200 ekar yang terletak di Muar Johor kalau nak pergi melawat boleh lah. 


Korang nak info lebih lanjut tentang produk rempah Mak Siti ini atau nak resipi lain menggunakan produk mereka boleh layari laman web dan facebook mereka seperti di bawah: 

Laman web rasmi : http://www.maksiti.com
Alamat : Nasuha Enterprise Sdn. Bhd.
               Ladang Rempah Ratus & Herba
               Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
               84500 Muar, Johor.
Tel : 06-9737508 / 509
Whatsapp : 017-3309330





22 ulasan:

  1. kalau 30 hari raya....30 hari dtg beraya rumah Maha je boleh x. makan sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheheh fitam kalau 30 hari kena masak wakakakaka.. Nak datang raya makan biskut sponsor jer lah hehee

      Padam
  2. Maha..nanti masakkan utk kitorang eh....maha masak semua sedap kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe belum rasa lagi macam mana tahu sedap wakakaka.. Nanti ada orang rumah masakan..

      Padam
  3. Wahhhh maha sedapnya kepala ikan tu... ummi pun suka sgt kepala ikan msk kari. bleh try resepi maha gunakan rempah mak siti ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba nanti dah cuba bagi komen sama rasa ker tidak hehehehe...

      Padam
  4. biasanya kepala ikan apa lagi yang sesuai untuk masak kari ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak ikan boleh janji ikan tu kita suka. Paling sedap Ikan Merah..

      Padam
  5. hey awak charut kita eh ? ahhahaaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak up mana tahu dapat next jon ehhhh...

      Padam
  6. Perghhh kepala ikan.. tak tahan tengok, lebih2 lagi dgn rempah ratus Mak Siti pulak tu.. compem sodap!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah kalau dah guna rempah terbaik mesti sedapnya... Jadi gunalah Mak Siti..

      Padam
  7. Bilalah nak merasa masakan food blogger pemes ni. Ya allah, terliurnya tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala Pena masak lagi sedap buat open house tak jemput kita tahun ni siap...

      Padam
  8. Adoyai bila la nak rasa kari kepala ikan air tangan ko guna rempah mak siti ni? Kempunan aku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau rasa air tangan isteri kau tu ok lah hehehe

      Padam
  9. tak pernah rasa masakan maha lagi...terliur tgk kari kepala ikan nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita pun belajar dari orang cuba2 jer nanti datang lah raya hehehe..

      Padam
  10. sedapnya kari kepala ikan, aku pun tak reti masak macam ni tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun main campak2 jer ni heheheh ikut youtube masih belajar wakakaka...

      Padam
  11. kepala ikan tu sangat menyelerakan. fuuhh. mesti sedap kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah setakat seorang makan habis lah hehehe boleh makan tuk sahur sekali wakakaka...

      Padam