Food Review,

Mi Urai Membuatkan Resipi Masakan Berasas Mee Lebih Lembut Dan Enak Bangat

Khamis, Jun 22, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha suka makan mee kalau time nak berbuka. Tak kisah lah mee goreng ker atau mee berkuah. Cuma selalu korang gunakan mee apa untuk buat masakan adakah Mee Kuning atau Mee Sanggul.


Kali ni Maha ada satu lagi mee yang boleh memberikan kelianan dalam masakan buka puasa korang. Mi Urai adalah produk keluaran daripada negara jirang Indonesia yang diimport ke Malaysia oleh Autzon Distribution (M) Sdn. Bhd. Produk mee ni ada logo Halal daripada Majelis Ulama Indonesia iaitu badan Halal luar negara yang diikritaf oleh JAKIM. Jadi tak perlu rasa was-was nak cuba sebab tu Maha berani gunakan mee ini. 


Mee ini dibuat dengan tepung gandum pilihan dari sumber yang diimport dan bebas daripada bahan pengawet, menjadikannya pilihan yang lebih sihat. Cara penyediaan mee ini menggunakan teknologi "air-drying" yang menghasilkan mi bebas lemak dengan setiap gigitan yang unggul. 



Mee ini datang dalam dua jenis dengan rupa yang berbeza setiap satu iaitu Mi Urai Original dan juga Mi Urai Pipih. Beza dua mee ini adalah daripada segi rupa meenya dimana yang original tu meenya berbentuk bulat. Manakala pipih tu pula meenya lebih kepada bentuk pasta leper. 


Tapi dua mee ini tiada beza dari segi rasa ia lebih lembut kalau direbus lebih sikit dan kalau rebus sekejap ia akan jadi rasa seperti pasta yang kenyal. Mee ini bukan sahaja boleh buat masakan barat tapi juga boleh buat masakan tradisional. Ada orang gunakan mee ini untuk buat macam masakan Mee Soto, Mee Goreng, Mee Udang dan macam-macam lagi. Semua nampak menyelerakan dan sedap kerana mee lebih tebal dan rasa lebih anjal lembut dalam mulut.



Sempena dengan bulan Ramadhan ini mereka membuat promosi jualan besar-besaran dimana boleh dapatkan Mi Urai Lebaran Pack. Dalam kotan tu ada 5 bungkus Mi Urai Original dan 5 bungkus Mi Urai Pipih. Juga hadiah istimewa dalam kotak tu ada satu buku resipi untuk menyediakan masakan mee yang lebih sedap juga ada CD lagu edisi khas raya daripada penyanyi Inul Daratista.



Kalau korang nak cuba mee ni boleh didapati di banyak pasaraya besar di Malaysia seperti Mydin, TESCO dan AEON. Tapi kalau malas nak keluar boleh beli online Mi Urai di Lazada. Selamat mencuba semua dan selamat berpuasa.


*Gambar masakan daripada facebook Mi Urai Malaysia






0 Pandangan: