Bazaar Ramadhan,

Selamat Datang Ke Bazaar Ramadhan Di JL 99 Group Taman Metropolitan Kepong

Khamis, Jun 08, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Minggu tengah rancak orang berniaga di Bazaar Ramadhan seluruh negara. Almaklumlah bulan penuh barakah ini memberi rezeki kepada semua orang yang rajin betul tak. Kali ni Maha nak bawa korang jalan-jalan ke bazaar Ramadhan yang meningkat popular sekarang ni di sebelah Taman Metropolitan Kepong.



Kalau korang datang dari arah Batu Cave atau Gombak melalu laluan MRR2 sebelum Taman Layang-Layang Kepong tu korang akan nampak signboard besar tepi jalan. Kat situ ada kawasan pembinaan projek perumahan PPA1M yang di bangunkan oleh JL99 Group. Jadi mereka jadikan kawasan luas kat situ untuk program CSR bagi peniaga yang nak berniaga percuma.



Bazar ni lain daripada bazar kat tempat lain kerana suasan lebih tersusun dan mempunyai khemas berkipas. Lepas tu kawasan bazar semua berbumbung dan tak perlu risau panas matahari atau hujan. Parking pun banyak kalau datang tu masuk ikut pintu masuk Zone A lagi senang.



Maha baru-baru ini sempat singgah sana sebab dengar kata kat sana boleh beli macam-macam jenis makanan kerana ada lebih daripada 150 buah gerai. Bestnya bazar sini menyediakan bubur lambuk percuma setiap hari kepada pengunjung yang datang. Katanya lebih dari 2000 bungkus Bubur Lambuk habis diedarkan setiap hari.


Selain tu juga masa Maha pergi tu riuh rendah dengan suara Dj kat situ yang mencuit hati semua pelanggan yang datang nak membeli. Lagi untung kalau korang datang dalam pukul 5.30 petang mereka memberikan baucer kupon percuma untuk membeli makanan di bazar tersebut. Mana ada tempat yang memberi baucer beli makanan percuma, tapi kat sini ada tau cuma kena cepat sebab setiap hari ramai orang bebaris nak ambil baucer percuma tu.



Kalau dari segi makanan pula jangan cakaplah macam-macam ada apa yang korang nak semua ada kat sini. Ada Kambing Golek khas panas-panas disediakan, ada juga ikan bakar, ayam golek yang menggiurkan. Kalau yang nak cari nasi campur sini banyak sangat pilihan lauk-pauk dari pelbagai negeri seluruh Malaysia. 



Kalau nak makan kuih muih pun ada macam-macam dan yang menarik perhatian Maha kat sini adalah Apam Warna-warni yang dijual oleh adik ni. Memang comel jer apam ni dan warna yang menarik nak beli. Lepas tu pula ada yang jual Ikan Pekasam dari Kedah dan juga Sambal Hitam dari Pahang.




Rambang mata juga lah kat sini tapi kata orang kalau nak pergi bazaar Ramadhan bawa duit cukup-cukup jer sebab tak nak telebih beli. Kadang-kadang kita sebab puasa jadi lapar semua makanan nampak sedap tapi bila dah beli tak habis pastu membazir tak baguskan.



Buat yang datang bekeluarga kat bazar ini mereka sediakan ruang rehat dan riadah untuk kanak-kanak. Pasti abang-abang dan kakak-kakak nak solat ada disediakan ruang solat yang luas juga kemudahan tandas dan bilik persalinan lampin untuk bayi. Kalau agak panas tu boleh masuk ke ruang pameran mereka yang beraircond baru rasa lega hehehe.




Cuma dah beli makanan tu kadang-kadang tak sempat nak balik dan telah masuk waktu berbuka mereka sediakan ruang makan yang banyak untuk berbuka dengan selesa. Jadi selesa dan seronok nak beli makan untuk berbuka kat sini. Maha syor korang yang nak datang Bazaar Ramadhan di JL99 Group Taman Metropolitan Kepong. Selamt berpuasa semua dan selamat berbuka semua.







4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Memang meriah dengan makanan ada lebih kurang 150 gerai..

      Padam
  2. setakat ni, baru sekali ke bazaar ramadan.

    order nasi briani. Syukur, sedap nasih tu hari tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe saya pun jarang pergi bazar.

      Padam