Islam,

Pameran Artifak Asli Rasullullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A. Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam

Jumaat, Julai 14, 2017 Mahamahu 23 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini minat pada sejarah terutama sejarah Islam dan bahan arkeologi? Kalau gitu korang mesti suka datang ker Pameran Artifak Asli Rasullullah S.A.W dan Para Shabat R.A. Alhamdulillah Maha dah berjaya sampai ker sana untuk melihat sendiri barang peribadi milik baginda yang kita kasihi.

Capal Rasullullah S.A.W

Kalau sapa yang ada kesempatan boleh datang berkunjung ker pameran ini. Ia telah berlangsung bermula dari 10 Julai 2017 hingga 9 Ogos 2017 yang terletak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam. Pameran ni buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam.



Maha hari tu lepas jer kerja siap-siap terus bergerak ke sana dan sempat solat Maghrib dan Isyak di masjid tu sekali. lepas tu terus masuk kawasan pameran ni. Mula-mula masuk dan terpegun dengan segala barangan yang ada dalam pameran itu.


Pertama sekali Maha terpandang janggut Rasullullah S.A.W. Janggut yang disimpan dan diletak khas dalam bekas kaca ini. Korang boleh datang ambil gambar jangan risau. Tapi korang di larang untuk menyentuh semua artifak yang ada dalam pameran ini bagi menjaga keselamatan barang tersebut.

Rambut Rasullullah S.A.W

Dalam ni bukan setakat ada janggut tapi juga ada rambut Rasullullah S.A.W. Buktinya keagunan baginda ini boleh kita lihat pada rambutnya dimana mengikut pegawai yang bertugas disitu mereka memberi tahu bahawa rambut dan janggut Rasullullah S.A.W ini tiada bayang walaupun disuluh dengan cahaya. Sebab tu belakang rambut ni diletak kertas putih dan disuluh lampu.

Tanah Kubur Rasullullah S.A.W

Lagi uniknya rambut dan juga janggut Rasullullah S.A.W ni kalau dipotong pendek ia akan kembali panjang pada asalnya. Maksud macam lebih kurang rambut tu hidup walaupun telah beratus-ratus tahun lamanya. Rambut dan janggut ini disimpan oleh beberapa pemerintah dunia sekarang ini.

Kopiah Rasullullah S.A.W

Cop Mohor Rasullullah S.A.W


Selain tu juga yang menarik perhatian Maha adalah barang peribadi milik Rasullullah S.A.W seperti capal, cop mohor, busar dan juga kopiah yang dulu pernah digunakan oleh baginda. Semua masih cantik dan ada seni tersendiri. Membuat diri ini rasa kerdil sangat disamping nabi junjungan kita yang jauh lebih agung dan suci ini.

Busar yang digunakan Rasullullah S.A.W


Tapak kaki Rasullullah S.A.W

Selain tu juga barang-barang para sahabat yang rapat dengan baginda juga ada kat sini seperti pedang, harta rampasan perang dan macam-macam lagi. Semua pameran ini adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa cinta kita kepada Rasullullah S.A.W dan sentiasa memuji baginda dengan kalimah-kalimah yang indah dan suci.




Juga kat sini ada pemeran kepada barang-barang Makkah seperti Kiswah iaitu kain yang digunakan untuk menutupi Kaabah. Juga ada kunci Kaabah yang dari zaman dulu sehingga ke zaman sekarang ni. Rasa teringat kembali masa Maha dapat pertama kali menjejakkan kaki ker Makkah dan Madinnah menunaikan Ummrah tahun lepas. Rindu rasa nak kembali semula dan berdoa banyak-banyak pada Allah S.W.T.




Kalau korang rasa nak insafkan diri dan juga mendekatkan diri kepada baginda ini adalah masanya dan ruang yang ada. Walaupun baginda tidak pernah kita lihat tapi hasil daripada peninggalan baginda sudah cukup merasakan kita kagum kepada keagunan baginda yang diutuskan oleh Allah S.W.T. Luang-luangkan masa korang ker sini ok.


Bawa anak-anak kerana ia adalah ruang untuk pembelajaran mengenali Nabi kita Muhammah S.A.W. Harga untuk masuk sini pula seperti berikut :

* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar, Warga Emas, OKU dan kanak-kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma

Belian tiket boleh dilakukan secara online di www.tamadunislam.com dan juga di pintu masuk pameran.

Layari laman ini untuk maklumat lanjut :





23 ulasan:

  1. Salam MahaMahu. Wah.... Dah pergi ke pameran artifak Asli Rasulullah.... Pasti teruja.

    Saya pun rasanya nak pergi tengok jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pergi bro memang bagus untuk kita dan anak-anak..

      Padam
  2. bestnya kalua dpt g..mesti rasa gerun je..naik bulu roma kalau tgk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn gerun kita akan dpt rasa kebesaran Rasulullah S.A.w

      Padam
  3. Menarik! InsyaAllah pergi tengok pameran nanti. Sampai bulan Ogos, boleh la plan dengan suami. Kalau bawa askar ni, pengsan ruby kejar mereka berdua ni. Hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe kena bawa anak2 sebab banyak ilmu tentang Islam yg bagus...

      Padam
  4. Wahhh untungnya dapat pergi. Teringin jugak nak pergi, insaallah kalau ada masa nanti sis gi gan aeysha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi akak seronok rasa tenang jer kat situ...

      Padam
  5. Moga bertambah kasih sayang dan cinta kita kepada Rasullulah saw..

    BalasPadam
  6. Bestnya, emak Alja pun pergi sini harini. Jeles tak dapat pergi sbb tgh sakit. Sambil-2 tgk ni boleh selawat ke atas nabi. InsyaAllah dengan ada pameran mcm ni Makin dekat dan makin cinta kita kepada Rasulullah SAW. Aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Alja tak apa ada masa dah sihat boleh pergi lama pameran ni..

      Padam
  7. Agak menarik juga, rasanya tempoh hari ada dibuat disebelah utarakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup bro akan dibuat banyak tempat nanti..

      Padam
  8. Teringin nak pergi..semoga ada rezeki ke sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah kalau ada niat sampai nanti..

      Padam
  9. Alhamdulillah ..pameran begini meningkatkan rasa cinta kita kepada Rasulullah saw.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn In Sha Allah bro kena selalu ingat Nabi kita..

      Padam
  10. Wahhh best nya pameran ni. Teringin nak tengok depan- depan. Pameran ni akan di buat di penang tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum puasa hari tu buat kat Kedah tak silap saya next negeri tak sure boleh rujuk website mereka..

      Padam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Sy nak pergi... melihat sejarah tamadun islam secara dekat.

    InsyaAllah ada masa terluang akan sy terjah.

    BalasPadam
  13. Memang kena pergi!! Saya dah tengok barangan artifak ini ketika menziarahi Topkappi Palace di Turki.

    BalasPadam