Food Review,
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5
Kelainan Hidangan Makanan Laut Didalam Periuk Kukus Di Kungfu Steam Seafood Puchong
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa yang korang fikir bila sebuat pasal seafood ni mesti ingat ia steamboat betul tak. Tapi mungkin ini akan mengubah pandangan korang tentang makanan laut dan steamboat.
Satu restoran steam yang ini menyajikan hidangan steam bukan steamboat yang biasa kita makan. Kungfu Steam Seafood yang terletak di Bandar Puteri Puchong menyajikan makanan laut segar dikukus atas meja. Dengar cerita pemilik restoran ini membawa konsep ini dari negara tembok besar China.
Masa mula Maha sampai kat luar restoran ni korang dah disajikan dengan akuarium makanan laut segar. Ada udang galah, ada ketam, ada ikan, ada kupang, lala dan macam-macam lagi yang korang boleh pilih untuk dimasak didalam restoran nanti.
Ruang dalam restoran sangat luas dan selesa memberikan rasa suasana makanan restoran mewah. Ada 3 tingkat semua sekali Maha duduk yang bawah sebab senang nak pilih lauk. Meja pun ada yang untuk 4 orang makan atau juga meja 10 orang makan untuk satu keluarga sangat sesuai. Terdapat tandas dan juga ruang terbuka yang selesa.
Hari tu memang penuh lah perut dengan makana laut sebab dari mula sampai habis semua jenis Maha dapat rasa. Konsep sini mudah sahaja ada satu periuk kukus kat tengah meja dimana lapisan bawah sekali mereka akan isikan dengan beras dan juga pilihan makanan laut seperti Ketam atau sebagainya. Nanti korang akan tengok hasilnya beras tu apa akan jadi akhirnya.
Kemudian kat atas tu baru mereka kukuskan dengan pelbagai makanan laut dimulakan dengan Kepah. Kepah ni harga RM4.80 per 100gram tapi minima kena order 300gram tau. Kukus tak lama pun dalam 3 ker 5 minit sahaja pastu siap dan boleh terus makan bila tudung periuk tu dibuka. Jadi kita rasa kesegaran dan kemanisan makanan laut ni orginal ok.
Kemudian dah habis bahan tadi next step lak kukus Tiger Prawn. Saiz udang ni besar dan isi yang penuh buat korang rasa tak sabar nak makan. Harga RM12.80 per 100gram tapi udanga tak perlu makan lama juga cuma 3 minit sahaja dah cukup sehingga warna kemerah-merahan tu.
Seterusnya pula kukus Red Snapper atau Ikan Merah. Harga untuk ikan RM9.80 per 100gram jadi kalau rasa nak puasa beli yang besar terus baru banyak leh makan. Yang ni bagi Maha saiznya sedang jer. Sekejap jer nak habiskan ikan ni dah habis sambung lak kukus Garlic Scallop with Glass Noodle. Memang saiz sangat besar dan harga Scallop ini RM19.80 per 100gram.
Selain daripada makanan laut ada juga protein yang korang boleh pilih macam yang Maha ambil ni iaitu Enoki Chicken Roll iaitu daging ayam gulung dengan cendawan Enoki. Harga pula yang satu set RM16.80 sahaja. Makan makanan laut kena seimbang dengan sayur-sayuran baru sihat. Terdapada pelbagai pilihan tapi yang Maha ambil ni Mix Vegetables dan juga Mix Mushroom harga RM19.80 untuk saiz besar.
Lepas last dah habis semua makanan laut tadi dikukus masa untuk kita tengok apa jadi pada beras dan ketam kat bawah periuk tadi. Taraaa tu dia jadi bubur nasi yang sangat menggiurkan kerana bubur ni dapat rasa semua jus makanan laut yang kita kukus tadi. Memang dapat rasa pekat dan juga masam, masin dan manis makanan laut. Kemudian campur pula dengan daun bawang, daun ketumbar, halia, bawang goreng dan macam-macam lagi.
Macam tu lah bagai mana makanan kat sini diserve pada korang tak ada sup ok. Tapi semua makanan kukus tadi sangat sihat dan nak lagi sedap makan dengan sos-sos yang ada kat sini banyak pilihan lebih daripada 20 jenis sos. Maha paling suka adalah Thai Sos dan Sweet Sos, ada yang pedas sangat dan sederhana pedas ikut suka korang lah nak pilih.
Last sekali mesti kena ada minuman kan kat sini ada minuman segar seperti ni Air Kelapa Muda. Kemudian ada juga Lemongrass Laici, Honey Lemon dan macam-macam yang boleh kembalikan kesegaran lepas makan makanan panas. Kalau korang nak rasa kelainan ini boleh lah datang ker Kungfu Steam Seafood yang ada dua cawangan setakat ni satu lagi kat Sunway. Restoran ni belum ada sijil Halal tapi mereka No Pork dan No Lard ok. So korang rasa nak cuba tak, jom terjah selamat mencuba semua.
Promosi dan pertanyaan layari :
Facebook : Kungfu Steam Seafood Puchong
Waktu operasi : 10:30pagi - 2:30petang (makan tenghari)
11:30pagi -11:00 malam (Steam Seafood)
Alamat : No. G-13A, Jalan Puteri 7/13A
The Cube, Bandar Puteri
47100 Puchong, Selangor
Tel : 016- 213 2828
Facebook : Kungfu Steam Seafood Puchong
Waktu operasi : 10:30pagi - 2:30petang (makan tenghari)
11:30pagi -11:00 malam (Steam Seafood)
Alamat : No. G-13A, Jalan Puteri 7/13A
The Cube, Bandar Puteri
47100 Puchong, Selangor
Tel : 016- 213 2828
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5
Perghhh fresh freshnya semuaaa! I love seafood. Nanti boleh berburu kat sini. Terus perut kelaparan
BalasPadamWakakakaka kena pergi lah ni food hunter kena cuba hehehe
PadamAlaaaa... Lapar lah. Semua nampak sedap.
BalasPadamMemang sedap sekali sekala belanja perut makan yang sedap2.
PadamMemang seseuatu kelainan cara masakan dia..baru lah healthy kan..:D
BalasPadamYes tak macam steamboat biasa yang ni semua kukus nya lagi sedap...
PadamBersih dan segar je yeaa dr kedai dan makanan
BalasPadamYes itu yang kita cari bila nak pilih restoran makanan kan..
PadamBoleh tahan juga harganya... Tapi tak salah untuk mencuba... ;)
BalasPadamSekali sekala bro nak belanja keluarga makan sedap2 hehehehe...
Padammenarik.. kompem lepas makan pandai kungfu..😄😄
BalasPadamHehehe pandan akak ni begurau tapi memang kita dah pandai taichi sikit2 hehehehe
PadamMenariknya seafood kat sini. Terliur tengok gambar-gambar.
BalasPadamBaru tengok gambar kalau dah terliur boleh pergi cuba rasa lak hehehehe..
PadamAduhh nampak menyelerakan semuanya. Kalau tengok review tahap kesedapan tu 4/5, boleh dipertimbangkan ni utk kesana :D
BalasPadamBelum ada sijil halal tu maksudnya tak dpt lagi ke atau tak apply lagi? Kena tahu juga bab ni -..-"
yanmie
www.yanmieonline.com
Boleh datang lah kalau yakin..
PadamAduh maha sedapnyaaaa yaya mmg hantu seafood tapi sekarang tgh pantang seafood sbb dahlia naik ruam lepas yaya makan udang haritu sedihnya. Berkorban apa sahajaaaa :')
BalasPadamOhh ye ker tak apa tunggu 2 tahun habis menyusu heheheheh sabar2 ok...
PadamBila disebut about seafood . Ok teringat steamboat , tak pun shellout .. CCL hantu seafood jugak terutama kepah tue . Memang feveret
BalasPadamYang ni lain kukus tau lagi sihat dan segar makanan masih terjamin...
PadamSedapnya. Yang penting, bersih, healthy dan berpatutan
BalasPadamYes betul setuju sangat tu...
Padam