Buffet,
Konsep Relak Dan Romantik D Aura Cafe Sambil Menyajikan Bufet Makan Malam
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau waktu malam korang suka cari makan macam mana Ala Carte atau bufet. Kalau bufet lak yang jenis lauk macam mana tradisional ker atau western. Kelirukan tambah-tambah hari hujung minggu alang-alang dah keluar jalan-jalan dengan keluarga nak juga makan kat luar betul tak.
Tak apa kali ni Maha nak perkenalkan kepada korang satu restoran yang sangat-sangat baru lagi tapi menyediakan makanan yang sangat-sangat menarik dan sedap. D Aura Cafe yang terletak di Putra Walk Taman Pinggiran Putra Seri Kembangan. Kalau yang jalan-jalan area Putrajaya atau Cyberjaya boleh cuba restoran ni dekat.
Pada mulanya restoran ini adalah pengusaha spa yang popular dan kini memasuki bidangn F&B kerana mereka minat memasak dan juga menyediakan hidangan kepada pelanggan-pelanggan spa mereka. Restoran ni pun sebelah jer dengan spa mereka jadi tak susah lepas buat spa boleh pergi makan teruskan.
Konsep restoran ni pun pemiliknya kata nak terapkan rasa romantik ketenangan kerana Maha firstime masuk dalam restoran ni rasa seronok jer nak seperti berada di restoran luar negara. Dekorasi sudut-sudut seperti English Style dengan adanya mainan Ukulele kat dinding sebagai hiasa juga basikal menjadikan ia sangat romantik.
Warna dalam restoran pun rasa tenang dengan memainkan warna turquoise dan hitam juga putih. Tu belum lagi Maha cite pasal makanan. Kat sini mereka ada makanan ala carte untuk setiap hari tapi promosi mereka sekarang adalah menu bufet untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Yang Maha pergi hari tu mencuba hidangan bufet dengan konsep makanan fusion ada local dan western. Walaupun tak banyak pilihan macam bufet di hotel tapi penyediaan dan kesedapannya adalah pada tahap hotel tu yang dijamin oleh pemilik restoran ni.
Korang boleh tengok antara menu bufet yang ada ada Kambing Black Pepper, kemudian local ada Rendang Daging, Ayam Masak Merah dan banyak lagi. Bahagian pencuci mulut pula ada Bubur Kacang Hijau dan Mushroom Soup serta kuih-muih melayu. Tak ketinggalan salad dan buah-buahan segar untuk mengekalkan konsep fusion tu.
Makan boleh sampai kenyang untuk bufet ni tau tiada masa terhad. Harga untuk bufet ini hanya RM38.00 seorang dan kanak-kanak separuh harga. Tapi kalau korang ada plan nak buat private event atau function kat sini memang sangat sesuai. Nak buat party harijadi, anniversary, reunion, annual dinner, family gathering dan macam-macam lagi pun boleh dan mereka sediakan live band special untuk event korang tu atas request.
Tapi special bagi maha kat sini kalau korang nak buat Candle Light Dinner. Suasana yang romantik dan muzik yang perlahan membuai perasaan bersama tersayang. Mereka boleh sediakan semua keperluan dari dekorasi hingga kepada makanan korang hanya perlu datang bawa diri sahaja.
Restoran ni milik penuh muslim dan ia baru sahaja dibuka pada 5 Ogos yang lalu. Restoran ini beroperasi setiap hari dari pukul 11.00pagi hingga 11.00malam. Jadi nak datang cuba bufet hari minggu ok kalau nak ala carte pun ada boleh cuba. Recommendation Maha pada semua yang cari tempat makanan baru. Selamat mencuba semua.
Promosi dan pertanyaan hubungi :
Whatsapp : 019-2700 210
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5
menarik tmpat makan kat sini..makanan pon sedap
BalasPadamNi baru makanan buffet mereka ada banyak lagi ala cart yang lagi menarik...
Padamcantiknya tempat ni x-) rasa teringin nak pi pulak tapi jauh huhu
BalasPadamAjak lah abang sayang teman hehehe.....
PadamMenarik ni...boleh terjah nanti
BalasPadamJom terjah hehehehe...
Padamcantiknya deko dia. makanan pun nmpak sedap!
BalasPadamDeko ni teman SPA dan romantik tau...
PadamMenarik menu² dia.
BalasPadamTapi paling jatuh hati ngn deco dia sbb simple tapi cantik superb.
yes sama lah kita masa masuk kedai terus jatuh cinta..
PadamAduhh madi ni kan. Nyampahhhhh. Hahahahaha
BalasPadamKnp lak hehehehe kita promote jer...
PadamThe ambience and layout are really lovely. Cosy like a real home. I'd love to taste the food as well!
BalasPadamYou should come here and try ok..
Padamtengok gambar maha sesungghnya tekakku dah meronta-ronta ni,huwarghhhhhh
BalasPadamsuasana cafe dan menunya agak menarik juga ;)
BalasPadamso romantik and sweet tempat ni!
BalasPadamNampak cantik dan bersih restoren ni... maybe jika ke Cyberjaya ke Putrajaya ke bole la cari try
BalasPadam