Kemerdekaan,

Saya Suka Menjadi Rakyat Malaysia Kerana Kita Kaya Dengan Makanan

Sabtu, Ogos 26, 2017 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau Maha cakap Malaysia memang banyak sangat makanan ramai yang setuju betul tak. Macam-macam jenis makanan yang kita boleh dapat kat negara kita ini dan makanan kita juga popular sampai keluar negara.


Pendek kata orang Malaysia ni mati sebab banyak makan tak macam sesetengah negara tak cukup makan. Kita ada makanan kuih-muih yang pelik-pelik seperti Taik Itik, Ondeh-ondeh, Kuih Koci, Tepung Gomak, Kuih Cek Mek Molek, Cucur Badak dan macam-macam lagi semua sedap-sedap belaka.


Lepas tu makanan utama negara kita juga cukup popular bukan sahaja kat negara sendiri tapi sampai ke luar negara. Macam seperti Nasi Lemak sahaja dah cukup popular sampai ker London. Kemudian Satay sendiri juga dah dinikmati oleh orang UK. Apatah lagi Durian Musang King yang cukup sinonim dengan kita dah sampai ker pasaran China.


Kemudian kita ada makanan yang menjadi trademark kepada negeri-negeri seluruh Malaysia. Kalau pergi Johor kita kenal dengan Nasi Briyani Gam, pastu pergi Melaka popular dengan Asam Pedas, kemudian ker Negeri Sembila pula dengan Masak Lemak Cili Padi. Pergi ker Penang popular dengan Nasi Kandar, lepas tu ke Kelantan dengan Nasi Kerabu dan Terengganu famous dengan Nasi Dagang.




Tak lupa juga negeri kelahiran Maha Pahang pulak popular dengan Masak Tempoyak Ikan Patin, tak kurang hebat Sarawak yang popular dengan Laksa Sarawak dan Sabah popular dengan Ambuyat. Itu baru makanan tempatan kalau nak cerita tentang makanan luar negara yang ada kat sini juga sangat banyak tak perlu nak terbang jauh-jauh. 



Sebab itu membuatkan Maha rasa sangat bangga menjadi rakyat Malaysia yang terkenal dengan segala jenis makana sedap-sedap. Bila pelancong luar datang Maha akan bagi tahu kat mana lokasi nak cari makanan sedap-sedap macam kat area Kampong Baharu, Bangi dan Shah Alam. Korang tak rasa bangga ke sebagai rakyat Malaysia.


Kat Malaysia juga kalau korang nak cari minuman yang popular seperti kopi memang banyak jenis. Walaupun kita bukan pengeluar kopi dunia tapi kita menghasilkan produk minuman kopi yang sedap dan terbaik seperti minuman kopi daripada Old Town White Coffee 3in1 Hazelnut ini. Maha suka yang ini kerana ia ada rasa kopi yang tidak kuat dan juga rasa kacang hazel dan tidak terlalu manis.


Kemudian kalau kita nak masak semua makanan Malaysia ni kita mesti kena guna produk memasak daripada Pensonic ini. Produk tempatan ini satu kebanggaan juga kerana telah sampai keluar negara dan begitu popular. Banyak jenis produk ada tapi Maha suka guna Pensonic Electric Oven ini sebab mudah dan sangat besar iaitu 20L ok.


Istimewanya sekarang ni Lazada sempena dengan bulan kemerdekaan mengadakan promosi utuk semua produk kebanggaan Malaysia. Macam yang Maha senaraikan kat atas ni korang boleh pilih mana sahaja untuk dapat potongan sehingga 80% sempena dengan Merdeka! Merdeka! Sale. Promosi ini bermula dari 25 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017 jadi boleh beli mulai sekarang. Jom kita beli-belah di Lazada sekarang.







6 ulasan:

  1. Amboiii coffee kegemaran ena pun ada jual. Terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe Ena selalu beli kat Lazada ker kita baru nak beli...

      Padam
  2. Oldtown white coffee tu serius mmg sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah kita suka juga tapi tak minum selalu hehehehe..

      Padam
  3. Saya tak sanggup untuk makan tahi itik hehehe

    -mrhanafi-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wakakakaka biasa lah nama makanan tradisional tapi sedap tau..

      Padam