Food Review,
Buat Korang Yang 'Loghat' Memilih Makanan Restoran Di Shah Alam Ini Sangat Sesuai
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bak kata orang Kedah 'Loghat' ini macam terlalu memilih atau cerewet. Korang loghat tak kalau bab nak memilih restoran untuk makan. Kalau korang ada ciri-ciri tu Maha rasa restoran ini sangat sesuai untuk korang cuba. Loghat Cuisine Restaurant yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam.
Restoran ni baru sahaja buka tak silap 2 bulan kot tapi kat sini banyak menu pilihan yang berkonsepkan makanan Melayu dan sedikit western. Kalau korang menggunakan laluan Federal Highway dari Bandar Klang nak ker Shah Alam korang boleh nampak restoran ni belah kiri. Pastu korang kena masuk ikut exit Seksyen 7 Shah Alam tu.
Maha pun firstime sampai restoran ni dan tak sangka juga sebenarnya pemilik restoran ini iaitu dua orang adik beradik Chef Shaffee dan Chef Radzi orang yang banyak pengalaman diluar negara. Di antara negara yang mereka pernah bekerja seperti Dubai, Oman, Egypt dan Saudi Arabia. Wow dengar pun dah mesti boleh bajet makanan mereka sedap dan tak mengecewakan.
Restoran beroperasi hari Selasa hingga Ahad dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam. Jadi ia waktu sesuai untuk datang makan time tengah laparkan. Maha hari tu datang terus nampak satu menu yang menarik dan menambat nafsu makan ini. Menu ni namanya Spicy Seafood ala-ala macam 'Shell Out' lah kalau orang kita lebih kenali.
Spicy Seafood |
Yang uniknya mereka hidangkan makanan ini dalam satu dulang yang kecil dan unik ni. Dalam hidangan ini ada macam-macam makanan laut yang ramai orang suka sperti ketam, sotong, udang, lala dan kepah. Sos mereka juga sangat-sangat kaw pedasnya sesuai dengan selera orang Melayu kita. Bagi Maha ia sangat pedas tapi tetap boleh habis satu dulang ni tau jangan tak percaya. Harga untuk satu dulang ini pula hanya RM25.00 sahaja tau puas makan.
Nasi Ayam |
Pada yang tak tahan pedas korang boleh juga datang sini dan cuba menu lain seperti Nasi Ayam dan juga Chicken Chop. Kenapa Maha highlightkan dua menu ni sebab harga untuk dua menu ini hanya RM6.00 sahaja. Memang mampu milik untuk student atau orang bujang makan. Chicken Chop disediakan dengan Black Pepper Sauce manakala Nasi Ayam ada sambal cili dan juga kicap manis.
Chicken Chop |
Satu lagi menu yang juga wajib korang cuba kat sini adalah masakan panas mereka iaitu Nasi Goreng Kampung. Mereka ada juga beberapa nasi goreng lain tapi Nasi Goreng Kampung juga yang kita cari akhirnya betul tak. Selain nasi goreng mee goreng dan juga mihun,maggi dan kuey teow goreng pun ada ikut lah selera korang masa tu.
Nasi Goreng Kampung |
Melangkapkan hidangan makana korang mesti kena ada dengan minuman yang segar dan menyegarkan. Kat sini Maha pilih jus Apel dan jus Oren lah baru padan hehehe. So apa tunggu lagi korang rasa kat sini ok tak untuk menjadi salah satu restoran pilihan korang bawa keluarga dan kawan-kawan datang.
Jus Oren dan Jus Apel |
Tapi kalau korang tak boleh nak datang boleh juga order melalui tel dan mereka sedia menghantar makanan terus ke rumah. Cuma untuk sekitar Seksyen 7 hingga Sekseyn 24 jer buat masa ni dan minima order RM15. Bagi yang plan nak buat majlis harijadi, majlis ulang tahun, reunion atau apa-apa saja majlis boleh booking jer mereka akan sediakan makanan untuk meriahkan majlis korang. So tunggu apa lagi mai lah datang rasa sendiri kesedapan makanan daripada chef-chef berpengalaman ini ok. Selamat mencuba semua.
Tempahan dan penghantaran hubungi :
Tel : 013-7322770 (Chef Radzi)
017-7804846 (Pn Fatihah)
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5
Wow sedap sedap semuanya. Deco makanan pun cantik..
BalasPadamTu kerja chef profesional memang mereka pro sangat akak..
Padamyang loghat dan kekwat wajib makan sini hahaha. btw, menarik juga restoran ni.
BalasPadamKekwat tu u oll oppsss hehehe nanti datang lah..
PadamYa Allah...sedih amat tgok gambaq2 makanan tu...buat terlioq je...tak pe,tak pe..nanti dah sihat boleh sis terjah
BalasPadamAla sian akak sorry ni tugas kita.. Moga akak cepat sembuh dan boleh belanja saya makan ok hehehhe
Padamcantiknya tempat dia. spicy seafood tu dah buat sha terliur huwaaaaa ;((
BalasPadamHehehehe sedap dan sangat pedas..
PadamSuka tengok dekor dia, nice. Food presentation pon tip top
BalasPadamBiasa lah dari pro chef pengalaman luar negara ni..
PadamSpicy seafood tu nampak sedap sgt...
BalasPadamFuh kalai pi shah alam boleh la try nnt
Should try ok nanti komen hehehe...
Padamhahahah kita memang agak loghat juga bila part memilih makan dan tempat makan....
BalasPadamTahu sebab bro sendiri tokei kedai makan hehehe....
PadamRuby nak buka restoran kekwattttt. Hahaha. Weii makanan dia sedapnya!!!
BalasPadamGituwww kekwattt tak mampu lah kita...
Padammeriah jugak makanannya
BalasPadamMeriah sangat
Padam