Applikasi Telephone,

Terkejut Harga Nasi Campur Boleh Cecah Puluhan Ringgit Sepinggan Sila Viralkan

Khamis, September 21, 2017 Mahamahu 27 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni bukan Maha nak buat aduan tapi nak luah rasa hati sebab dah terkena pada diri sendiri. Baru-baru ini pergi makan kat sebuah restoran nasi campur biasa jer ada jual pelbagai jenis masakan Melayu. Tak pernah pergi sana tapi sebab tengok ramai orang datang mesti sedapkan.


Jadi Maha singgah lah makan tengahari kat situ dengan mengidam nak makan lauk Daging Salai Masak Lemak, Paru Masak Sambal dan juga sedikit sayur Kangkung Goreng Belacan. Pastu order sekali dengan air Jus Tembikai sebab nak hilangkan dahaga.

Gambar sekadar hiasan

Time syok ambil tu biasalah tengahari lapar sangat memang niat nak makan jer. Pastu bila dah ambil semua tu kena pergi bayar dulu sebelum makan korang tahu berapa mereka cas untuk semua tu. Memang terkejut beruk sebab harganya RM15.50 tuk semua tu. Korang rasa berbaloi atau mereka cekik darah.

Gambar sekadar hiasan

Terus rasa mood nak makan masa tu hilang dan jadi makan tu semua tak sedap langsung sebab harga memang tak berbaloi. Makan pun dalam keadaan terpaksa jer sebab dah ambil dan kena bayar tak kan nak letak balik betul tak. Sudah lah tu tak letak tanda harga pada semua hidangan yang mereka sediakan.

Ikutkan hati ni memang Maha nak tularkan sahaja nama restoran tu kat facebook tapi terfikir ia akan untungkan restoran tu. Sebab selepas tular jer kat sosial media mereka makin popular dan makin ramai pengunjung datang makan. Sebenarnya ada satu cara untuk buat aduan kepada masalah seperti ini. Maha buka handphone dan nampak applikasi Ez ADU KPDNKK yang pernah download sebelum ni. Apa lagi Maha dah daftar kat situ dan terus buat report kat dalam apps tu hari tu juga.


Maha tak pernah guna ini pertama kali nak guna apps ini rupanya ia sangat mudah. Kita boleh membuat pengaduan dengan 5 langkah sahaja iaitu dengan login sebagai pengguna berdaftar, memasukkan butiran aduan, laporan aduan dan seterusnya membuat geo tagging lokasi kedai serta ambil gambar kedai juga gambar resit sebagai bukti.


Lepas tu aduan kita akan terus hantar ke KPDNKK dan mereka akan menyiasat. Selalu satu aduan mengambil masa tak lama dan Mahanya kes ini baru lagi dah ia masih dalam siasatan. Biar pemilik restoran ni kena ambil tindakan sewajarnya kerana mengenakan harga yang tidak sepatutnya juga tak letak tanda harga pada makanan.


Korang pun lepas ni boleh buat macam ni jer tak perlu nak tular atau sebar kat sosial media kerana ia akan buatkan perkara itu tambah lebih buruk. Lepas ni korang boleh muat turun applikasi Ez ADU KPDNKK kat Android atau iOS korang secara percuma jer. Boleh klik kat link bawah ni terus boleh muat turun.


Friend of KPDNKK (FOK)


Lepas tu mereka ada juga applikasi Friend of KPDNKK yang korang boleh muat turun kat telefon pintar korang. Ia adalah applikasi untuk kita menjadi sebagai pemerhati bebas luar sana terhadap harga barang di tempat kita sendiri dan melaporkan kepada KPDNKK.


Maha dah daftar jadi ahli dan bila korang dah jadi ahli ada keistimewaannya tau korang akan dapat Kad Friend of KPDNKK dan dari kad tu korang boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian dalam program istimewa ini.


Kepentingan menjadi ahli ni ia melatih kita menjadi pengguna yang prihatin dan sentiasa peka kepada harga barang supaya kita dapat mengawalnya. Jadi tunggu apa lagi muat turun sekarang kat sini. 

 

Applikasi Paparan Harga


Setelah jadi FOK tu korang boleh masuk dalam satu lagi apps dari KPDNKK iaitu Paparan Harga. Cari jer kat telefon pintar korang pastu muat turun. Apps ini adalah untuk kita pengguna menjadi lebih baik membeli produk dan barangan harian manakala pada masa yang sama membantu untuk mengurangkan perbelanjaan dan kos hidup kita.


Macam mana lak tu? Sebab dalam apps ini ada lebih daripada 500 jenis senarai barang yang telah diupdate setiap hari dari segi harga yang kita boleh pilih dimana lokasi berhampiran kita. Jadi bila kita dah tahu mana ada jual harga barang murah yang kita nak so boleh terus pergi beli kat sana.


Contohnya macam Maha cari kat bawah ni buah Jambu Batu Tiada Biji area Cheras Kuala Lumpur. Apps ini akan senaraikan semua pasaraya yang menjual buah tersebut dan harga terkini. Jadi korang tahu mana yang lebih murah dan boleh terus beli kat sana.


Juga korang boleh cadangkan lokasi baru jika korang rasa ada yang lebih murah lagi dalam apps ini. Mudah bukan dan sangat membantu terutama keluarga yang nak berjimat ketika membeli. Maha suka guna apps kat telefon ini sebab boleh cari dihujung jari jer. Muat turun kat sini sekarang secara percuma.






27 ulasan:

  1. Mak aihh. Mahalnya nasi campurrr. Nasib baik ada appss nii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak dah ambil bayar jer lah tapi dah buat aduan pun..

      Padam
  2. Betul...area opis akak kat KL Sentral ni mmg mahal nak meninggal tau..buat duit betul bisnes ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak tak boleh nak cakap kalau duduk area elite tu hehehehe kita pinggit Kl ni pun dah mahal.

      Padam
  3. Balasan
    1. Betul tu abang lepas ni muat turun ok

      Padam
  4. wah !! senang dah nak tegakkan hak pengguna.. thanx Maha untuk info bermanfaat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sekarang jangan nak tular jer untung mereka kedai makin famous..

      Padam
  5. Kalau ada kedai jual air kosong harga 60sen.. boleh report x?

    Pernah jumpa masa tahun 2009.... Gila la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer bro janji apa yang kita rasa tak betul tu kita kena adu sebab tindakan daripada KPDNKK...

      Padam
  6. ohh, ada jugak yea apps macam ni. Baguslah.. bagi pengajaran kepada mereka. Di kuantan, makanan mengalahkan bandaraya. semuanya sembelih harga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow ingat kat KL jer tapi kat Temerloh boleh tahan juga tau..

      Padam
  7. kekadang tu masa nak makan, kita ambik banyak banyak lepas tu baru ternganga tengok harga yang nak kena bayar.. biasalah makan jenis lauk cedok cedok ni susah nak kira dengan tepat.. dorang main bajet ikut sukahati.. dengan ada apps ni senang kalau kita nak buat aduan.. thanks for the sharing ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu tapi kadang-kadang peniaga kena ada sifat menderma juga kan....

      Padam
  8. bagus ada apps ni..harap2 KPDNKK betul2 guna apps ni utk pemantauan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul akak saya nya aduan pun mereka tengah ambil action sekarang ni..

      Padam
  9. bagusnya ada aplikasi mcmni . senang nak buat aduan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul u oll macam-macam aduan boleh buat tak kisah apa pun janji berkaitan dengan pengguna

      Padam
  10. Senanv nak buat aduan lepas ni...bila ada apps kat hujung jari kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes bila2 masa dan cepat tindakan mereka pun akan cepat juga..

      Padam
  11. tak pelik.

    sebab memang ada.

    kalau sedap, harga dia betul.

    memang tak bising punya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap pun tak patut nak letak harga mahal kadang-kadang kena buat kerja amal juga peniaga ni hehehehe..

      Padam
  12. Bagus aplikasi ni kan. Dpt membantu pengguna membuat aduan secara terus kepada KPDNKK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul akak kita pun dah buat hehehe..

      Padam
  13. kalo nk adu,pasal ikan boleh tak? 2x dah kena.. keadaan ikan fresh kena gigit tikus.Kedai yang sama..tp hari berlainan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh akak ambil gambar ikan dan kedai tu lepas tu isi form secara online nanti mereka akan ambil tindakan bahaya tu..

      Padam
  14. Ya Allah mahal nya! Melampau sungguh! Memang tak kan lalu nak makan kalau dengan harga segitu..Kalau kita sama-sama berusaha kawal harga jualan, mungkin pengguna pun tak kan rasa terbeban sangat.. Ini ramai penjual nak untung banyak dengan cepat dengan bermodalkan alasan harga barang sekarang dah naik (=.=)

    BalasPadam