Kanak-Kanak,

Kids Eco Dash Di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas Capai Matlamat Penuh Kemeriahan

Isnin, Oktober 30, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah mengajurkan siri ke-2 bagi acara Kids Eco Dash di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas pada 28 Oktober 2017. Acara larian yang melibatkan kanak-kanak berlari “BIG RACE” yang diadakan di lokasi tarikan eko-pelancongan yang menarik, selamat dan menyediakan pengalaman “educational” kepada para peserta cilik.



Sepertimana acara larian kanak-kanak yang lain, ibubapa serta ahli-ahli keluarga dapat turut serta sebagai sukarelawan. Ini bukan hanya untuk dapat memastikan keselamatan anak-anak mereka yang mungkin terlibat dalam acara tersebut malahan dapat bersuai kenal dengan ibubapa yang lain.  Sekaligus dapat membantu dalam pengurusan logistik seperti memastikan kebersihan kawasan, taklimat acara kepada ibubapa lain, pengagihan race-kit dan sebagainya.




Acara ini juga mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta pihak swasta iaitu Tough Gorilla.


Dengan adanya acara seperti ini secara tidak langsung menggalakkan rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa sayang kepada Negara melalui perkongsian pengalaman melancong atau beriadah di destinasi-destinasi  pelancongan melalui media sosial menerusi satu kempen yang dikenali sebagai kempen media sosial #SayangMalaysia.



Dalam konteks ini, ibu bapa adalah digalakkan untuk berkongsi pengalaman menyertai acara ini kepada pengikut masing-masing melalui media sosial mereka. Oh ya! Sebelum ini untuk siri pertama ia telah diadakan pada 15 Oktober 2017 di Taman Botani Negara Shah Alam bersempena dengan Hari Sukan Negara.

Acara utama bagi Kids Eco-Dash kali ini adalah acara larian yang terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu:-

1. Kategori Caterpillar – untuk pelari berusia 4-6 tahun – jarak larian 1 km
2. Kategori Rabbit – untuk pelari berusia 7-9 tahun – jarak larian 1.8 km
3. Kategori Tiger – untuk pelari berusia 10-12 tahun – jarak larian 3 km

Pemenang-pemenang menerima wang tunai sebanyak RM 150.00 untuk tempat pertama, RM 100.00 untuk tempat kedua dan RM 50.00 untuk tempat ketiga bagi setiap kategori. Selain itu, terdapat pengisian-pengisian lain seperti Garden Experience, permainan berkaitan Kitar Semula, Petting Zoo, jualan barang-barang Preloved dan Pertandingan Ucapan Awam.



Aktiviti ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam upacara flag-off. Bagi siri kedua Kids Eco-Dash 2017 ini telah disertai oleh 500 penyertaan iaitu 250 peserta untuk kategori “Caterpillar’, 150 penyertaan untuk kategori “Rabbit” dan 100 penyertaan untuk kategori “Tiger”.


MOTAC berhasrat untuk membawa acara ini ke seluruh negara dan beberapa negeri untuk mempromosikan produk pelancongan berasaskan ekopelancongan yang dikenalpasti sesuai untuk melaksanakan acara ini seperti Taman Botani Pulau Pinang, Taman Botani Putrajaya serta banyak lagi.









0 Pandangan: