Kahwin,
Mega Wedding Pakej Lengkap Perkahwinan Murah Untuk Bakal Pengantin Baru
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan
Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai orang tengah rancang perkahwinan
hujung tahun ini almaklumlah musim cuti sekolah. Tapi persiapan untuk
perkahwinan orang kata perlu persediaan 8 bulan. Nak cari catering, pelamin,
juruphoto, goodie, kad kahwin dan macam-macam lagi.
Mana nak dapat semua ni pada harga zaman sekarang ni dengan
kos barang meningkat dan juga nak cari yang tidak menipu pun susah. Baru-baru
tular kes perancang perkahwinan menipu keluarga pengantin booking dah buat tapi
tak ada pada hari sepatutnya. Sapa yang rugi time tu mesti lah keluarga
pengantin malu pun dapatkan.
Maha ni bukan pandai sangat tentang perancang perkahwinan ni
tapi ada pengalaman sikit lah masa nak sediakan perkahwinan abang Maha dulu.
Tapi tu dulu harga masih murah dan mampu untuk ayar semua. Sekarang ni nak
cari semua pada satu harga kat mana.
Kebetulan hari tu Maha dapat jemputan untuk satu majlis perkahwinan yang sangat mewah tapi pada harga mampu milik. Mega Wedding 4.0 yang telah di adakan pada 28 Oktober lalu penuh meriah di Putrajaya.
Pada hari tu ada 10 pasangan pengantin diraikan dalam satu
majlis penuh gemilang dan jayanya. Paling best mereka cover semua pakej lengkap
perkahwinan yang sangat murah. RM7,000 sahaja mereka akan uruskan daripada
urusan pernikahan hingga ke bulan madu.
Mula-mula Maha tak percaya tapi bila tanya penganjur iaitu
Mahligai Impian Catering & Event serta Malaysia Wedding Festival (MEFA) memang
betul. Pasangan hanya bayar pada harga tersebut dah ini yang mereka akan dapat
pada hari bahagian mereka.
-Tajaan dan Pengurusan majlis Pernikahan
-200 pax jemputan untuk setiap pasangan
-Menu Katering istimewa
-Live show daripada band terpilih
-Deejay Jemputan dan PA System
-“Door Gift” untuk setiap tetamu
-Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan
acara
-Liputan khas daripada media
-Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
-Pelayaran Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap
pasangan
-Pelamin Gergasi Eksklusif istimewa
-Pelamin Nikah di dalam Cruise
-Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
-Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
-Kek Kahwin untuk semua pasangan
-Parkir Khas untuk pengantin
-Hand Bouquet Setiap Pasangan
-Penginapan hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya untuk
honeymoon
Sapa rasa tak rugi untuk semua ini. Pada hari yang Maha
datang tu memang pasangan pengantin di nikahkan di Masjid Putrajaya oleh
pegawai dari JAWI. Kemudian pasangan dibawa berarak daripada masjid menaiki
Cruise Putrajaya sehingga ker Marina Putrajaya.
Pelamin indah tersedia kat Marina Putrajaya tu dan juga
khemah untuk para tetamu jemputan makan. Makanan pula semua sedap-sedap hari tu
ada Nasi Minyak bersama dengan lauk ayam dan juga daging. Lepas tu pasangan
diberikan kek perkahwinan dan sesi bergambar bersama keluarga.
Jadi semua dah sedia dan sangat bebaloi. Maha rasa dengan
keadaan ekonomi yang sangat mahal sekarang ni pakej yang disediakan di Mega
Wedding ini amat berbaloi. Rugi kalau pasangan tak rebit peluang ini kerana
setahun beberapa tarikh sahaja.
Bagi tahun 2018 ini pula ada 3 tarikh yang telah ditetapkan
iaitu Marc, Ogos dan Nov. Kalau booking sekarang ni mereka bagi lagi diskaun
RM500 untuk satu pakej. Tempat adalah sangat terhad dalam satu majlis untuk 20
pasangan sahaja. Jadi booking sekarang dan dapatkan semua keistimewaan ini.
Pertanyaan dan tempahan sila hubungi :
Facebook : https://www.facebook.com/megaweddingmalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/megaweddingmalaysia
Tel : 018-9634563 (Ashaari)
012-3871775
Untung belanja kahwin ramai-ramai macam ni, siap ada pelamin semua memang JIMAT!
BalasPadammeriahnya...majlis perkahwinan macam ni
BalasPadamPendek kata tugas sebagai perunding perkahwinan ini memerlukan banyak kesabaran, kudrat yang tinggi, idea yang kreatif, bijak berhujah bagi menyakinkan pelanggan
BalasPadamBagus jugak buat wedding beramai ramai cam ni, menjimatkan serta boleh dapat package murah. Yang penting dapat khawin dan sah menjadi suami isteri...hehehe
BalasPadamThis seems fun, a wedding gathering, everyone will be sharing their blessing. Gonna share this with my friends.
BalasPadammeriah betul wedding ni, makanan sedapppp
BalasPadamSeronokkan buat mcm tu, tp nti hadiah utk pengantin camner?
BalasPadamKalau kahwin reramai ni mesti meriah kan. Bajet pun save sikit. List yg pelayaran cruise tu cam romantik pula hihi
BalasPadam