Berkogsi Kenderaan,

Nak Elak Ditipu Mencari Kereta Sewa Murah Gunakan Rideasy.my

Rabu, November 29, 2017 Mahamahu 7 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Nak cerita sikit pasal pengalaman kereta sewa ni Maha pernah hadapi pengalaman buruk. Masa tu pergi bercuti ke negeri Timur semenanjung Malaysia. Kisah lama tahun 2012 masa tu tak ada kemudahan laman web kereta sewa seperti ini.


Semua pejanjian dibuat melalui sosial media dan melalui email serta whatsapp. Semua dah confirm nak ambil kereta tak silap Proton Saga. Harga murah juga sebab tu yakin ambil. Tapi bila masa dah sampai kat lapangan terbang sana. Call tak angkat whatsapp tak balas diam terus. Paling teruk duit deposit dah bayar lesap macam tu jer.


Maha dan kawan terpaksa duduk kat airport cuba nak cari kat mana ada kereta sewa. Masa tu memang time tengah cuti dah ramai sangat orang sewa kereta jadi banyak ejen habis. Memang sedih sangat jadi terpaksa ambil teksi yang mahal juga nak pergi hotel. Lepas tu masa kat hotel baru ada staff hotel tu tolong carikan kereta sewa lain.


Satu Akses Yang Mudah Untuk Kereta Sewa


Situasi macam ni mesti ramai orang luar sana pernah hadapi dan tak terjamin sekiranya kita tak tahu dengan siapa kita berurusan untuk sewa kereta betul tak. Tapi sekarang zaman teknologi memang segala mudah dihujung jari jer. Korang boleh gunakan website Rideasy.my yang telah dibangunkan oleh anak tempatan. 


Dalam website ni segala info dan juga maklumat penyewa kereta sangat jelas dan terang kerana semasa sesi pendaftaran kita kena gunakan no tel yang sah. Kemudian segala detail penyewa kereta dan pemilik kereta kena masuk dalam tu seperti roadtax kereta, gambar kereta, gambar IC dan gambar lesen memandu yang masih aktif. 


Lepas tu baru kita boleh buat pencariaan dan nak cari kereta sewa sangat mudah. Dalam website tu mereka akan terus tunjukan semua lokasi kereta sewa yang paling berhampiran dengan kita pada masa tu. Semua senarai kereta pun boleh sorting mengikut model atau harga berapa dan lokasi. Semua sangat mudah dan dibuat dalam laman web ini sahaja dan ia selamat.


Mudah bukan nak sewa kereta dan kereta yang kita nak sewa tu pun kita dah tahu statusnya macam mana. Ini kerena mereka mengamalkan konsep ranking dimana kita boleh memberi markah kepada kereta dan pemilik kereta yang kita sewakan juga kepada penyewa. Ini akan memudahkan untuk orang lain mengetahui tentang status jika ingin berurusan kemudian hari.





Banyak lagi yang mereka cerita baru-baru ini semasa sesi pelancaran laman web ini. Bertempat di APW Bangsar majlis ringkas dan santai menerangkan kepada media dan pengguna tentang kelebihan laman web ini. Mereka masih dalam proses untuk membangunkan applikasi mobile mungkin mengambil masa 3 bulan lagi jadi buat masa sekarang hanya laman web jer dulu ok. Di buat masa awal ni mereka hanya beroperasi seluruh Lembah Klang sahaja dan akan perkembangkan seluruh Malaysia.



Bila mereka cerita bahawa kita pemilik kenderaan sendiri boleh buat pendapatan sampingan dan juga penjimat perbelanjaan Maha sangat teruja. Contoh yang mudah kalau kita ada 2 kereta kat rumah satu kita guna dan satu lagi buat sewa. Kereta Myvi dalam ni Maha lihat ada harga serendah RM120 sahaja sehari. Kita hanya sewa selama 5 hari jer kereta kita dah dapat RM600 betul tak. Jadi lepas tu duit tu kita dah boleh buat untuk bayar bulanan kereta Myvi tersebut.


Jadi kat situ sangat membantu dan menjimatkan perbelanjaan keluarga dengan ekonomi yang teruk dan juga harga minyak yang makin meningkat ni. Kalau kita sewa lebih hari sikit boleh dapat duit kocek sendiri atau duit untuk renew roadtax setiap tahun. Jadi duit gaji kita tak akan terusik untuk bayar semua tu.


So peluang dah ada depan mata ni kita jer nak guna atau tidak. Maha dah daftar pun sebab nanti nak sewa 4WD untuk pindah rumah. Senang nak bawa barang banyak-banyak dan besar-besar. Sewa satu hari baru RM400 jer. Kalau bayar lori lagi dah berapa ratus tak masuk upah orang lagi hehehe.

Maklumat lanjut dan pertanyaan layari :-
Tel : 019-2799 878
Email : info@rideasy.my







7 ulasan:

  1. Bila ada services macamni, tak risau sangat dah. thanks share uols.

    BalasPadam
  2. sesekali perlu ambil tau part sewa keta ni...mana tau tetiba kereta break down ke kan...

    BalasPadam
  3. Bagus aplikasi macam ni. Kita tau nak bezakan yg mana kita boleh ambil. Tq sharing

    BalasPadam
  4. ooo nak belagak 1 hari boleh lah sewa kereta paling mahai tu .. waa jd datin tetiba ahakak

    BalasPadam
  5. pasni senang la nak sewa kereta..takde la asyik kena tipu je kan hehe

    BalasPadam
  6. Baru tau ada servis mcm ni... Bagus info ni.. Boleh sharing pada yg suka travel

    BalasPadam
  7. Terima kasih untuk informasi ini. Selain service sewa kereta biasa, saya juga sedang mencari penyewaan lori sejuk beku untuk restoran saya.

    BalasPadam