Food Review,

Restoran Hana Japanese Dining Terletak Dalam Ikano Power Center Mutiara Damansara

Jumaat, Disember 29, 2017 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru-baru ini kebetulan dengan cuti Hari Natal dan juga Tahun Baru Maha jalan-jalan lah kat area IPC Mutiara Damansara. Jalan punya jalan perut lapar dan tiba-tiba nak makan makanan Jepun lak. Kebetulan memang kat dalam IPC tu ada satu restoran Jepun yang di beri nama Hana Japanese Dining.



Mula takut juga nak masuk tapi mereka tak serve pork kat sini ok lah Makan apa yang boleh makan jer hehehe. Ia kelihatan mewah dari luar, dan Maha gembira untuk menikmati pengalaman makan yang luar biasa di restoran ini.


Hana Japanese Dining bukan sahaja menyajikan pelbagai jenis masakan masakan Jepun, tetapi juga mempunyai set-set yang sesuai untuk korang datang dengan keluarga. Jadi Malam tu dinner kat sini jer dibuka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam. So kalau shopping kat area IKEA atau IPC Mutiara Damansara boleh singgah sini.
Umaki

Red Rock Maki

Engawa Maki

Apa lagi kalau dah ada dalam restoran makanan Jepun ni mesti nak cuba sushikan kat sini mereke perkenalkan 3 jenis yang popular iaitu Red Rock Maki, Umaki dan Engawa Maki. Semua ni memang Maha suka cuma yang Red Rock Maki ini agak sedikit pedas kalau yang suka ok lah.

Nan-Kotsu, Suna Gimo, Tori-Kawa, Reba, dan Salmon Toro

Ribeye, Gyutan, Tsukune, Teba-Saki dan Negima

Selain tu juga hidangan lain yang Maha cuba adalah grill. Ada 2 pinggan ini korang boleh tengok ni namanya Kushiyaki Charcoal Grill khas yang jarang lihat di tempat lain. Sebenanya ada lebih 5 korang boleh pilih sebab harganya ikut batang. Ada kat situ kepak ayam, daging dan ada juga bahan dalaman seperti hati dan pedal ikut selera koranglah.

Kanpachi Cappuccino

Salmon Cappuccino

Sapa suka makan Luxury Tapas sini ada dua pilihan yang menarik iaitu Salmon Cappuccino dan Kanpachi Cappuccino. Bagi Maha dua-dua ok no problem nak makan sedap sekali ngap jer korang order memang dapat satu pinggan ni tau 3 ketul.

Yasai Stick

Small SSC Salad

Tsuke Nagaimo

Bagi yang nak diet untuk makan dengan sayur segar sebab orang Jepun memang suka mereka akan makan Yasai stick, Small SSC Salad dan Tsuke Nagaimo. Semua sayur sini segar kalau ada pun mereka celur sikit jer dalam air panas. Kemudian bawah ni pula untuk sapa duka makanan yang goreng iaitu Tofu Yamakake Niniku, Torikatsu Tororo dan Chicken Karaage.

Tofu Yamakake Niniku

Torikatsu Tororo

Chicken Karaage

Amat disyorkan sapa nak sup panas korang boleh ambil set ini iaitu Beef Kimchi Nabe memuaskan dengan rasa sup sayur campur dan juga bersama daging. Yang ni baru betul masak hehehehe korang boleh masak sendiri jangan risau mereka bantu.

Beef Kimchi Nabe

Bagi Maha harga boleh tahanlah almaklumlah makanan Jepun sekali sekala nak datang makan boleh bawa rakan pejabat atau bawa keluarga untuk keluar makan bersama. Last sekali sebelum Maha lupa kalau datang sorang korang boleh order Mini Don. Dalam ni ada 8 jenis korang boleh pilih 3 daripadanya dapat terlur rebus dan timun. Saiz makan yang ni tak besar letak dalam mangkuk kecik jer seorang makan sangat sesuai.

Mini Don

Jadi satu lagi restoran makanan Jepun dalam list korang ok. Belum terlambat Maha nak ucapkan selamat tahun baru dan selamat tinggal 2017 moga tahun depan rezeki kita semua lebih murah dan berganda In Sha Allah kan. Selamat mencuba semua ok.

Lokasi dan alamat :-
Hana Japanese Dining (IPC)
G.23a, Ground Floor, IPC Shopping Centre,
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3/5







15 ulasan:

  1. Waahhh....sedap nye... lama juga leya tak makan makanan jepun ni...

    BalasPadam
  2. Wah sedapnyaaaaa, check my blog toooooo https://www.ketamkecil.com/orang-yang-makan-ubat-kolesterol-mungkin-berisiko-dapat-penyakit-jantung/

    BalasPadam
  3. kedai baru ke ni? selama ni pergi IPC tak perasan hehe.. sedap nyer lah nampak sushi nyum nyumm.. thanks recommend Beef Kimchi Nabe. nanti illy gi try bawa bebudak :)

    BalasPadam
  4. Bila display cantik nak makan tu,berfikir. Kena ambil gambar puas2 baru makan cepat2

    BalasPadam
  5. Restoran baru ke ni? Last ana ke iPc xnampak pula restoran ni. Kenapa semua nampak menggoda especially sushi tu. Dah lah ana sushi lover. Platting dia pun menarik sgt. Wajib cuba bg peminat makanan jepun ni.

    BalasPadam
  6. Nampak macam sedap lah pulak japanese food ni. Kushiyaki Charcoal Grill ni macam satay pulak. Tak pernah try makanan jepun lain selain dari sushi king ☺

    BalasPadam
  7. Mantoo sangat Ni cam sajian hotel exclusve dah gaya dia...cam sedap je umaki tu geram je tgk.
    Someday pasti nak try

    BalasPadam
  8. Memang dari luar nampak exclusive sgt restoran ni Maha..nama menu punnbanyak Maki2 ni..aiyooo..maha jgn maki org eh lepas makan..makanan jepun memang sedap kalau boleh diterima tekak kan..kalau makanan macam ni rasanya akak boleh makan ni..

    BalasPadam
  9. I can't resist japanese food.. Too yummy and delicious!

    BalasPadam
  10. seriously, aida memang sgt nak try japanese food.
    now sushi. but beberapa aje la. beli kat aeon aje. sushi king baru skali masuk.
    sgt teruja tonton citer pasal jepun kat tv.
    just kat melaka ni takde outlet yg menarik.

    BalasPadam
  11. Sis mmg suka mkn sushi bagai ni. Rate sedap tu kiraokla tu kan, memandangkan xserve pork and semua nampak sedap, bole mark as next destination of food hunt

    BalasPadam
  12. presentation kalau sushi ni tak pernah tak lawa! penggemar sushi elok lah cuba tapi macam aira ni tak berapa gemar sangat. hehe

    BalasPadam
  13. Bila dah makan jangan "maki maki" ya haha. mcm nama menu tu huhu

    BalasPadam
  14. Wahhhh kat ikano! Selalu gak p Ikano ni. Nanti nak singgah la..sebab onie suka makanan jepun ..hehe

    BalasPadam
  15. I love how you approached this. Your creativity and effort are truly inspiring

    BalasPadam