Dapur,

Cara Lain Untuk Nikmati Kimchi Jom Cuba Resipi Maggi Kimchi

Rabu, Disember 20, 2017 Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang semua mesti ramai yang suka Kimchi ini kan. Kalau nak makan Kimchi mesti nak kena pergi ke restoran Korea baru dapat yang original. Tapi sekarang ni dah ada produk Kimchi keluaran tempatan yang di jamin Halal dan rasa seperti asal.


Patut lah orang Korea suka makan Kimchi ini sebab ia mengandungi bakteria baik iaitu Laktobacilli yang dihasilkan secara semulajadi. Pastu kaya dengan vitamin A, C, B1, dan B2, beta-karotin, kalsium dan zat besi. Macam tak percayakan walaupun hanya sayur diperap tapi banyak khasiatnya sebab tu orang Korea cantik-cantik hehehe.


Tapi kita orang Malaysia pun boleh dapatkan Kimchi dengan cepat dan mudah. Maha saja-saja lah nak cuba Kimchi By Kak Lo mereka dah ada jual secara online. Yang bestnya produk mereka ini bukan sahaja ada satu rasa tapi 3 rasa mengikut tahap kepedasan yang kita suka.


Maha ni bukan orang yang kuat pedas sangat jadi Maha ambil yang Perisa Mild. Bagi perisa ini kurang pedas dan manis dengan tambahan gula Melaka. Kimchi ni bukan sahaja boleh makan macam tu sahaja dengan nasi putih tapi boleh korang masuk dalam masakan. Maha pun cuba satu resipi buat sendiri jer ni. Kali ni Maha cuba buat Resipi Maggi Kimchi sesuai untuk orang bujang yang nak cepat tapi sedap. Bahan pun tak banyak paling penting kena ada produk Kimchi By Kak Lo.


Bahan-bahan 
1 pek Mee Segera
1 pek Kimchi By Kak Lo
1 biji Bawang Besar
1 biji Telur
2 ulas Bawang Putih
1 biji Tomato
1/2 biji Lada bengala
2 sudu Cili Kisar
Garam

Maha tak guna rempah Maggi yang ada kerana nak kekalkan rasa original Kimchi tu. Cara nak memasak lak korang leh tonton kat sini memang sangat mudah.


Kalau nak pedas korang boleh lah cuba yang Kimchi Perisa Hot & Spicy yang ni memang buatkan mee korang akan rasa pedas tak perlu tambah cili. Maha tahu ada yang suka makan Kimchi pedas-pedas ni. Maha ada tengok orang masak Kimchi ni dalam resipi Asam Pedas, Lasagna, Sardin Kimchi dan macam-macam lagi.


Produk mereka ni apa yang Maha baca ia boleh tahan selama 4 bulan selepas dibuka tapi kena simpan dalam peti ais. Tapi kalau korang yang memang suka setakat satu pack 250gram macam ni boleh habis sekali hadap harga pun RM12.00. Mereka juga ada produk dalam balang lebih besar bersaiz 500gram dengan harga RM22.00. Harga tak termasuk kos penghantaran.


Sempena dengan bulan Disember ini mereka buat promosi dengan setiap pembelian akan dapat free chopstick tapi bukan yang besi tu tau hehehe. COD akan dibuat area KL, PJ dan Subang Jaya juga penghantaran pos seluruh Malaysia. Mana nak dapatkan Kimchi ini boleh order kat bawah ni. Nanti korang cuba boleh share resipi dengan Maha ok. Selamat mecuba semua.

Tempahan dan pembelian boleh buat di sini :
Whatsapp : 019-669 5062 (Arina)




3 ulasan:

  1. Masa pergi Korea dulu, xmakan kimchi, bila balik Malaysia baru la giler nak makan kimchi...

    BalasPadam
  2. Basuh dulu tak kimchi yg dah perap tu? Ke masukkan je camtu ��

    BalasPadam