Armada Hotel Petaling Jaya,
Lagi Buffet Di Armada Hotel Petaling Jaya Sempena Musim Perayaan Dan Tahun Baru
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ini kembali lagi kemeriahan sambutan cuti sekolah hujung tahun dan juga sambutan tahun baru akan datang 2018. Macam biasalah bila masuk bulan Disember ini apa lagi yang kita raikan iaitu Hari Natal. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum kita juga menyambutnya dan Malaysia cuti juga yer.
Kali ini mana korang rancang nak pergi meraikan cuti hujung tahun ini bersama keluarga atau rakan-rakan. Kat Malaysia ni kita tak ada salji nak pergi main kalau tak kena terbang keluar negara. Tapi kat Malaysia ini kita kaya dengan pelbagai makanan dan juga buffet sempena dengan tahun baru dan Hari Natal.
Jom Maha bawa korang ker Armada Hotel Petaling Jaya yang kalau ikut kan rasa tak pernah miss setiap tahun Maha datang makan sini. Sebab satunya Utara Coffee House di hotel ini mempunyai sijil halal dan makanan mereka banyak pilihan. Tahun ini ada Ayam Belanda Maha tak pernah cuba tahun ini dapat lah rasa.
Kat sini mereka meraikan dua sambutan sekali gus iaitu sambutan Hari Natal dan juga Tahun Baru yang bakal tiba. Jadi masa untuk korang memuaskan nafsu makan korang masa cuti ini. Kali ini mereka membawakan lebih banyak seperti Seafood Cajun, Smoked Salmon with Tune Rosettes, Clam Potage Soup with Garlic Flakes and Bread Rolls, Spanish Seafood Rice, Kaczka Pieczona iaitu itik panggan yang dihiris bersama sos Capers dan Roast Leg of Lamb with Provencale.
Ada lagi korang boleh nikmati Traditional Roasted Tom Turkey with Chestnut, Dried Fruit and bread stuffing, Giblet Gravy and Compote of Cranberry sauce, Mousseline Potato, Carrot Puree, Brussels Sprouts, Estofado Rabo (Oxtail Navarin) dan Stuffed Bell Pappers with Minced Meat dan tak lupa juga Pan-fried Fish Grenobloise iaitu sos gabungan lemon, butter dan parsley.
Tak lengkap kalau buffet Krismas dengan dessert yang enak-enak jadi Maha paling tunggu pencuci mulut merekalah iaitu Christmas Pudding, Minced Meat Pie, Carrot Cake in Glass, Yule Log Cake, Lemon Meringue Pie dan banyak lagi.
Jadi kalau korang datang sini makan buffet mereka tak rugi dengan harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan jumlah makanan yang korang dapat. Harga untuk buffet kali ini seperti di bawah ni :-
Krismas dan Buffet Makan Malam Tahun Baru
24 Disember & 31 Disember 2017
Dewasa RM88.00++
Warga Emas RM62.00++
Kanak-kanak RM44.00++
Krismas Hi-Tea
25 Disember 2017
Dewasa RM75.00++
Warga Emas RM55.00++
Kanak-kanak RM33.00++
Tahun Baru Hi-Tea Buffet
1 Januari 2018
Dewasa RM68.00++
Warga Emas RM48.00++
Kanak-kanak RM33.00++
Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:-
Tel : 03 - 7954 688 ext 4557
besarnya ayam...heheh
BalasPadamsedap2 semuanya
BalasPadam