Coffee Terrace,

Nikmati Masakan Tradisional Pahang Dipuncak Paling Dingin Resort World Genting

Rabu, Disember 13, 2017 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Malu sebagai orang Pahang kalau Maha sendiri tak tahu makanan tradisional orang Pahang sendiri. Selalu tahu Masak Tempoyak Ikan Patin jer rupanya ada banyak lebih daripada 50 hidangan semuanya. Kat mana kalau korang nak cuba semua hidangan ini dalam satu buffet yang menarik.


Kebetulan bersamaan dengan Tahun Melawat Pahang 2017/2018 pihak Resort World Genting melalui Coffee Terrace mengadakan promosi makanan pahang yang bermula dari 8 Disember hingga 17 Disember 2017 ini. Promosi ini diadakan untuk buffet lunch dan juga dinner tapi specialnya membawakan makanan popular seluruh negeri Pahang.




Tema mereka adalah "Taste of Darul Makmur, Hogoh Pahang" memang kena datang cubalah sebab semua masakan Pahang yang disediakan chef dari negeri Pahang sendiri. Apa makanan Pahang yang korang tahu selain Ikan Patin Tempoyak tu. Daging Opor tahu tak? Atau Nasi Kebuli?






Semua ini ada disediakan di sini Maha berkesempatan untuk naik ker Genting bagi menikmati semua hidangan ini memang tak sia-sia. Ia adalah satu usaha yang sangat berbaloi kalau korang naik ker Genting dan makan lepas tu turun balik KL memang puas hati. Makanan semua sedap dan menepati rasa Pahang tu.





Contoh paling ketara adalah Masak Sambal Hitam memang susah nak cari kat banyak tempat tapi kat sini chef sediakan sendiri yang mereka masak setiap hari. Kemudian ada Sambal Tempoyak dan Sambal Belacan yang padan makan dengan ulam-ulaman kampung seperti Jering, Petai, Pucuk Ubi Kayu dan macam-macam lagi.



Promosi makanan Pahang ini bukan sahaja untuk pelancong yang datang ker Genting tapi orang Malaysia sendiri yang tak tahu tentang makanan tradisional kita. Maha paling suka adalah Puding Raja, Puding Pahang dan Lompat Tikam. Itu dessert yang palign susah nak cari kat KL ni kalau ada pun harga jauh sangat mahal.




Juga kat sini korang boleh dapatkan iaitu Laksa Pahang yang menggunakan daging ikan tenggiri dan dimasak dengan sedikit santan jadi ia berlemak. Maha baru dapat cuba memang menarik tertarik. Kemudian daging Kambing Bakar yang makan bersama sos Asam selalu kita makanan barat makan bersama sos lada hitam betul tak.





Banyak lagi lah Maha nak cerita sini tak habis memang best korang kena datang sendiri cuba semua menu-menu mereka. Lauk pauk masakan Pahang kat sini akan berubah setiap hari. Kata chef ini mereka mengembara ke serata Pahang untuk cari makanan tradisional yang sebenar dan ini apa yang mereka temui paling betul-betul Pahang. 

Kalau harga pula ada beberapa rate berlainan mengikut waktu :-

Makan tengah hari 
Dewasa RM48.00 nett
Kanak-kanak RM24.00 nett

Makan Malam 
Dewasa RM82.00 nett
Kanak-kanak RM41.00 nett

Kalau korang nak cari makanan seperti Daging Singang, Gulai Lemak Siput, Gulai Asam Rong, Udang Sambal Petai, Udang Lemak Cendawan Tiram, Hati Ayam Masak Sambal Kacang Panjang, Sup Tulang Rusuk, Kerabu Daging, Kerabu Pucuk Paku dan Kerabu Kerang & Taugeh. Kemudian pencuci mulut pulak ada Sira Labu, Pengat Nangka, Ubi Rebus dan Satay Ayam dan Daging.







Selain itu juga mereka ada membawakan barangan sejarah yang dipinjamkan daripada Muzium Pekan untuk di pamerkan di sini. Contoh macam Acuan Kuih Bahulu, Cerek Tembaga, Kukur Kelapa dan macam-macam lagi. Korang boleh lihat sambil makan sambil tengok pameran yang disediakan di sini. Jadi tunggu apa lagi datang lah dan nikmati makanan Pahang ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Tempahan dan pertanyaan layari : 
Laman web : www.rwgenting.com
Tel : 03-2718 1118

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




15 ulasan:

  1. fuh.. kalau pi genting memang kena makan kat sini la yea.. sebab tengok menu2 semua masakan tradisional yang membangkitkan selera betul.. terbaikk

    BalasPadam
  2. I have try their buffet several time. Fresh and variety of choices. Love it.

    BalasPadam
  3. gulai asam rong memang sedap.. tapi tak semua pandai makan heehhe.. sambal hitam pun memang syok ooo

    BalasPadam
  4. cantiknya replika rumah tu..pastu menu-menu hidangan dia semua sedap-sedap zaza tengok..

    BalasPadam
  5. Punya banyak menu menarik tu tapi harga punya lah murah. Ana baru tau byk rupanya masakan tradisional pahang ni ye. Daging opor dgn nasi kebuli tu first time ana dgr.

    BalasPadam
  6. Alaaaa...sajer jer tau Maha ni...akak dah la teringin nak makan lauk patin tempoyak tu...

    BalasPadam
  7. Fuhhh sedap ni, boleh cuba nanti nak pergi sana

    BalasPadam
  8. Wah sedap! Rugilah kalau Genting takda masakan Pahang, kawasan ni kan berjiran atau berada di dalam kawasan Pahang. Hehehe.

    BalasPadam
  9. Banyak juga menunya ye. Kinah tau gulai ikan patin tempoyak tu je hihi. Nanti bolehla cuba makan kat sini.

    BalasPadam
  10. Puding raja tu memang sedap lah, pernah sekali jer merasa

    BalasPadam
  11. Maha Mahu! Kita dah pernah makan kat sini bulan lepas. Ya Allah, macam-macam makanan ada. Tapi port yang onie pergi dulu makanan jepun,wahahahaahahhaha... Tapi serius pilihan makanan banyak gila. Sampai tak tahu nak makan yang mana dulu,hihihi

    BalasPadam
  12. Pahang pun banyak makan menarik selain ikan patin yang popular tu. Sambal hitam & dessert puding diraja tu memang nampak sedap. Tengok gambar makan pun dah terliur ni.

    BalasPadam
  13. Tempoyak Ikan Patin fav bro kot...

    Pernah beberapa kali makan dekat sini, malangnya asik ambil menu yang sama je...

    BalasPadam