Cream of Europe,

Patutlah Krim Dari Eropah Pilihan Chef Pastri Di Seluruh Dunia

Selasa, Disember 19, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita makan roti atau kek yang sedap-sedap kat hotel ni sebenarnya mereka menggunakan produk krim dari Eropah. Dari mereka buat Ganache sampai ke Creme Brulee semua menggunakan krim dari sana patut lembut dan menarik.


Apa yang maha tahu krim dari Eropah yang digunakan dalam pastri mempunyai rasa yang sangat halus serta kualiti pastri terbaik mampu dihasilkan. Mana Maha tahu semua ni sebab hadir ke kelas penyediaan pastri special menggunakan produk krim Eropah ini.


Program anjuran French Dairy Inter-Branch Organisation (CNIEL) yang diberikan dana bantuan dari European Union (EU) telah diadakan di Pastry Institute of St Hanore Kuala Lumpur. Masa kami sampai pagi tu dah bau harum satu institut tu sebab mereka tengah bake roti dan pastri untuk bagi kami sarapan.


Kami sarapan dengan Tart Tropézienne, Croissant, Pain au Chocolat, Salmon quiche, Chicken Cream Pie dan Mushroom Vol Au Vent bersama topping dari krim Eropah. Tu saja dah kenyang dan memang memikat nafsu makan masa tu. Sedap semua pastri mereka lembut dan rangup selalu buat sendiri mesti tak jadi hehehe.





Selepas sarapan tu kami pun mula kelas untuk memasak yang di tunjuk ajar oleh Chef Frederic Oger yang juga pemilik institut tersebut. Hari tu kami buat empat pastri dan dessert yang menggunakan produk krim dari Eropah. Tengok semua comel-comel jer rupanya tapi agak komplekated untuk buat 4 menu ni. 

Chef Frederic Oger

Yang pertama kami belajar adalah Madeleine Basket yang nampak macam biskut ini tapi ia jauh sangat sedap. Tengah tu adalah krim yang dihasil diapit dengan wafel rengup. Menu kedua adalah Frozen Parfait yang ni krim di bekukan dalam peti sejuk dan dijadikan topping atas biskut. 





Menu ketiga ini macam rupa aiskrim Magnum tapi namanya Cream Catalane Passionemen penuh dengan coklat dan sangat sedap best makan sambil chef ajar kat depan hehehe. Last sekali Speculoos Chocolate Tart ni pun sama tengah tu di whipping krim yang telah digebukan memang menyelerakan.




Menariknya berlainan dengan apa yang orang ramai selalu cakap sebenarnya krim Eropah mengandungi kurang lemak jika dibandingkan dengan butter. Bila dah label dengan "cream", kandungan lemak adalah  30% hasil daripada proses skim susu. Apa yang menyebabkan Krim Eropah sentiasa menjadi pilihan chef-chef di serata dunia, dan menghasilkan pastri yang terbaik bukan sahaja disebaban kandungan lemak krim itu tapi faktor lain ialah kestabilan dan tahap konsisten krim itu.

Speculoos Chocolate Tart, Cream Catalane Passionement, Frozen Parfait dan
Madeleine Basket

Sudah jelas dan tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kualiti dalam krim Eropah dan menjadikan ia krim pilihan untuk digunakan dalam apa-apa menu pencuci mulut yang lazat. Krim halus Eropah boleh didapati di pasaraya premium dan pasar raya seluruh Malaysia sekarang.






0 Pandangan: