Chicken Ball Spaghetti,
WHISK Memudahkan Kerja Memasak Di Rumah Buat Mereka Yang Sibuk
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang mesti pernah sampai satu masa tak tahu nak makan apa. Nak masak kat rumah pulak bila buka peti ais kosong tak ada langsung bahan untuk dimasak. Maha sendiri kadang-kadang buntu tak tahu nak masak apa nak beli bahan tak tahu pulak.
Tapi sekarang tak perlu risau lagi kerana telah ada WHISK. Apa tu WHISK? Ia lebih kepada penyelamat waktu kecemasan anda. Sekarang ni WHISK memberi 6000 kotak secara percuma untuk rakyat Malaysia. Kalau kempen 6ribu kotak ni dah tercapai target baru mereka start menjual makanan-makanan dalam laman web mereka. (Update: Maha baru dapat tahu dari pihak WHISK yang kempen 6K ini telah pun habis maaf pada yang tak sempat memang pantas betul korang ni). Maha sendiri telah dapatkan satu kotak daripada mereka korang tunggu apa lagi cepat pergi dapatkan sekarang.
Korang hanya perlu masuk laman web mereka www.whiskmeal.com dalam tu ada beberapa resipi makanan yang mereka sediakan untuk dipilih. Kita juga boleh undi untuk menu baru mereka yang akan datang di What’s Next dan klik ‘like’ button. Produk makanan WHISK membantu mengatur diet kita kerana mereka menyertakan fakta nutrisi pada kad manual. Juga bahan mereka segar sampai depan pintu dalam kotak yang menarik dan pack yang berkualiti.
Hari tu Maha cubalah Chicken Ball Spaghetti mereka. Buka kotak tu semua dah ada hanya masak ikut arahan sahaja. Mudah pulak tu nak masak jom kita belajar memasak hari ni.
Cara memasak Chicken Ball Spaghetti:-
1) Didihkan spaghetti yang diberikan dalam satu kotak ini cukup untuk satu orang makan jadi masak jer semua akan habis.
1) Didihkan spaghetti yang diberikan dalam satu kotak ini cukup untuk satu orang makan jadi masak jer semua akan habis.
2) Sambil tu kita buat meatball dengan daging yang diberikan tak perlu nak perap atau campur hanya gentel sahaja jadi bulat-bulat. Saiz Maha buat ini akan jadi 5 ketul.
3) Lepas tu masukan minyak masak dalam kuali tapi minyak mereka tak sediakan kita kena guna minyak sendiri. Goreng bebola daging tu sehingga separuh masak.
4) Bila dah masak masukkan terus bawang putih dan bawang besar yang disediakan semua dah siap potong hanyak campak jer dalam kuali mudah.
5) Bila dah naik bau kemudian baru kita masukan tomato sos dan stock ayam yang dibekalkan.
6) Masak sehingga sedikit pekat dan last masukan garam dan lada hitam ni pun mereka tak bekalkan kena sedia sendiri.
7) Last sekali spaghetti yang telah direbus tadi masuk dalam kuah tu dan masak 2 minit.
8) Sedia untuk dihidangkan dan dimakan mudah bukan.
Bagi orang Bujang macam Maha ni tak perlu nak fikir beli bahan dan apa bahan yang nak cari. Order sahaja kat Whisk ini semua dah siap dalam sukatan yang sebenar hanya terus masak sahaja tanpa ragu-ragu. Tapi ingat jangan buang kotak Whisk dan icepack yang ada jika kita pulangkan semula kotak dan icepack akan dapat kumpul point.
Kalau ibu-ibu yang bekerja pun boleh juga beli satu box macam ni dan sampai rumah masak jer tak perlu nak kupas-kupas dan potong semua dah siap. Main campak-campak sahaja. Lepas ni kalau sapa malas sangat nak masak tak tahu lah. Semudah ini telah ada dipasaran dan sangat membantu.
Nampak sangat2 menarik... Senang ni gi travel luar
BalasPadamadui.. terliur tengok gambar terakhir tu.. sedap bebeno kejadiannya.. huhu.. ada resepi didalamnya? wah.. baguslah whisk ni.. Tb pun nak try jenguk2 website dia.. tq maha
BalasPadamSenang nak masak kan hehe.. Tp best la maha pandai masak mcm2 ni..
BalasPadamRasanya dah terlewat dan terlepas nak rebut sekotak WHISK secara percuma.
BalasPadamMenarik la Maha...utk mak- mak macam akak ni memang sesuai kan...boleh cuba ni...kalau x salah dia banyak jenis makanan
BalasPadammenarik sangat idea ni. pastu dah la nampak kesedapannya tu :D
BalasPadamWah bagusnya produk mcm ni maha..saya sampai sekarang xpndai lgi nak agak utk masak spageti sorg mkn..2 org mkn byk mana😅
BalasPadamMAsyaalllah..senangnya masak nya. Kena dptkan satu nmpknya ni
BalasPadamBestnyaaaa harus ku cuba ni 😬
BalasPadamharitu ada tengok website dia..dpt voucher..lupa nak tebus
BalasPadamWah nampak sedap. Suka menu ni. Nti nk try la
BalasPadamSenanglah ...main masak begini . Campak bahan taraaaa siap dimakan.
BalasPadammenarik la.. semau dah siap kasi tumis dan masak n taraaaa siap
BalasPadam