Coolblog,

CoolBlog Membuka Cawangan Terbesar Dan Lebih Menarik Di Melawati Mall

Selasa, Februari 06, 2018 Mahamahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni sebenarnya adalah peminat no 1 minuman CoolBlog sebab ia ada macam-macam rasa. Kita boleh pilih yang segar dan yang menyegarkan. Rupanya sudah masuk tahun ke-10 CoolBlog dalam industri minuman di Malaysia.


Baru-baru ini CoolBlog terlah membuka kedai pertama yang terbesar mereka di Melawati Mall. Sebagai jenama minuman berasaskan kiosk, CoolBlog kini telah melompat ke penjenamaannya dengan mendedahkan rupa baru lebih segar. Selalunya CoolBlog dalam kiosk kecik jer yang nampak sempit tapi ni nampak luas.


Bermula sebagai jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk telah memikat hati rakyat Malaysia dengan mencipta perisa tempatan dan global. CoolBlog dikenali sebagai jenama antarabangsa, memperkenalkan lebih daripada 25 perisa minuman dan pencuci mulut dengan lebih daripada 300 varian produk.




Rupanya kedai baru ini berkeluasan 973 kaki persegi memberi ruang yang lebih ramai kepada pelanggan untuk datang. Ia mempunyai kelengkapan kayu dan bingkai sebagai asas kaunter utamanya. Masih mengekalkan warna merah jambu yang meenjadi warna koporate dan  kombinasi warna hitam dan merah jambu yang boleh dilihat di seluruh kedai. Kedudukan kedai ini betul-betul bersebelahan dengan pangung wayang jadi mungkin lebih menarik orang ramai yang nak singgah.



CoolBlog juga menawarkan 'Minuman Edisi Terhad' bersempena pembukaan kedai baru ini. Minuman ini boleh didapati bermula dari hari pembukaan sehingga 28 Februari 2018. Hanya akan ditawarkan di cawangan Melawati Mall ni sahaja ok. Jadi sapa jalan-jalan sana boleh lah singgah kat rumah Maha jauh hehehe.



Banyak aktiviti sempena dengan majlis pembukaan tersebut dan semoga dengan pembukaan cawangan baru ini lebih memajukan CoolBlog dan lebih banyak cawangan baru. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai CoolBlog, layari ke halaman Facebook mereka, http://www.facebook.com/coolblog.my/.







5 ulasan:

  1. saya minat juga dgn cool blog. jeles betul dgn cawangan terbesar ni

    BalasPadam
  2. Bagus ni, satu usahasama dan bisnes yang bagus, harga dan rasanya memang berpatutan. Selalu beli kalau pergi mall

    BalasPadam
  3. memang selesa outlet ni..lebih2 lagi dok kat sebelah GSC...

    BalasPadam
  4. lawanya tempat , boleh tahan jugak coolblog ini , jemput singgah ke vitaminwawa.com , sekian " terima kasih " ...

    BalasPadam
  5. Rasanya memang dah agak lama tak minum air di cool blog ni.. haish teringin pulak

    BalasPadam