Dashing,
Selalu Maha akan beli kat Guardian sebab dekat dengan rumah jadi korang juga boleh dapat mana-mana pasaraya besar. Selamat mencuba dan bertukar kepada wangian baru ini.
Lelaki Dengan Masalah Kuat Berpeluh DASHING SPORT Penyelesaian Terbaik
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha memang pengguna produk Dashing dari mula mengenali deodoran dan juga pewangi mereka semasa zaman study dulu lagi. Sampai sekarang memang menggunakan produk mereka dan setiap tahun ada sahaja promosi terbaru seperti baru-baru ini ada Dashing Anytime EDT dalam pek kecil.
Itu salah satu sebab kenapa Maha suka kepada produk ini sentiasa ada update terbaru dan lagi baru sekarang ni mereka keluarkan pula DASHING SPORT. Walaupun sasaran mereka adalah kepada lelaki aktif dan juga ahli sukan tapi orang biasa ada masalah kuat berpeluh juga sangat sesuai.
Koleksi baru ini datang dengan dua variasi iaitu Dashing Hitman dan juga Dashing Golden Boot terdiri daripada deodoran semburan badan dan Eau De Toilette. Ia adalah sesuai untuk mereka yang kuat berpeluh macam Maha ni. Sebenarnya Maha ni kalau makan pedas sangat memang akan berpeluh habis muka dan satu badan.
Tahu kadang-kadang ada lelaki kat luar sana yang jalan kaki nak pergi ke parking kereta juga boleh berpeluh. Paling ketara celah ketiak, bagi Maha deodoran dan pewangi baru ini adalah pelengkap kepada keperluan lelaki yang ada masalah ini.
Semburan deodoran ini bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.
Kalau orang tanya Maha perbezaan dua produk deodoran dan pewangi ini adalah dimana yang DASHING Hitman dapat bau aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood. Manakala DASHING Golden Boot Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi Kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin.
DASHING SPORT Eau De Toilette boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml. Keluaran edisi terhad ini boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk semburan deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.
suami sy pengguna tegar Dashing...senang nak beli..kat mana2 pun ada
BalasPadamwaa seems not bad! my husband tak guna dashing but in case dia nak try something new nanti boleh bagitau dia ni nanti hehe. Good sharing!
BalasPadamnampak bagus ni. Nak jadikan hadiah harijadi si suami sy lah... jangan bagitau dia tau... surprise birthday gift!
BalasPadammenarik..suami ciktom memang suka bersukan dan kuat berpeluh..boleh bagi hadiah yang dashing golden boot tu..
BalasPadamBagus deodoran yang macam ni, antibakteria dan tak tinggal kesan kat baju hehe. Harga pun best berpatutan sangat pastu mana2 pun senang nak cari Dashing ni kan.
BalasPadamProduk dashing dah semakin smart packagingnya kan..bagus mengikut peredaran masa and penggunanya mmg puas ati dgn produk ini..
BalasPadamtak dapat bayangkan bila produk lelaki bau lavender...masih hebat hahahahaha
BalasPadamNow I know which pricing to buy for my friend's birthday... Lolz... They must be smell good......
BalasPadamSuka dengan warna packaging botol edisi ni. Bau dia pun not bad juga.
BalasPadamOrang bekerja xkira lelaki/perempuan kena ada la pewangi ketiak ni. Mau pengsan orang sebelah kalau bau masyam. Boleh suggest kat hubby ni. Cantik hijau kuning negeriku eh
BalasPadamSuami kita pun guna dashing. Wangi sangat. Cantiknya packaging edisi baru ni. Bolehlah suruh suami beli nanti.
BalasPadamSemakin lama semakin maju Dashing ni.pandai attract customer untuk beli dan pakai.packahing menarik dan warnanya memang awesome sangat.tak jemu tengok.dashing pun boleh tahan juga baunya, wangi.boleh beli unyuk suami nantilah
BalasPadamCantiknya packaging dia warna bright.boleh la beli hadiah untuk husband macam ni.
BalasPadamSebelum ni guna dashing jugak bau pun sedap
Eh cantiknya gambar-gambar Maha ni. Hehehe. Macam beauty blogger pula tengok. Hehehe. So antara dua tu mana satu fav?
BalasPadamsnsk bujsnh ksk tentu guna dashing
BalasPadamProduk dari Dashing sekarang memang terbaiklah! Bakal suami suka jenama ni.
BalasPadamThis range is good for men who i active in sports or those who sweat a lot especially the weather is so hot nowadays.
BalasPadamharitu ada nampak produk yg ni tapi takbeli sbb takut takbest😂 nanti nak beli lah. eh btw nampak mahamahu kat rasa babas 😂🤣😝
BalasPadamNampaknya produk ini sesuai sangat kot dengan Bro yang kuat berpeluh walaupun jarang bersukan hahahah kenkadang lepas mandi pun boleh berpeluh.. pelik kan hahaha
BalasPadamwahhh bagus utk suami ni.. nk kena cari la :D
BalasPadam