Asam Laksa,
Mencari Asam Laksa Yang Terbaik Hanya Di D'Laksa
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Asam Laksa sinonim dengan negeri Pulau Pinang tapi kali ini tak perlu lagi jalan jauh-jauh nak cari menu yang cukup popular ini kerana dah ada kat serata Malaysia. Maha tahu pun sebab pergi cuba makan nak kata restoran tiada konsep restoran tapi lebih kepada stall iaitu D'Laksa.
Kat Malaysia ini sahaja dah ada 11 cawangan stall di beberapa buah negeri seperti:-
Johor Baharu
- D'Laksa KSL City Mall
- D'Laksa Sutera Mall
- D'Laksa AEON Bukit Indah
Melaka
- D'Laksa Dataran Pahlawan Melaka Megamall
Selangor
- D'Laksa AEON 1Utama
- D'Laksa AEON IOI Mall Puchong
- D'Laksa AEON Mall Shah Alam
Kuala Lumpur
- D'Laksa MyTown Mall Cheras
- D'Laksa AEON Midvalley Megamall
- D'Laksa AEON Taman Maluri
Penang
- D'Laksa AEON Queensbay Store
Kalau dari segi rasa Maha dah cuba makan memang sangat puas hati sebab yang penting Asam Laksa ni kuahnya yang penuh dengan ikan dan mereka menggunakan Ikan Sardin. Lepas tu mee laksanya juga kenyal dah sedap dikunyah. Dalam Asam Laksa tu semua sayur ada seperti timun dan nanas serta pelengkap mesti kena letak Petis Udang .
Selain daripada Asam Laksa dengan harga RM7.00, mereka ada juga menu lain seperti Asam Fishball dan juga Fruit Rojak dengan harga RM5.00. Bagi Maha Asam Fishball tu sangat menarik dengan ada 5 ketul bebola ikan yang besar serta menggunakan kuah Asam Laksa yang sama. Kemudian yang rojak buah tu pun sangat sesuai untuk menghilangkan rasa pedas selepas makan Asam Laksa. Dalamnya mereka letak buah seperti Sengkuang, Nanas dan Timun bersama taburan kacang goreng.
Kalau korang datang nak makan kat situ pun boleh sebab mereka ada sediakan beberapa meja dan kerusi juga kalau nak bungkus pun boleh. Kuah tu memang mereka sediakan setiap masa kalau habis akan buat dengan masak panas-panas.
Stall D'Laksa ini juga mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM jadi tak perlu nak risau atau was-was untuk makan ok. Bagi Maha ia adalah makanan tradisi yang ramai orang suka dan sekarang dah boleh dapat bila-bila masa sahaja. Selamat mencuba semua nanti tinggalkan komen kat sini ok.
Promosi dan maklumat lanjut layari :-
Laman web : http://www.dlaksa.com
Facebook : https://www.facebook.com/dlaksa2012
Instagram : https://www.instagram.com/dlaksamalaysia
Facebook : https://www.facebook.com/dlaksa2012
Instagram : https://www.instagram.com/dlaksamalaysia
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5
mak aii..sdapnya..:)
BalasPadamMeleleh air liur tertiba tengok gambar dekat blog nie, dah la asam laksa pekat2 macam nie adalah fav bro... eh, Maha nampak kurus la
BalasPadamMemang sedap sebab pernah cuba dicawangan JB. Fuh bau dan rasa dia sama terbaik. Bila lah nak ada cawangan dekat ipoh ni
BalasPadamOoo. Ni la laksa yang sedap tu. Yang orang nak unfriend kau kalau tak sedap tu?
BalasPadamNak try jugak la pasni
Wah sedaonya.tapi kenapa area negeri sembilan tak ada cawangan. Kalau tak boleh try. Tengok nampak sedap jer
BalasPadamI really wonder will this got my craving fix. Wanna try this so badly and whenever I passed by this stall, the smells really good!!!
BalasPadamAduh.... pepagi sampai sini. Jahat laaaa gambar awak. Nina memang favorite
BalasPadamsakan ngan Laksa. Dah kenyang pun bila nampak Laksa, gerenti boleh isi lagi. Terliur kita tau!
sedap yer laksa, tengok maha makan lagi nampak sedap berganda2. nak try la, harga pun affordable. tengok review 4/5 kira tinggi tu. mesti sedap ni.
BalasPadamDia tayang Laksa plak dah...aduhai..kecur air liur dah ni..mana plak nak cari laksa macam ni kat KL sENTRAL NI...Nampak sedap tu ha...
BalasPadamlaksa tu sedap cuma manis. fishball tu pun sedap! tak rugi cuba!
BalasPadamya Allahhhh tertengok pulak petang2 mcm ni.. terus lapooo nak laksaaa hahahahha
BalasPadamBestnya Maha !! Mesti sedap kan. Kuahnya nampak pekat dan likat. Nak kena cecepat pergi aeon mall shah alam nie. Aduiii taaa kuad rasanya lepas baca entri nie
BalasPadamYa Allah sedapnya laksa tu... kuah pekat, isi banyak. memang berbaloi dengan harga tu. rojak buah dan asam fishball tu pun nampak mengancam betul.. harap2 kat Perak nanti adalah juga dibuka.
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Lia dah try makan Asam Laksa & Rojak Buah kat Queensbay Mall Penang. Memang sedap dan terangkat. portion dia memang banyak, isi ikan terasa dan kuah dia superb terbaik. Sayang lupa nak tapau makan kat rumah.
BalasPadamwww.liahasty.com
Terliurnya tengok laksa ���� tak berani lagi nak makan. Baru je 40 hari berapantang keguguran
BalasPadamperghh meleleh air liur pepagi ni tengok asam lasak dgn rojak buah tu..sedap gilerrr...perut pun dah berbunyi ni..eh kat JB ada la..nati weekend nak try ke sana,,tq maha..
BalasPadamsedappnye,tngok pun dah terliur..knne plak perut kosong wktu pagi2 nie...tpi srs nmpk sedp la laksa dia...nak kne tuntut jgk satu hari nnnt
BalasPadamLaksa is one if the dishes that I stay away from due to gastritis. But looking at these photos, I can sense how delicious it is! Can't wait for D'Laksa to come to Ipoh!
BalasPadamFeveret akk ni. Biarpun first time try pekana sekali teringin berkali-kali
BalasPadammy fav is laksa...geram tgk maha duk makan tu...tgk kuah macam pekat dan mengiurkan... kena gak g my town mall utk semangkuk laksa kegemaran
BalasPadamPernah makan kat sini masa ke my town tempoh hari. Sementara tunggu nak tengok wayang. Boleh tahan gak.
BalasPadamMaha Mahu! Kenapa gambar cecantik ni, nangis tengok!!!! Tapi onie haritu try makan di Aeon Shah Alam.. Macam kurang sikit la rasa asam laksa dia,huwarrrrrrrrrr... rojak dia tu je tak try lagi...
BalasPadamlapar perut kita tengok gambar macam ni. kita minat laksa segala jenis laksa, termasuklah asam laksa. nasib baik ada outlet kat johor juga, nak rasa nanti.
BalasPadamAmboi tengok MM makan pun menyelerakan
BalasPadamuihhh...ini kalau pergi food court kat AEON Mall Shah Alam, semerbak bau laksa ni ajer..mengundang betul! haha
BalasPadam