First World Genting Highland,

Rasa Bermalam Di First World Hotel Genting Highland - Food Trail Sesi 3

Khamis, April 19, 2018 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha jarang dapat menginap di Genting Highland ni tapi kali ini dapat peluang duduk walaupun semalam memang seronok. Sempena dengan Food Trail yang Maha sertai korang boleh baca senarai tempat makanan yang Maha dan cuba seperti di bawah ni.


First World Hotel ini diiktiraf sebagai hotel terbesar di Malaysia yang mempunyai ribuan bilik dan 3 Tower utama iaitu Tower 1,2 dan terbaru Tower 3. Maha hari tu dapat duduk bilik kat tower baru tu memang selesa dan tenang. Bestnya sini kerana keadaan yang sejuk di puncak bukit tu mereka tiada sediakan aircond kerana dan memang sejuk sangat.


Bilik yang Maha duduk tu Delux Room ada dua katil berasingan tapi yang mana datang keluarga boleh pilih bilik yang ada katil queen. Bilik kat sini lengkap semua ada TV, peti kebal, hairdryer dan juga keperluan untuk membuat minuman seperti teh mahupun kopi. Penting kat sini ada wifi percuma boleh update selalu.



Bilik air pula berasingan antara tandas dan juga tempat mandi jadi tak perlu lah nak berebut kalau duduk berdua untuk gunakannya. Paling beruntung kalau bilik korang menghadap hutan tropika Malaysia dan dapat tengok kabus yang menyejuk. Maha dapat bilik yang mengadap tengah tapi ok lah janji boleh tidur.


Hotel kat sini murah jer untuk satu malam jadi kalau datang nak berhibur atau bercuti hotel ni Maha rasa sesuai untuk korang. Kawasan parking pun banyak terutama tower baru tu parking dekat jer sebelah hotel. 


Masa untuk check in adalah pukul 3.00 petang dan check out pukul 12.00 tengah hari. Tapi kalau korang check in awal ada cas lebih dikenakan. Kalau nak makan kat sini jangan risau Maha dah senaraikan semua ada 20 restoran korang boleh tengok link kat atas tu. Jadi kalau datang naik kereta tak perlu bawa kereta jalan sahaja sebab semua kawasan disambungkan.






1 ulasan: