eRezeki,
2) Kerja-Kerja Digital (Digital Work)
Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.
3) Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled)
Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan.
Dulu Peniaga Makanan Kecil Kini Mampu Jana Ribuan Ringgit Dengan #YOUCANDUIT
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha pernah baca satu kisah yang dikongsikan oleh seorang pengusaha makanan di laman Facebook miliknya. Bagaimana beliau membina perniagaan daripada seorang peniaga kecil gerai tepi jalan sehingga kepada pengusaha online berjaya.
Kisah bermula pada tahun 2015 masa tu Kak Mah (bukan nama sebenar) mengusahakan gerai makanan tepi jalan Taman Sentosa. Menjual makanan seperti Nasi Lemak, Meehun Goreng dan juga kuih muih tradisional. Peniagaan dibawah sekaki payung yang mampu memuatkan sebuah meja dialas dengan plastik.
Gambar sekadar hiasan |
Selama ini peniagaan Kak Mah sangat memberansangkan dengan pelangan setia yang selalu datang membeli makanan di gerai beliau. Sehingga suatu hari beliau didatangi oleh pegawai penguat kuasa yang mula membuat pemeriksaan terhadap status peniagaannya yang tidak berdaftar. Hari itu sangat malang buat Kak Mah dan kini peniagaannya hanya tinggal nama sahaja.
Namun Kak Mah bangkit semula dengan mula mendaftar perniagaannya di SSM dengan mendapat lesen pendaftaran yang sah dan mula membuat peniagaan makanan. Tetapi tidak sehebat dahulu ramai pelanggan tidak ketahui tentang peniagaannya yang beroperasi semula itu. Namun Kak Mah tidak kecewa malah terus berniaga sehingga satu hari beliau terbaca tentang #YOUCANDUIT di akhbar.
Apa yang Kak Mah tahu tentang kempen #YOUCANDUIT ini membuatkan beliau mula mendaftar dalam program eUsahawan dan menjadi sebahagian daripada 102 ribu orang peserta yang telah mendaftar semenjak 2017. Disitu beliau belajar bagaimana nak memasarkan produk dengan secara dalam talian atau online menggunakan teknologi.
Apa yang Kak Mah tahu tentang kempen #YOUCANDUIT ini membuatkan beliau mula mendaftar dalam program eUsahawan dan menjadi sebahagian daripada 102 ribu orang peserta yang telah mendaftar semenjak 2017. Disitu beliau belajar bagaimana nak memasarkan produk dengan secara dalam talian atau online menggunakan teknologi.
Hari demi hari Kak Mah belajar banyak ilmu jualan menggunakan online dengan membuka akaun Facebook, Instagram serta jualan melalui digital ini. Sejak dari itu peniagaan Kak Mah mula dikenali ramai orang yang bukan sahaja pelanggan setia beliau malah ramai juga pelanggan baru yang datang membeli di gerainya sehingga luar daripada kawasan.
Kak Mah juga kini telah membuat jualan atas talian kepada pelanggan beliau yang mahu mendapatkan makanan. Semuanya adalah hasil daripada ilmu yang diperolehi melalui kempen #YOUCANDUIT. Dulu hanya dapat sekitar dalam puluh ringgit sahaja sebula kini beliau mampu menjana pendapat sehingga ribuan ringgit dalam masa yang singkat.
Kak Mah juga kini telah membuat jualan atas talian kepada pelanggan beliau yang mahu mendapatkan makanan. Semuanya adalah hasil daripada ilmu yang diperolehi melalui kempen #YOUCANDUIT. Dulu hanya dapat sekitar dalam puluh ringgit sahaja sebula kini beliau mampu menjana pendapat sehingga ribuan ringgit dalam masa yang singkat.
Siapa sangka perubahan dan pengetahuan melalui ilmu digital ini sangat membantu usahawan bukan sahaja seperti Kak Mah malah ramai lagi peniaga diluar sana yang mahu mengembangkan peniagaan melalui peluang eUsahawan.
Kak Mah adalah antara 25,792 yang menjana pendapatan tambahan melalui program eUsahawan pada tahun 2017. Beliau juga antara senarai usahawan dengan jumlah jualan 175.3 juta yang terkumpulan pada tahun 2017 setelah mengikuti program dari MDEC ini. Hebatkan hanya dengan mengambil sedikit langkah untuk maju kini hidup Kak Mah telah berubah dan mampu menyaingi pendapatan orang yang bekerja makan gaji.
Program eRezeki
#YOUCANDUIT juga ada program selain usahawan iaitu eRezeki yang membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan secara digital melalui kaedah crowdsourcing. eRezeki ini adalah peluang untuk membuat pekerjaan secara dalam talian mengunakan internet yang kita guna hari-hari.
Di antara pekerjaan yang ditawarkan melalui eRezeki ini adalah :-
Di antara pekerjaan yang ditawarkan melalui eRezeki ini adalah :-
1) Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task)
Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.
Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.
2) Kerja-Kerja Digital (Digital Work)
Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.
3) Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled)
Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan.
Semua golongan mampu untuk menambah pendapatan melalui eRezeki seperti anda yang penerima BR1M, golongan OKU, pesara, ibu tunggal, suri rumah sepenuh masa dan ramai lagi. Juga anda yang bekerja tetap tapi mahu membuat 2 kerja bagi mendapat pendapatan tambahan juga boleh menyertainya.
Setakat 2017 seramai 98,580 orang telah dilatih dibawah program eRezeki ini dan 62,709 orang telah dapat menjana pendapatan tambahan yang memberangsangkan. Terbaru eRezeki memperkenalkan program Tour Buddy dimana anda akan dilatih menyediakan perkhidmatan pelancongan persendirian di platform antarabangsa melalui ruangan digital. Mungkin korang berminat dalam bidang pelancongan dan bertemu dengan pelancong dari luar negara boleh masuk program ini.
Kalau rasa sekarang ini susah nak dapat pekerjaan atau nak cari duit, masanya untuk korang mendaftar dengan MDEC di laman www.youcanduit.mdec.my. Korang juga boleh dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eUsahawan atau eRezeki di laman Facebook @YouCanDuitMY.
Sokongan Selebriti Tanahair Terhadap #YouCanDuit
Selebriti seperti Caprice yang suka buat video dengan slang mat salehnya juga beberapa artis lain seperti Fizo Omar, Azrul Raja Lawak dan Syuk turut menyokong program ini.
Mungkin mereka boleh membantu korang membuat keputusan.
Pendaftaran dan pertanyaan layari :-
Laman web : https://eusahawan.mdec.my
Facebook : https://www.facebook.com/YouCanDuitMY
Instagram : https://www.instagram.com/youcanduitmy
Hashtag : #YouCanDuit
Bagus juga join YOUCANDUIT nih ye sebab ia banyak membantu para peniaga yang mula dari bawah mengorak langkah membina perniagaan agar lebih maju dan dikenali. Macam saya pun minat beeniaga, lepas nih bolehlah kendaftar di YOUCANDUIT korek ilmu keusahawanan supaya saya boleh jana pendapatan dengan lebih lagi.
BalasPadammemang terbaiklah #uoucanduit ni. membantu rakyat menambahkan pendapatan sampingan atau sepenuh bisnes dlm talian atau luaran.. sgt2 terbaik.. saya sokong usaha sebegini.. semoga semua usahawan2 Malaysia sukses
BalasPadamSelalu sangat dengar program YOUCANDUIT ni.. tapi belum ramai lagi yang tahu cara dan bagaimana nak join YOUCANDUIT ni.. Bagus ada entri Maha ni.. boleh menjadi bacaan dan rujukan untuk mereka yang nak memulakan bisnes atau mengusahakan sesuatu yang baru, nak berniaga ni perlu ada ilmu.. perlu ada persediaan, tidak boleh main terjah je berniaga.. macam-macam nak kena ready kan sebelum terjun ke dunia usahawan ni.. Program YOUCANDUIT ni pasti dapat membantu mereka yang berkenaan
BalasPadamPertama kali tahu tentang program YOUCANDUIT. Tak sangka adanya program sebegini. Teruja baca program ni memberi peluang, ruang , pendedahan malah ilmu untuk bakal usahawan.
BalasPadamTetiba rasa nak niaga gak....
Bagus program #youcanduit ni..bukan apa..akak pun rasa nak daftar..walau akak sedang bekerja secara tetap tapi ada rasa nak buat side income..bagusnya program seperti ini mampu membantu banyak golongan menambahkan pendapatan mereka..sekurang- kurangnya dah ada platform yang bagus untuk bakal usahawan kan..
BalasPadamTengok program ni memang memberi manfaat.nak buat apa pun kena usaha.nak cari rezeki pun kena usaha juga
BalasPadamWahhhh terbaik lah Kak Mah. Sangat terinspirasi membaca kisah Kak Mah. Ternyata dengan platform yg betul, kita mampu jana pendapatan lebih dri apa yg kita sangka. Baguslah kempen sebegini. Membantu dlm mengusahakan perniagaan supaya lebih maju
BalasPadambagus juga program youcanduit ni..bagus makcik tu dapat tau pasl program yang dianjurkan MDEC ni..dah berjaya dari biasa terus maju. Niaga dengan internet tu. Sekarang memang semuanya dekat internet je, memang boleh jadi kaya. Asalkan tau cara dan belajar bolehlah berjaya..terbaikla makcik..
BalasPadamSelalu dengar pasal Youcanduit ni dari Dato Rosyam masa dalam MLM yang lepas. Bagus sangat adanya program macam ni. Sangat membantu para usahawan untuk lebih memajukan business mereka ke peringkat yang lebih baik. Teknologi ni kalau reti guna boleh bantu promosikan produk kita kan. Tapi kena belajar caranya lah.
BalasPadamsuka sangat dgn program youcanduit ni. banyak peluang usahawan muda untuk cedok ilmu bisnes
BalasPadamSeronok tengok orang berniaga dari bawah lepas tu terus maju dan maju hingga berjaya. Bagus program sebegini, dapat membantu usahawan lebih maju dalam bidang perniagaan mereka. Sis teringin jugak nak berniaga dan usahakan perniagaan sendiri tapi tak tahu nak niaga apa..hehehe
BalasPadamLiez dh tahu pasal YOUCANDOIT last year. igt nak cuba cari ilmu utk mula bisnes tapi tak tahum ni nak cr info. thanks to Mahadi for this info.
BalasPadamThanks for d info maha...baru la ada idea amenda la youcanduit ni...huahua..org2 mcm akak yg work from home mom ni.boleh la try jugak kan
BalasPadamYoucanduit. Hehehe. Seronok jika dapat bantuan. Semangat dah ada, pengalaman dah ada. Tinggal nak tambah dana untuk kembangkan perniagaan aje. Kalau dapat geran macam Mak Cun dan Pak Ya Cong Co De tu best kan. Terus berkarya dan berniaga. Jadi ikon Usahawan utk rakyat Malaysia. Itu pun salah satu usaha mereka. Walaupun Selebriti atau tidak. Harus berusaha!
BalasPadamYOUCANDOIT campaign will benefit those who are starting up, thanks for sharing the info about it, will read up more and hopefully someday I can benefit from this because I've always dream of starting a small business myself.
BalasPadamNama program YOUCANDOIT pun dah semangat kan apa lagi sertai program ini. Memang bagus untuk usawahan di luar sana. Dapat berniaga dan berbisnes dengan cara yang betul.
BalasPadamCerita yang berinspirasi ttg kak mah. Sebenarnya bagus prog mdec ni memberi peluang utk masyarkat menjana lebih pendapatan samada pendapatan tetap atau sampingan
BalasPadamMacam saya kan. Saya cuba try test meniaga ni. Saya tak berapa nak reti. Tak berkembang pesat. Boleh join youcandoti lah kan
BalasPadamSyukur ya ada YOUCANDUIT ini yang dapat membantu masyarakat dan para pedagang dalam mengembangkan usaha. Semoga byk pedagang yang ikut join dengan YOUCANDUIT agar usahanya makin sukses
BalasPadambagusnya...
BalasPadamLama dah dengar program Youcanduit ni. Tapi tak tahu secara detail. Laa ni baru nak fahami betul-betul. Series, ini memang satu peluang yang terbaik. Kena hebahkan utk mereka yang perlukan program sebegini untuk bisnes mereka.
BalasPadam