Dairy Go,
Hilangkan Dahaga Dengan Dairy Go Teh Tarik Sejuk Atau Panas
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Teh Tarik menjadi tradisi kita rakyat Malaysia setiap kali kalau minum untuk sarapan pagi atau juga menikmatinya diwaktu tengah malan. Ada yang suka nikmati teh tarik panas dan tak kurang juga yang lega dengan minum bersama ais. Kalau Maha lebih suka kepada minum teh tarik ais lagi nikmat.
Baru-baru ini Dairy Go telah mengadakan majlis pelancaran produk minuman terbaru mereka iaitu Teh Tarik bertempat di IDCC Shah Alam. Selalu kita nak nikmati teh tarik yang sedap dan pekat kena ke restoran mamakkan tapi kali ini bila-bila masa sahaja boleh minum teh tarik. Walaupun tersangkut dalam jem pun dah boleh nikmati minuman teh tarik ini dengan goncang dan buka terus minum.
Puan Bella Yahya Pengasas Dairy Go |
Bungkusan teh tarik keluaran mereka ini bagi Maha sangat flexible kerena boleh bawa kemana-mana sahaja boleh letak dalam ais untuk disejukkan atau rendam dalam air panas untuk nikmati teh tarik panas. Paling penting packaging ini mampu memberi ketahanan air minuman itu lebih dari satu tahun sekiranya tudung tidak dibuka.
Tapi kalau sekali korang dah buka kena terus minum bagi habis. Ada satu teknologi yang mereka guna pakai untuk memastikan minuman ini boleh tahan lama. Paling menarik ia juga boleh dipos menggunakan khidmat pos biasa kerana dijamin tidak bocor atau meleleh.
Dari segi rasa pula waktu Maha cuba minuman ini ia kurang manis dan sesuai untuk mereka yang amalkan diet. Ini kerena manis yang datang dalam minuman ini dari susu yang diimport dari New Zealand. Bestnya minuman ini dijamin Halal dari JAKIM so boleh minum tanpa was-was. Tanpa kolestrol, tanpa bahan pengawet dan juga tanpa pewarna tambahan jadi ia selamat untuk dinikmati.
Jangan nak beli minuman ini kat Maha yer sebab memang Maha tak jual mereka ada jual minuman ni secara online kat Instagram Dairy Go tak silap harga RM4.00 untuk pek 200ml. Sekarang ni juga mereka buka untuk sesiapa yang nak tambah pendapatan menjadi distributor kepada produk minuman teh tarik ini seluruh Malaysia. Ini peluang keemasan kerana produk ni masih sangat baru tak banyak lagi tempat yang ada jual tau. Selamat mencuba semua dan selamat berpuasa.
Pertanyaan dan juga promosi hubungi :
Instagram : https://www.instagram.com/dairygo_/
Wahhhh...sangat menarik dan memang mudah lah kalau dah ada Teh Tarik Instant ni... Tengah bosan dengan jem, boleh minum Teh Tarik ni kan..hehehe..
BalasPadambagus yer produk teh tarik Dairy Go ni. Tertarik nak try lepas baca , sebab kurang manis, bebas kolesterol dan bahan pengawet. Memang terbaik. nak terjah la IG Dairy Go ni, nak try beli.
BalasPadamWahh! Lagi syok bila ada yang instant nie sebab kurang manis. Nak try beli lah lepas nie.
BalasPadamThe Dairy Go packaging has attract me and they offer Teh Tarik also. My favourite drink and consume in cool is the best. And can carry for travel as the packaging is small and tight.
BalasPadamCute nyer Bella ni. Petite orangnya ya. Nak try rasa la teh tarik ni. Kalau minum sejuk2 sedap ni. Tanpa pengawet, tanpa kolesterol dan tanpa pengawet tu yang buat lagi menarik.
BalasPadamrendam air panas je eh? wa.. bestla.. de sejuk dan panas.. mudah dan dijamin selamat.. boleh cuba ni.. anyway yg penting manis dia dariapda susu bukan gula..
BalasPadamPackaging dia sangat- sangat flexible kan..senang je..kalau nak minum panas just rendam ngan air panas kan..kalau nak sejuk just minum dari peti je..suka dengan Bella ni..semangat meniaga dia tinggi..
BalasPadamTak sabar tunggu produk ni masuk physical store kat area KL. Nak order online lambat sangat pos nya nanti.
BalasPadammacam nak beli lagi lah! sedap juga cuma harga sedkit mahal . ni kalau beli bawa travel pun dah masyuk kan? pengubat rindu katanyaa hahah
BalasPadamSerius la bella keluarkan air ni? Dia kn pengasas bellaammara kan.. Ritu produk utk baby..skrg air.. Peh terbaiklah.. Tgk teh tarik dia mcm pekat.. Mesti sedap kan... Brpe satu ni maha?
BalasPadamBagus packaging sgt fleksible senang di bawa kemana2. Tapi harga tu mungkin mcm mahal sikit.tp yela tak rasa lagi kesedapannya so baru boleh tahu berbaloi ke tidak.
BalasPadamBaru ni ada jugak rasa teh tarik ni, not bad jugak rasanya, tak manis sangat so bagus. Kalau sis, sis akan letak dalam peti ais dulu baru minum, baru ada ummpppp
BalasPadamCantiknya Belle. Bagus dia ni, macam2 industri dia buat bisnes. Suka tengok orang melayu kita gigih bina empayar macam dia ni. Memang follow dia rapat2 sejak zaman dia bukak bella ammara dulu lagi..
BalasPadamNak Cuba ah Dairy Go ni nampak menarik packaging di warna gold tu. Harga pun murah Dan mampu beli. Guna bahan pun berkualiti susu import new Zealand .Tak sbar lah nak Cuba.
BalasPadambestnya sekarang sudah ada tek tarik on the go. senang je tinggal sambar dan bayar. tak perlu tunggu anney buatkan teh tarik lagi yg akhirnya sampai ke sudah dia tak buat. hahahahaa
BalasPadamRuby dah rasa kat event FOW. Ruby suka bila Teh Tarik ni di simpan sejuk. Rasa dia tak manis sangat. Just nice. Hehehe. Ruby suka rasa macam tu sebab suka minuman Kurang manis. Harga RM 4 tu seiring dengan harga minuman bersusu di pasaran. Ok le tu. Actually bleh beli kat mana Madi?
BalasPadamteh tarik ni memang sedap. packaging dia pun cantik dan praktikal senang nak bawa ke mana sahaja. kalau nak travel bawa air ni pun best kan..harga rm4 tu ok kot hehehehe..sesuai dengan keadaan pasaran hari ini.
BalasPadamThe packaging is memang bagus and convenient to carry. But i have not try this drink yet.
BalasPadamyessss! Onie suka gila teh tarik ni. lelagi minum time sejuk, nyaman yang amat. Pastu yang onie suka dengan teh tarik ni sebab dia tahan lama katanya kan?
BalasPadam