Don's Warong,

Rupanya Banyak Makanan Johor Yang Popular Ada Di Don's Warong Sri Hartamas #JDT

Jumaat, Mei 04, 2018 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kini nak menikmati hidangan masakan selatan tanah air iaitu negeri Johor Darul Takzim atau #JDT tidak perlu pergi jauh. Kini kat Plaza Damas Sri Hartamas ada satu restoran yang menyediakan banyak makanan dari Johor iaitu Don's Warong



Konsep restoran ini lebih kepada kafe dan santai tengok pada dekorasi mereka pun memang menarik dan selesa untuk sesi berjumpa dan bersembang bersama kawan-kawan. Restoran ni dah lama juga ada kat sini di buka setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 12.00 tengah malam. Jadi korang boleh nikmati hidangan sarapan, makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam semua ada.



Apa yang Maha telah cuba makan di restoran ini dan korang juga mesti cuba iaitu Tahu Telur Spesial. Tahu ini digoreng dengan garing di luar dan lembut di dalam serta atasnya ada seperti potongan halus timun, karot dan juga taburan kacang goreng. Kena makan dengan sos special yang agak pedas tapi mantap.

Tahu Telur Spesial (RM8.00)

Kemudian menu utama yang Maha try kat sini adalah Mee Rebus Johor yang memang original dari sana. Kuah mee yang sangat pekat dan menyengat bersama dengan mee kuning dalamnya. Kemudian ada bahan seperti telur rebus, tepung udang goreng, taugeh, tauhu dan juga perahan limau kasturi lebih beri rasa masam.

Mee Rebus Johor (RM12.50)

Lagi yang Maha paling suka adalah Nasi Lemak Kukus Johor With Ayam Goreng Berempah mereka yang berlemak dan sambal yang sangat sedap. Tak macam makan burger nasi lemak ok ini memang betul rasa nasi yang dikukus, bersama dengan ayam goreng berempah, telur rebus, timun dan kacang goreng bersama keropok ikan. Ini adalah signature dish kat restoran ini dan ramai orang suka setiap waktu mereka order.

Nasi Lemak Kukus Johor With Ayam Goreng Berempah (12.50)

Kalau nak makan western kat sini pun ada juga tak hanya makanan tradisi Johor. Macam apa yang Maha makan ini iaitu The Don Burger yang sangat besar dan tebal. Daging dalam ni dilapisi dengan beef bacon, telur goreng, sayuran dan onion ring. Satu lagi adalah Crispy Chicken Wings yang datang dalam bakul 6 ketul kepak ayam bersama Thai sos sangat rangup.

The Don Burger (RM19.00)

Crispy Chicken Wings (RM15.00)

Akhir penutup Maha ambil pula Ais Kacang Johor, yang unik ABC ini dalamnya ada Chocolate Sauce jadi boleh korang kacauk ais kacang ini memang dapat rasa coklat. Bersama juga bahan lain seperti kacang merah, candol, jagung, buah kabung, kacang goreng dan dimaniskan dengan air gula Melaka dan sirap ros. Minuman tambahan Maha order juga untuk cuci sikit perut adalah Soursop Ice Blanded

Ais Kacang Johor (RM8.00)


Soursop Ice Blanded (RM9.00)

Jadi kalau korang rasa nak cuba semua makanan Johor dan juga western yang Maha cerita ini boleh datang ker restoran Don's Warong. Sini parking banyak tapi ada bayaran yang dikenakan lah. Sempena dengan bulan puasa yang akan datang mereka ada sediakan bufet buka puasa dengan harga RM30.00 nett dewasa, RM14.00 nett untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun, dan percuma untuk umur 6 tahun ke bawah. Promosi Early Bird ini terhad kepada 100 pelanggan pertama sahaja! First come, first serve basis ok. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera ok.

Tempahan dan juga pertanyaan hubungi :-
Tel : 03-62061242






19 ulasan:

  1. Wahhh.... Sangat menarik... Beruntungnya kan jadi rakyat Malaysia. Sana sini penuh dengan kepelbagaian makanan. I love Malaysian Food. Yummy!! Jom makan.. hehe..

    BalasPadam
  2. Nampak ekslusif tempat dia. Tapi harga yang ditawarkan not bad la. Padan dengan servis dan makanan.

    Kacang pool ada tak? Serius aku tak pernah makan. Teringin nak cuba makana Johor tu

    BalasPadam
  3. wah nampak sedap. tapi kan satu persoalan kenapa makanan tradisi harganya mahal? mungkin restoran ini boleh pertimbangkan harganya? saya pasti ramai yang akan berkunjung ke sini tanpa perlu ke johor

    BalasPadam
  4. Pergh kalau teringin sangat masakan makanan dari negeri Johor ni boleh la lepaskan gian tekak tu kat sini. Nampak pada gambar pun dak kecow aiyak liuq cheq ni oi.

    BalasPadam
  5. Nasi lemak kukus dengan abc johor tu nampak menyelerakan. Teringin nak pulak nak try. Tengoklah kalau jalan-jalan kat sini bolrh singgah

    BalasPadam
  6. Dah mula promote untuk bulan puasa nanti. Huhu Saya jauh berada di negeri pantai timur. Memang tak mungkin sampai ke sana. Last pergi pun tahun 2012. Hipster betul restoren ni. InsyaAllah akan sampai ke sana tahun hadapan. Harga pun not bad la sebab masih berpatutan. Baru tahu burger tu antara makanan Johorian. Yang paling nak rasa adalah nasi lemak tu. Adakah sama dengan negeri lain? Hmmm

    BalasPadam
  7. Adududuhhhh..... Kenapa kah ini dugaan buatku? Jahat laaaa gambar Maha. Tetiba rasa nakn terus pi ni. Huhuu

    BalasPadam
  8. Cantik yer Dons Warong ni. Best yer makanan johor yang dihidang di sini. Favourite huda tu mee rebus johor. Kuah yer nampak pekat memikat selera sungguh.

    BalasPadam
  9. Me rebus tu sedapnya ! Banyak juga menu yang best walaupun airah baru je stay johor boleh la makan cara makanan diaorang haha lepasni nak try sini pula

    BalasPadam
  10. The food looks delicious and since it is nearby to my house, I definitely will try this out. My children sure love the crispy fried chicken.

    BalasPadam
  11. Dekat sangat dengan rumah Ana ni. Boleh lah terjah ke sini pula untuk menikmati masakan negeri Johor. Nampak sedap semua tu. Kafe pun nampak sangat selesa dan santai.

    BalasPadam
  12. Tak silap sis pernah sis gi makan kat sini..makan cekodok rasanya. Makanan lain belum rasa lagi. Nak kena try jugak makan makanan dia yang lain

    BalasPadam
  13. Wow... makanan johor tu.. liez fav jugak mee rebus tu. Tgk semua makanan pun nampak sedap dan kafe nya relax dan cool je.

    BalasPadam
  14. Makanan jdt is marbeles. Aida & asben kalau free, kami ke jdt, makan2. Jdt kaya dgn makanan yg sedap, Maha. Mee rebus tu, wow! Menarik. Kat johor, yg kat angsana tu. Adabke kacang pool kat sini, Maha? Tu kalau ada, mesti ngam punyer.

    BalasPadam
  15. arghhhh ! benci lah Maha. Asyik upload gambar makanan sedap-sedap je. Silap timing baca nie. Alahai kenapa sampai johor perginya nie. jauh sangat wakkk nak eprgi sana. nanti kalau datang johor boleh lah refer entri nie.

    anyway, ais kacang johor tu nampak berbeza pulak dgn regular ais kacangyerp. jadi teringin nak rasa

    BalasPadam
  16. Orang Johor datang sini! Sebagai seorang Johorean sejati, pure, asli dan comel Mak kena juga pergi sini nanti. Semua nampak sedap. Nak try nanti.

    BalasPadam
  17. Kira murah dah tuh harga bufet ramadhan yang ditawarkan.banyak banyak memu yang ada tertarik pula tengok ais kacang johor dan the don burger.nampak menarik dan lain daripada yang lain.cuma nak tanya lah yang dekat ais kacang tuh buah kabung tuh mcm.mana eh.first time dengar.ke ada nama lain...

    BalasPadam
  18. susunan kedai yang menarik sama macam kat luar negara, makanan pulak enak, harga yang berpatutan memang satu destinasi makan yang perlu di kunjungi.

    BalasPadam
  19. this don's warong really a nice outlet with so much choices of beautiful food. and their food looks kinda different than us in penang and kl ya. wanna try it so much!

    BalasPadam