Buffet Ramadhan,

Meriahnya Berbuka Puasa Di The Everly Putrajaya Korang Bila Pula

Khamis, Mei 31, 2018 Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mana lagi tempat yang korang dah pergi untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini. Maha ni baru nak merasa pergi hotel makan mewah-mewah sikit. Kali ni Maha pergi berbuka di The Everly Putrajaya.



Sebelum ni Maha cuma cite teaser sahaja tentang tempat ni, tapi kali ini Maha pergi sendiri dan rasai suasana macam mana berbuka kat sana. Sebagai sebuah hotel yang mewah tapi masih sediakan buffet buka puasa hanya pada harga RM98.00 sahaja untuk dewasa. Manakala untuk kanak-kanak separuh harga RM49.00 sahaja.


Korang rasa berbaloi tak dengan jumlah makanan yang sangat banyak lebih daripada 100 jenis serta restoran mereka dapat pengiktirafan Halal jadi tak perlu was-was untuk makan. Masa Maha sampai hari tu makanan sampai disusun kat lobby hotel kerana kat dalam restoran tu penuh meja orang tempah. Lepas tu kat dalam restoran mereka ni ada lagi barisan gerai-gerai yang dibuka dengan pelbagai masakan dari seluruh Malaysia.




Bersempena dengan konsep mereka tahun ni mengetengahkan konsep '4 Chef, 4 Rencah, Pelbagai Rasa' jadi rambang mata nak makan tak tahu yang mana satu. Tempat juga sangat selesa dan luas lepas tu ada stage dimana menyediakan persembahan daripada Pak Pandir Otai Busker. Sambil makan boleh layan lagu-lagu klasik yang dipersembahkan memang membuai.






Kat sini kalau korang datang jangan risau untuk parking memang ada banyak kawasan parking kerana kat bawah hotel tersedia parking dengan kadar flat rate lepas pukul 6 petang. Lepas tu lak ada bilik solat yang selesa kalau nak solat Maghrib dulu sebelum sambung makan balik.








Jadi kalau sapa-sapa nak buka puasa kat sini memang kena booking lebih awal agar korang dapat tempat duduk sebab selalu penuh. Bulan Ramadan ini juga The Everly Putrajaya menawarkan pakej penginapan 1 malam dengan harga hanya serendah RM369.00 nett termasuk sekali dengan sahur dan buffet buka puasa bagi 2 orang.  Jadi tunggu apa lagi booking sekarang nikmati berbuka dengan mewah pada harga berpatutan. Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua.

Tempahan dan pertanyaan :
Tel : 011-6318 6029
        03-8892 2929
Facebook : https://www.facebook.com/TheEverlyPutrajaya
Instagram : https://www.instagram.com/theeverly_putrajaya




 


14 ulasan:

  1. Wahh.... Not bad harga nya ya? Below RM100. Menarik!
    Menu pun meriah dengan sentuhan gabungan 4 orang chef pasti menyelerakan.

    BalasPadam
  2. Murah je buffet ni. Dekat pula tu. Syiok tengok kambing golek tu. Terliur pulak nak makan kambing.

    BalasPadam
  3. Suka area Putrajaya ni sebab dekat dan jalan tak jam berbanding Bandar Baru Bangi. Tenang je rasa. Lepas tu boleh terus terawih jat masjid putra atau masjid besi.

    BalasPadam
  4. OMG all that yummy food! T.T entahlah bila lah nak pergi ke Putrajaya..family also taknak pergi jauh jauh...friends lagi la...nak tarik sorang pun payah...melepas lah trying out their buffet..T.T

    BalasPadam
  5. Tertarik dengan dekorasi dalaman ruang makan kat hotel ni. Best nak makan kat tempat yang tak terlalu crowded. Dahla banyak pilihan menu makanan and susunan dia semua tak berapa jauh antara satu sama lain.

    BalasPadam
  6. Sis kat area Putrajaya belum kesempatan lagi berbuka puasa kat sana..rasa cam jauh je nak gi.
    Untung orang yang dekat sana..boleh berbuka selalu kat sana..hidangan pun tengok sedap n banyak pilihan. Umm jeles kita tau

    BalasPadam
  7. Memamg meriah dengan oelbagai aneka makanan yang disediakan. Macam macam ada. Semua nampak sedap. Kalau saya tak tahu dah nak makan apa.

    BalasPadam
  8. Boleh tahan murah juga ya buffet Ramadhan di Everly Putrajaya nie. Meriah pon meriah hidangan yg disajikan. Boleh lah pergi, dekat juga dengan rumah nie.

    BalasPadam
  9. Lia pernah menginap disini dan Cuba hidangan breakfast . Tak pernah lagi cuba lagi Ramadan bufet . Harga pun berpatutan dan mampu . Semua menu nampak sedap dan pelbagai .

    BalasPadam
  10. It's great to feast like a king like this... Selamat berbuka puasa... nice and yummy food..

    BalasPadam
  11. Wow! I love the buffet spread here! Looks colorful and appetizing!

    BalasPadam
  12. Wow this is a true celebration. I would be happy to dine here for the buffet :)

    BalasPadam
  13. Dui...sedap2 semuanya tp kalalu kak mmg rambang mata tgk byk sangat juadah...last1 blur nak mkn apa haa..

    BalasPadam
  14. Dah nak habis ramadhan ni rasa sempat lagi nak marathon buffet yang ada hhahah semua makanan nampak sedap terliur je tengok.dah la lapar

    BalasPadam