bilik mandi,

7 Kesilapan Biasa Semasa Pengubahsuaian Bilik Mandi Di Rumah Anda

Khamis, Jun 28, 2018 Mahamahu 16 Comments

Pengubahsuaian bilik mandi sentiasa berada paling utama dalam senarai pengubahsuaian rumah. Bilik mandi adalah bilik paling utama. Sebelum anda berbelanja pada semua keperluan yang mewah, anda perlu memastikan bilik mandi anda mengekalkan fungsi utamanya. Sama ada rumah yang anda sedang dibina Johor land for sale, atau pengubahsuaian bilik mandi dalam rumah lama yang anda baru perolehi. Lebih baik untuk buat perancangan teliti terlebih dahulu. Teruskan membaca 7 kesilapan pengubahsuaian bilik mandi yang paling biasa dilakukan dalam rumah. 


Tiada Perancangan Elektrik


Salah satu kesilapan terbesar ketika merancang atau mengubahsuai bilik mandi ialah tiada perancangan komponen elektrik. Perancangan elektrik sepatutnya dilakukan sangat awal dalam proses ini. Ini memberi anda keupayaan untuk kerja dalam semua perkara yang anda suka dalam proses pengubahsuaian bilik mandi anda. Contohnya, jika anda menggunakan pisau cukur, idea yang bagus untuk letakkan cermin. Begitu juga dengan cermin solek yang dipasang di dinding. Selain itu, ia juga merupakan idea yang baik untuk mempunyai laci tersembunyi kerana ini boleh digunakan untuk simpan alat pengering rambut dan alat lain yang dapat diasingkan dengan cepat dan kemas tanpa perlu mencabutnya. 

Memilih Jubin Yang Licin


Kadang-kadang, kita terjebak dalam rupa lantai yang cantik dan bukannya fungsi utamanya. Ramai pemilik rumah akhirnya menumpukan perhatian kepada corak jubin lantai dan akhirnya memilih jubin hiasan yang cantik dan not made for getting wet. Ini adalah punca untuk kemalangan yang hanya menunggu masa untuk berlaku, kerana ia membuat lantai sangat licin. Sekiranya anda telah membuat kesilapan ini, ia boleh diperbetulkan dengan floor slip-resistant. Ini boleh dilakukan melalui beberapa cara oleh mereka yang profesional. Jika anda belum melakukan kesilapan ini, pastikan jubin atau lantai yang anda pilih sesuai untuk bilik mandi. 

Tidak Utamakan Faktor Kelembapan


Sesetengah elemen reka bentuk bertujuan untuk bertahan lebih baik di tempat kering. Bilik mandi, sebaliknya, ia adalah ruang di rumah yang paling banyak digunakan setiap hari. Satu minit ia lembap dan panas, minit berikutnya ia mungkin menjadi seperti sebuah lorong atau bilik. Kelembapan yang terbentuk selepas mandi mempunyai kesan halus dan substantial effects pada perkakasan di dalamnya. Contohnya kertas dinding yang cantik, anda perlu ingat bahawa kertas dinding perlu dibuat untuk menahan kelembapan di bilik mandi. Pilihan cat yang anda pilih juga harus menjadi pilihan mesra bilik mandi yang menentang kelembabpan. Oleh itu, sebelum membuat pilihan reka bentuk apabila anda mengubah suai bilik mandi pertimbangkan sama ada bilik mandi anda sesuai dengan kelembapan.


Tidak Mempunyai Bilik Mandi Kedua


Projek pengubahsuaian bilik mandi adalah tidak hanya mengganggu struktur rumah tetapi juga kehidupan harian anda. Pada satu ketika semasa proses pengubahsuaian bilik mandi anda mungkin mendapati bahawa bekalan air perlu ditutup. Berapa lama masa diperlukan untuk menutup air bergantung pada proses kerja dan skala projek tersebut. Anda mungkin mendapati bahawa anda perlu mempunyai pelan cadangan jika bekalan air ditutup untuk beberap hari, jika tidak anda tidak mempunyai tempat untuk mandi atau tandas. Ini mungkin masa yang baik untuk merancang percutian semasa projek bilik mandi anda sedang dijalankan. Jika anda tinggal di rumah semasa projek pengubahsuaian ini, anda mungkin mendapati diri anda memerlukan bilik air kedua untuk mandi dan segala aktiviti berkaitan. 

Pembaziran Air


Air adalah sumber yang sangat berharga. Dunia dan masyarakat kita sangat memerlukan air. Ia pada mulanya adalah komoditi yang paling berharga di bumi. Oleh itu, anda perlu berfikir tentang pembaziran air apabila anda membina semula bilik mandi. Selalunya berlaku pembaziran air terutamanya di bilik mandi dan tab mandi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak cara untuk mengelakkan pembaziran dan save water tanpa perlu mengurangkan rutin harian anda di dalam bilik mandi. Sekiranya anda mempunyai perkakasan dan kelengkapan yang sudah lama yang tidak elok, pertimbangkan untuk menggantikannya. Juga lihat pada singki atau paip yang bocor. Pertimbangkan untuk menggantikan pancuran anda dengan jenis jimat air dengan ada label WaterSense atau memasang tangki tandas lebih kecil. Butiran kecil ini mungkin mengurangkan bil air anda daripada yang anda fikirkan. 

Pengudaraan Yang Lemah


Bilik mandi anda adalah salah satu bilik yang paling lembap di dalam rumah. Ini menjadikan tempat pembiakan bakteria dan kulat jika anda tidak berhati-hati tentang ventilation. Ini sepatutnya menjadi sesuatu yang anda pertimbangkan semasa membaiki semula bilik mandi anda. Jika anda mendapati bahawa bilik mandi anda ada tumbuh kulat di mana-mana di sekeliling jubin disebabkan oleh kelembapan, anda harus melakukan pembetulan dalam kerja renovation anda. Sebagai contoh, memasang extractor fan yang baik. Ini sangat penting jika bilik mandi berada dalaman rumah tanpa tingkap. Dalam kes ini, anda boleh memasang kipas ekzos dalaman yang mengepam semua kelembapan keluar.  

Memilih Kelengkapan Yang Tidak Sesuai


Pastikan kelengkapan yang anda pilih untuk pengubahsuaian bilik mandi impian anda sebenarnya sesuai dengan bilik mandi anda! Anda mungkin bermimpi untuk memulakan hari anda dengan pancuran mandian hujan yang santai dan massage jets. Tetapi sebelum anda mengaluarkan simpanan anda, anda perlu memastikan sistem air di rumah dapat mengendalikan peralatan seperti power shower. Anda perlu memberitahu dengan pakar atau tukang paip untuk menyelesaikan masalah air yang slow. Bersedia menaik taraf tangki air anda, atau memasang pam tekanan air jika diperlukan.






16 ulasan:

  1. aku memang takut sekali dengan adanya plug elektrik kat dalam bilik air... bahaya tuh.. kene shock kangg

    BalasPadam
  2. Mantap bin keren ulasannya. Ini sangat penting diketahui orang mau bangun dan sudah bangun rumah. Penting ya perhatikan kualitas dari pada penampilan cantik semata saja.

    BalasPadam
  3. Buat bilik air ni memang payah. Tambahan kalau masa beli rumah korang Terpedaya Dengan pemaju punya dekorasi. Serius boleh tertipu. Bila dah masuk rumah. Bilik air dekat air well. Takda ruang utk matahari. Hanya ada ruang udara. Kemudian bilik air sentiasa jadi lembab la kan. Bab tiles dan jubin lg la. Kalau salah reno. Bleh bocor dan water proofing plak jd isu. Jiran la mangsanya. Utk bilik air ni. Better tak ubahsuai jika duk rumah bertingkat.

    BalasPadam
  4. Setuju sangat bab bilik mandi kedua. Penting sangat. Kang jenuh nak berebut kalau ramai yg datang rumah kan.

    BalasPadam
  5. Setuju! Kalau nak ubahsuai, kena perancangan yang betul. Kalau tak, banyak keburukan akan dapat.

    BalasPadam
  6. Bilik air kat umah akak mmg xde apa apa pun..perlu plan betul2 kalau nak ubah suai..selain deco..keeslamatan perlu diutamakan..

    BalasPadam
  7. jubin yang licin tu selalu saya jumpa. kadang-kadang bila dah ada sabun kat lantai punyalah licin lantai

    BalasPadam
  8. Yes. Bilik mandi wajib ada 2. Rumah baru zaman skang mostly ada konsep 2 bilik mandi dah.
    Jubin jgn licin! Umah mak mertua aida silap lah, Maha. Guna jubin licin! Baru aje abg ipar renovate. Cantik tapi agt licin. Ijat few times nak tergelincir.aduhai :-(

    BalasPadam
  9. Thanks for the tips. Thinking to renovate my bathroom too and will check all this before the renovation begins.

    BalasPadam
  10. Wow, kebetulan apekah ini. Haha mmg tgh nak renovate toilet pun minggu depan. Saya akan pastikan tukang renovate hadam point2 ni.

    BalasPadam
  11. ramai yg ambil ringan bab design padahal tu sebenarnya ciri utama juga. malu kalau tetamu datang nk tumpang toilet dan tgk toilet hudoh. haha

    BalasPadam
  12. Bab bilik air mmg penting dlm sesuatu rumah. Nasib baik bilik air sis tak ada prob sejak 10 tahun kat umah ni. Cuma baru2 ni aje tukar tiles sebab tiles lama dh te4kena asid n berumah warna..yg lain no prob

    BalasPadam
  13. sekarang baru i tak kesilapan kesilapan ni semua... boleh lah aware semasa mengubah suai bilik mandi ni.. great sharing~

    BalasPadam
  14. Husband beli rumah ni, masuk2 susun atur tak best pulak dalam toilet. Nanti ada duit lebih, nak renovate susun atur baru..btw good tips

    BalasPadam
  15. Thanks for this amazing tips. I am so glad full and thank full for you for provide me this information.

    BalasPadam