Dapur,

Cara Sihat Untuk Masak Resipi Kuah Lodeh Dan Sedap Makan Dengan Nasi Impit

Isnin, Jun 04, 2018 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Beberapa hari sahaja lagi tinggal untuk kita nak sambut Hari Raya. Rasa macam teruja lak tapi kena habiskan puasa dulu tau jangan nak fikir Raya jer hehehe. Cuma kali ni Maha nak sahare satu resipi yang boleh korang cuba untuk masak Hari Raya nanti.


Selalunya kalau kita Masak Kuah Lodeh ini menggunakan santan tapi kali ini Maha gantikan dengan bahan yang lebih sihat dan tidak mengurangkan sedikit pun rasa pada makanan ini. Maha menggunakan Fernleaf Susu Rendah Lemak yang diyakini ramai. Produk tenusu daripada New Zealand memang semua orang dah tahu akan kualiti dan juga jaminan kesihatannya.


Sebab itu Maha menggunakan produk susu ini dan juga Maha ada tambahkan lagi Anlena Yogurt bagi memberikan variati rasa pada resipi ini. Korang jangan kecam Maha tau kerana masih tak mengubah apa-apa rupa serta rasa kepada masakan ini tapi apa salah kita gunakan produk yang lebih sihat. Almaklumlah kita tahu bahawa orang Malaysia ni kurang minum susu tambah-tambah pada usia makin meningkat kerana mind set kita susu untuk kanak-kanak sahaja betul tak.

Jom kat sini Maha senaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk resipi ini:-


300gram Kubis
1batang Lobak Merah
3batang Kacang panjang
5batang Baby Corn
6ketul Tauhu Goreng
1keping Tempe Goreng
50gram Sohun
50gram Fucuk
2batang Serai
1kotak Fernleaf Susu Rendah Lemak
30gram Anchor Unsalted Butter
1bekas Anlene Plain Yogurt
Garam secukup rasa
1biji Cili merah


Bahan dikisar:-
1/2biji Bawang Besar
3biji Bawang Putih
1inchi Kunyit Hidup
100gram Udang Kering



Banyak juga bahan untuk buat Masak Lodeh ini tapi kalau korang rasa nak gantikan dengan sayur yang korang suka boleh juga seperti Terung atau Lada Benggala. Kat bawah ini pula Maha sertakan video bagaimana nak masak resipi ini. Mudah jer kurang daripada 20 minit untuk masak semua resipi ini. Jom kita tonton video ini sampai habis ok.


Macam mana tengok rupa sama seperti masakan asal dan sama jer serta rasa pun sama tak ada beza tapi kita gunakan bahan lebih sihat. Kalau kita gunakan susu ini masakan kita juga tahan lebih lama dan masih boleh dinikmati bila-bila masa. 


Kalau korang rasa nak cuba resipi ini untuk makan buka puasa atau masak Hari Raya nanti boleh lah komen kat sini nanti ok, mana tahu orang lain rasa lain hehehe. Korang semua juga berpeluang untuk menangi hadiah istimewa sempena dengan First Feasts Fonterra Brand Malaysia. Hadiah-hadiah menarik seperti Fujifilm Instax mini 8, Tefal Cookware dan produk Fonterra.


Cara penyertaan mudah saja :
1) Like Facebook page Fonterra Brands Malaysia
2) Like resipi Kuah Lodeh Sihat Mahamahu ini di page Fonterra Brands Malaysia
3) Komen nama yang paling kreatif sekali di resepi ini dan tag 3 rakan anda
4) Share resipi ini untuk tingkatkan peluang korang untuk menang

Selamat mencuba semua dan selamat berbuka puasa.




18 ulasan:

  1. Wah, thanks for sharing this recipe for Kuah Lodeh. I tak pernah cuba masak Kuah Lodeh but with your tutorial, it looks quite simple. Nak cuba lam weekend ni.

    BalasPadam
  2. Kami di sebelah utara ni jarang nak jumpa kuah lodeh kecuali raya. AS dah like dan komen dekat page fontera brands FB ya

    BalasPadam
  3. wow! ur recipe looks super good leh.. Wanna try it out at home d.. the food looks yummy and delicious too!

    BalasPadam
  4. madi sedapnya, terus jadi lapar ni. Kuah pekat tuh maybe sebab susu tuh tak

    BalasPadam
  5. Nampak sedap tu Maha..dah memang favourite akak pun. Nampak sama macam guna santan jugak tu dan kalau nk bagi lebih ngam bubuh kuah kacang dan sambal sotong..perghhh hehw

    BalasPadam
  6. Tak pernah masak kuah lodeh ni sebab tak berapa suka masakan masak lemak macam ni. Tapi yang peliknya kalau masak lemak ikan masin saya momantai. Suka juga. Hehe. Pandainya Maha masak. Kalah orang perempuan.

    BalasPadam
  7. Wow.. pandainya Maha masak Lodey sihat. Saya memang peminat lodeh sebab kampung asal Johor. So lepas ni nak kena try la resepi ni sebab memang nak masak resepi sihat

    BalasPadam
  8. Pekatnya kuah dia Madi..tak pernah guna susu fernleaf atau apa juga susu dalam masakan..kena cuba la dan tukar kepada pemakanan sihat kan..zaman sekarang penyakit macam- macam

    BalasPadam
  9. Tak pernah dengar laginkuah lodeh letak yogurt.. tahan lama x madi??? Sedapnya tengok kuah lodeh ni 😘

    BalasPadam
  10. Never cook with yogurt before and this seems a little exotic for me.. lol... Not so good about using yogurt but as I know Indian food used the most in their cooking

    BalasPadam
  11. baca entry ni time malam2 ni boleh buat ainy rasa lapar balik. nampak sedap! lepastu macam senang je masaknya, siap letak yogurt lagi. menarik! TQ share resepi.

    BalasPadam
  12. Sis tak pernah letak yogurt nak buat masak lodeh ni, selalu santan jew...nak cuba lah kan cara cam ni, sure sihat dari pakai santan. Kenkadang masak kari pakai gak lah yogurt, utk lodeh ni tak terpikir lak..hehehe

    BalasPadam
  13. Ngawww... sedap nyer sayur lodeh, one of my favourite. Biasa i masak guna santan kali ini boleh cuba your recipe.

    BalasPadam
  14. Xtahu pulak kita boleh gunakan produk anlene utk masakan. Senang j rupanya nk masak kuah lodeh. Ingatkan susah nk masak. Good luck ye Maha 😉👍🏼

    BalasPadam
  15. Tak pernah lagi makan kuah lodeh guna susu rendah lemak .Resepi berkhasiat ni gantikan santan . Boleh Cuba resepi ni time raya ni . Tq for sharing .

    BalasPadam
  16. menarik sangat resepi ni . nanti boleh lah nak cubakan. buat di pagi raya ke mesti aum. hehe

    BalasPadam
  17. kalau dah letak yogurt letak susu fernleaf mesti tak tahan lama kan unless letak dalam fridge besok panaskan balik.. apa pun boleh cuba resepi ni nanti time raya haha thanks for sharing !

    BalasPadam
  18. Maha masak tak pernah tak sedap. Ni tengok pun dah terliur, meleleh air liur. Kalau dapat rasa ni, apatah lagi.

    Ok, raya ni boleh try masa lodeh guna resipi maha.

    BalasPadam