Buka Puasa,Hidangan Iftar Yang Mewah Untuk Buka Puasa Di Ramada KLCC
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lagi lokasi pilihan untuk buka puasa tahun ini iaitu Ramada Hotel KLCC . Hidangan disediakan di restoran mereka iaitu Hugo's KL, yang terletak di tingkat lobi hotel.
Mengalu-alukan bulan suci, Chef di restoran hotel ini menggabungkan satu set Buka Puasa mewah, yang menampilkan masakan Melayu tempatan yang asli. Tetamu yang datang berbuka di sini akan dapat menikmati pilihan hidangan tradisional seprti Nasi Briyani Ayam, Nasi Tomato dengan Ayam Merah, Sambal Udang dengan Nasi Putih dan Sayuran, Nasi Kerabu dengan Ayam Percik dan Ikan Merah Masak Asam Pedas Bendi. Semua set dihidangkan bersama Sup Herbal, pilihan menu sampingan antara Samosa atau Murtabak Daging, Buah Kurma dan minuman Milky Rosewater Syrup atau Teh Tarik.
|
Nasi Tomato dengan Ayam Merah |
|
Nasi Kerabu dengan Ayam Percik |
Jadi kat sini memang sangat mudah kalau korang datang untuk buka puasa mereka sedia 5 pilihan menu yang Maha nyatakan tadi. Semua set tadi harganya hanya RM25.00 setiap satu. Jadi kalau korang datang berdua bagi Maha set ini boleh kongsi, tapi kalau dah lapar sangat bolehlah habiskan satu set seorang.
|
Ikan Merah Masak Asam Pedas Bendi |
|
Sambal Udang dengan Nasi Putih dan Sayuran |
|
Nasi Briyani Ayam |
Set buka puasa ini dah boleh dinikmati bermula 17 Mei hingga 14 Jun 2018 dari pukul 6.00petang hingga 8.00malam setiap hari. Suasana restoran juga sangat selesa luas dan banyak tempat duduk. Cuma hotel ini agak tersorok sikit kalau korang pertama kali datang memang susah nak cari, ia berada di Lorong Ceylon, Bukit Ceylon belakang kawasan Bukit Bintang.
Harga: RM25.00 satu set
Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 603-23869288 ext 9218
0 Pandangan: