Kerbau Guling,
2) Bahan Masakan Dari Arang
Ini Sebab Kenapa Kuih Kuba Guling Menjadi Viral Yang No 2 Tu Buat Ia Sangat Pelik
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha tak nak kongsi resipi Kuih Kerbau Guling atau dikenali Kuba Guling. Korang boleh dapat resipi kat blog lain ramai orang dah cerita resipi ni. Malah bukan sahaja viral kat Malaysia tapi sampai ke negara jiran Thailand sendiri mendapat sambutan luar biasa setelah tular di sini.
Walaupun sebenarnya kuih ini memang berasal dari selatan Thailand tapi sebelum ini ia dikenali sebagai Kuih Hitam atau kuih Golek Nyior. Tapi bila dibawa oleh orang Malaysia ke sini nama diberi nafas baru untuk menarik minat pembeli, sebab orang Malaysia ni suka kepada perkara yang pelik tapi hakikatnya ia sama sahaja macam kuih biasa lain.
Mungkin ini sebabnya kenapa kuih ini begitu tular dan menjadi perhatian sehinggakan mendapat leputan berita utama di tv dan juga surat khabar bercerita tentang kuih ini.
1) Nama Gelaran Yang Unik
Nama yang unik dan tidak pernah lagi dengar. Kalau mungkin kita guna nama Kuih Hitam mungkin ia tidak sepopular seperti mana nama Mak Kau Hijau. Tapi kerana menggunakan nama haiwan dan juga sifat fizikal yang bewarna hitam dan suka berguling waktu berkubang menjadi fenomena kepada orang Malaysia yang suka nak tahu nama yang pelik-pelik ni.
2) Bahan Masakan Dari Arang
Penyediaan resipi masakan kuih ini juga menarik kerana selalu kuih kita akan masak menggunakan pewarna bagi menghasilkan warna yang menarik. Tapi resipi kuih ini menggunakan warna original daripada abu tempurung kelapa. Itu adalah cara tradisional tapi sekarang dah ada kat pasaran jual arang yang mudah untuk didapati.
3) Rasa Yang Tersendiri
Rasa yang sedap dan juga sebab orang kita memang suka kepada kuih yang manis bila bulan puasa. Bagi saya kuih ni lebih kurang macam Kuih Kaswi cuma kuih ini lebih lembik daripada itu dan juga menggunakan kelapa muda yang lebih segar bagi menambat rasanya.
Jadi ini beberapa sebab yang Maha boleh dapat daripada pemerhatian terhadap kuih ini kerana mesti kuih ini telah lama dihasilkan. Cuma setelah direbranding sebagai nama lain menjadikan ia lebih mendapat perhatian. Walau apa pun tak kisah yang penting ia memberi rezeki kepada peniaga di bazar kerana tularnya kisah kuih ini.
Tapi sejauh mana kuih tular ini akan mendapat perhatian dan menarik minat orang ramai untuk membeli. Mungkin lepas hari raya nanti akan tamatlah kisah kuih Kerbau Guling ini. Tahun depan kita tunggu lak kuih apa lagi yang bakal tular dan nama haiwan apa lak yang bakal diangkat untuk popular hehehe. Selamat berpuasa semua.
haaah... betoi la.. utara pggl koswi kaaan..
BalasPadamKuih yabg terus viral tak tahu apa sebabnya...
BalasPadam