Akademi Pastry Arts Malaysia,
Masuk Kelas Membuat Cookies Coklat Dengan Akademi Pastry Arts Malaysia Untuk Hari Raya
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kita pun dan sampai ke 10 hari terakhir Ramadan dan waktu-waktu paling penting kena gandakan amalan kita. Waktu ni jugalah ibu-ibu dan suri rumah sedang sibuk memasak kuih raya.
Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang Akademi Pastry Arts Malaysia, sebuah institusi seni masak dan pastri utama akan mengadakan Program Chocolatier Profesional selama 2 Minggu bermula 4 Jun 2018 ini. Program ini khusus sesuai sangat untuk korang yang nak belajar membuat cookies dan suri rumah yang ingin menghidangkan sesuatu yang lain dan istimewa di pagi Raya terutama berasaskan coklat.
Kursus ini dijalankan oleh barisan chef akademi yang menang anugerah bukan calang-calang pengajar tau. Kelas coklat yang disediakan akan membolehkan korang mempelajari teknik pembuatan coklat dari asas sehingga berjaya. Program ini akan mengajar kemahiran manipulasi coklat seperti mencetak, panning, enrobing serta kemahiran asas dalam menghasilkan jams dan marshmallow.
Maha sendiri dah pergi kelas seharian di sana bersama beberapa orang yang amatur tak tahu langsung tentang menyediakan coklat. Bila dah masuk kelas ini walaupun sekejap banyak sangat ilmu yang Maha dapat kumpulkan memang banyak. Kemudan dan peralatan yang ada kat sini membuatkan kelas lebih interaktif dan menyeronokkan. Chef juga sangat membantu kalau kita tak tahu atau tak faham boleh terus bertanya kepada chef yang mengajar.
Paling penting setelah selesai Program Chocolatier ini, korang akan diberikan sijil yang diakreditasi oleh Akademi Pastry Arts Malaysia. Jadi lepas tu boleh jadi profesional dan juga mungkin boleh buat business dalam masakan coklat. Korang boleh tengok beberapa hasil produk coklat yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar kat akademi ini. Ini bukan yang Maha masak ok hehehe.
Maklumat kursus dan harga:
Program Chocolatier Profesional selama 2 Minggu
Tarikh: 4 Jun - 16 Jun 2018
Masa: 9.00 a.m - 5.00 p.m (Isnin - Sabtu)
Lokasi: Akademi Seni Pastry Malaysia,
No 16, Jalan 51a / 223, Seksyen 51a,
46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tarikh: 4 Jun - 16 Jun 2018
Masa: 9.00 a.m - 5.00 p.m (Isnin - Sabtu)
Lokasi: Akademi Seni Pastry Malaysia,
No 16, Jalan 51a / 223, Seksyen 51a,
46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Harga : RM5,500.00 untuk warga Malaysia dan RM6,000.00 untuk warga asing
Kalau berminat boleh mendaftar atau untuk mendapatkan maklumat lanjut di laman web Academy of Pastry Arts Malaysia. Bukan bakat tapi kesungguhan untuk belajar itu akan buat kita berjaya kerana orang tidak akan terus pandai semua bermula dari kosong. Tunggu apa lagi masih sempat untuk berdaftar sekarang ni masih ada peluang. Selamat memasak semua dan selamat berpuasa.
Pertanyaan dan maklumat lanjut layari :
Laman web : http://academyofpastryartsmalaysia.com
Tel : 603-79603846
Wah the cakes and pastries look so mouth-watering! Don't I wish that I could bake them all!? In reality, I just prefer to eat and don't do the work. LOL
BalasPadamwow. the cakes and chocolate is awesomely delicious. I am hungry looking at the chocolate. Maha, bila nak buat bagi I makan
BalasPadamHmmm///sedapnya dapat makan coklat buatan sendiri, bila dah pandai buat coklat nti nampaknya maha bolehlah berniaga sendiri sbb coklat memang ramai org suka makan
BalasPadamWowww meriah la kuih raya kat rumah maha tahun ni kekdahnya, hehe. Dah siap pergi berguru tu mesti terer punya
BalasPadamYa Allah.. sedap-sedap kek nya.. yang merah tu amboihh..menyala-nyala merahnya.. kalau depan mata memang habis TB ngap.. hehehe.. TB teringin nak buat coklat buatan sendiri.. kalaulah boleh buat sendiri.. syoknya.. dha la kita suak coklat.. haha
BalasPadamWaoooo... Look at all does beautiful cakes and chocolates. Makes me feel like wanna learn too. Will share this info with my friends.
BalasPadam