Buka Puasa,

Nikmati Sedap Feast Untuk 2 Orang Di Fish & Co. Bulan Ramadan Ini

Khamis, Jun 07, 2018 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok kali ini satu lagi tempat untuk korang pertimbangkan bagi berbuka puasa Ramadan tahun ini. Restoran Fish & Co. merupakan restoran kasual, penuh perkhidmatan, rangkaian keluarga yang menyajikan makanan laut segar dalam kuali.


Maha tak pernah sebenarnya nak cuba makan kat sini sebab tak tahu makanan-makanan yang ada kat sini. Tapi bila sekali pergi makan terus rasa nak pergi lagi berkali-kali. Terutama sempena puasa ini restoran ini menyediakan set Sedap Feast Untuk 2 orang. Jadi kalau korang datang dengan kawan atau teman istimewa sangat sesuai.


Set buka puasa ini mengandungi item seperti dua menu pilihan signature dari Fish & Chips, dua soup of the day dan juga dua pilihan mocktail yang menyegarkan. Jadi sangat romantik kalau dapat makan kat sini dengan harga hanya RM65.95 dengan 0% GST tau.


Sup of the days kat sini ada dua yang selalu mereka keluarkan iaitu sup krim ikan dan sup cendawan. Kemudian untuk signature menu pula terdiri daripada lapan pilihan yang korang boleh pilih seperti New York Fish & Chips, Swiss Fish & Chips, Danish Fish & Chips, The Best Fish & Chips, Salted Egg Fish & Chips, Afrika Fish & Chips, Arctic Fish & Chips dan Malaysia Fish & Chips.

Salted Egg Fish & Chips

Danish Fish & Chips

New York Fish & Chips

Malaysia Fish & Chips

Arctic Fish & Chips

Hari tu Maha datang telah order Salted Egg Fish & Chips dan juga New York Fish & Chips. Bagi Maha rasa telur masin tu memang sangat sedap cuma kuantiti sosnya tu agak kurang tak tahu kenapa mungkin dah diserap oleh daging ikan tersebut jadi agak sedikit kering. Kemudian yang New York tu lebih kepada rasa krim memang sesuai untuk orang yang suka rasa ala barat.

Rainbow Peach

Lychee Mojito

Menu yang lain tu Maha tak sempat nak cuba, tapi bagi korang yang suka rada pedas korang boleh pilih Malaysian Fish & Chips atau Afrika Fish & Chips ada sambal atas tu. Minuman pula untuk set ini boleh pilih daripada tujuh jenis mocktail yang menarik dan unik rasanya. Ia seperti Classic Mojito, Lychee Mojito, Passionfruit Mojito, Citrus Mojito, Citrus Granate, Limo Fizz dan Rainbow Peach.


Jadi kalau korang memang pecinta makanan laut boleh datang berbuka puasa kat sini. Kalau buka puasa kat sini kita tidak terlalu rasa kenyang sangat ia cukup-cukup memberi kepuasa untuk makan berbuka dan lepas tu boleh terus solat Terawih. Bagi promosi buka puasa ini hanya ada kat cawangan Fish & Co. tertentu sahaja seperti di bawah ni.

1) Sunway Velocity Mall
2) IOI City Mall
3) Paradigm Mall
4) The Mines Shopping Mall
5) Main Place Mall @ USJ21
6) Setapak Sentral 

Ok lah selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa semua.







17 ulasan:

  1. Lepas tengok gambar maha ni terus buat yaya rasa nak makan Fish & Co harini grr dapnyeee terliur tau kita tengok T_T

    BalasPadam
  2. Ala.. Kat JB takdelah pulak. Teringin nak rasa fish n chips dan air lychee mojito tu. Kena naik KL nampaknya ni. Nampak Menyelerakan sungguh la makanan kat sini

    BalasPadam
  3. aku dah makan dah 2 hari lepas di ioi city mall, not bad jugak set ramadan ni. aku amik salted egg dengan orignal fish and chips, sedap tapi kena makan panas-panas baru terangkat

    BalasPadam
  4. Lama betul tak masuk fish n co ni..dah tak ingat dah cam mana rasa dia..hehehe.
    Kalau dekat sis memang gi ni..sb sis memang suka makan fish n chips..argghh tgok gambar ni dah terasa nak makan lak

    BalasPadam
  5. I love Fish & Co! It is a great venue to break fast, for those who want to take a break from traditional Malay/kampung fare. And the prices are also reasonable.

    BalasPadam
  6. lama tk singgah fish & co..dlu opis dkt je ngan outlet ..sempat juga la singgah...menarik menu berbuka yg ditawarkan kt fish & co..Lychee Mojito tu terasa sejuk ditekak....oh tk smua outlet ada ye...tq for sharing

    BalasPadam
  7. aduss sedapnya tengok fishes tu semua..terasa macam la ni nak pergi hehe. Mujur bulan puasa kalau tak memang dah segera start enjin kereta terus ke Setapak Sentral

    BalasPadam
  8. Dah lama akak x makan kat Fish & Co..lama betul rasanya..dorang pun xde jemput dah..nampak hidangan yang ni terus rasa lapar jer perut...tgok plak time kul 2 ni...memang cari pasal la...

    BalasPadam
  9. sedapnya uols! dah lama tak ke sini. tapi kite tak makan ikan camne? boleh bantu tak? ada menu ayam ke daging dekt sini>? teringin nak rasa

    BalasPadam
  10. I like fish from fish & co.. so crispy and fresh and nice and yummy and delicious! slurp!

    BalasPadam
  11. Fish & Co is my favourite. Nice texture of fish and the sauce is nice. You can choose your dish based on country as the preparation is different.

    BalasPadam
  12. Dah cuba haritu set ni masa date dengan husband. Paling suka dengan salted egg tu. Siap repeat nak pegi lagi weekend ni.

    BalasPadam
  13. Hidangannya nampak sedap woo.. nak pulak yang ambil gambar ni memang pakar sampai terliur teman tengok weh.. hahaha.. sabar je la kan.. Fish & Co ini memang menu dia ikan je ke? adoi.. kegemaran TB ni tau, sebab TB tak boleh makan ayam.. so.. Ikan la favourite TB sekarang.. hehe

    BalasPadam
  14. Dah lama x makan dekat fish n co. Sedap mmg sedap tp “kering”. Nasib baik ad mushroom soup tu utk basahkan tekak. Nak cuba lah nanti

    BalasPadam
  15. Promo ini berlakunya sampe kapan? Mau dong nyicipin ini di kuala lumpur. Pasca raya saya akan datang. Tp berdua ya... hmmm berdua ma siapa ya? Oh iyya ada teman saya di KL nanti Abby ajak dah.

    BalasPadam
  16. Pandai maha tangkap gambar. Walaupun menu kali ni agak simple & presentation nampak plain,, tapi tetap nampak menyelerakan. Rasanya last emi makan fish & co ni sekitar 2014 la. Lama dah. Susah sket sebab tak semua mall ada fish & co ni.

    BalasPadam
  17. Kenapa la kat Penang xda Fish& Co ni...teringinnya nak makan fish n chip nii

    BalasPadam