Food Review,
Cara Orang KL Menikmati Makanan Yang Sedap Dengan Cara Mudah Dan Cepat - Harimau
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu sibuk nak keluar cari makan atau nak pergi beli makanan kadang-kadang menjadi batasan kepada ramai pekerja di kotaraya. Maha sendiri pun menghadapi kesukaran itu dan selalu skip untuk makan tengah hari atau makan malam.
Paling mudah dengan order makanan melalui online sebab sekarang ni ada banyak perkhidmatan menyediakan makanan dari rumah terus kepada kita. Maha ada cuba satu service ni kalau dengar nama agak macam takut tapi bila dah cuba baru tahu. Apa yang Maha maksudkan adalah service Harimau. Kalau korang nak tahu boleh layari laman web mereka www.harimaumeals.com.
Kalau korang masauk tak banyak pun pilihan makanan yang ada kat sini kerana mereka lebih fokus kepada penyediaan makanan yang sihat dan berkualiti. Hari semalam Maha ada order 3 menu yang Maha rasa macam sedap untuk makan tengah hari kat pejabat.
Char Siew Sesame Chicken with Brown Rice (RM20.00)
Menu ni seakan-akan masakan Nasi Ayam ia menggunakan sos char siew disalut pada bahagian paha ayam tanpa tulang. Cuma mungkin boleh tambahan kepedasan daripada cili atau sambal kerana tahu jer lah orang Malayu ni setiap kali nak makan mesti kena ada pedas-pedas sikit kan baru tambah selera.
Sweet & Sour Chicken Meatball with White Rice (RM19.00)
Menu kedua ini pula Maha pilih nasi putih Thai untuk gandingkan dengan chicken meatball. Rasa meatball yang disalut dengan sos masam manis bersama dengan hirisan nanas, timun dan bawang sangat kenalah cuma manis sedikit.
Classic Lamb Stew with Penne (RM24.00)
Menu ketiga ini pula gandingan dengan Penne sesuai buat korang yang suka makan kambing. Kalau makan memang tiada rasa hanyir daging kambing dan daging sangat lembut. Ia juga datang bersama dengan sedikit sayuran dan saiz Penne tu sangat besar dan boleh buat korang kekenyangan.
Bagi Maha selepas order semua menu ini keseluruhan boleh dimakan dan memang kenyang untuk hidangan satu orang. Ini kerana saiz yang besar dan kuantiti bahan yang banyak. Harga yang tertera tu adalah harga termasuk penghantaran dan kutleri. Korang boleh order walaupun satu menu sahaja kerana mereka tiada minimum order dan penghantar akan tetap hantar sampai depan pintu.
Pejabat Maha ni pun susah juga nak cari tempat makan yang dekat dan nak order untuk kuantiti yang banyak. Jadi kalau nak buat mesyuarat atau majlis kat pejabat senang order dengan mereka secara pukal dan akan terus hantar depan pintu pejabat mudah dan lebih murah. Sekarang ni kalau korang order untuk pertama kali dengan gunakan kod "HARIMAHAMAHU" korang boleh dapat lagi diskaun RM9. Jadilah rakyat Malaysia yang bijak berbelanja. Selamat menjamu selera semua ok.
Lagi mudah haaa.. Sampai depan pintu orang hantar. Nampak sedap!
BalasPadamseiously, suka sangat makanan mcm ni. nampak cute dan menyelerakan. harga pun masih berpatutan
BalasPadammakin lama makin senang..kalau macam ni ssure akak rajin order dari masak.. confirm malas masak lepas tu..ye la semia di hujung jari kan..org siap hantar sampai depan pintu lagi
BalasPadamTak payah dah susah nak fikir apa waktu lunch, order je dari Harimau kan. Makanan pun semua nampak sedap dan menyelerakan. Dari susah payah nak keluar nak parking habiskan minyak. Baik order food delivery je kan.
BalasPadamWahh nama Harimau..ganas tuu..hehehe.
BalasPadamBagus jugak ada delivery makanan sihat cam ni ekk..nampak gaya kena mulakan order makanan cam ni utk diet sis..badan makin sihat dah ni lps raya..hehehe
Mudah ada perkhidmatan food delivery macamni. Dulu masa kerja pun saya malas nak keluar, order delivery lagi senang. Tak payah susah nak cari parking.
BalasPadamWowwww, harga dia quite expensive jugakkan. Cuma more to healthy food punya makanan. Konsep dia tu macam D*H M*K** la kan?
BalasPadamBest nye bento dia. Nampak like healthy meal and well balanced. Working people like me can just order to deliver je kan. So easy.
BalasPadamNampak sedap semua menu tu Maha. Presentation pun nampak clean dan menyelerakan. walau harga agak mahal sedikit tapi berbaloi dengan konsep healthy food tu. Boleh try ni.
BalasPadamWow bestnya Maha dia hantar sampai ke pintu pejabat !! Mesti cover area KL je nie. Sobs. Area Banting nie mesti x cover. Uwaaaaa kne bawak bekal sendiri lah gamaknya
BalasPadamwah bagus ada perkhidmatan macam ni.. sangat mudah
BalasPadamSenangkan sekarang bila buat tempahan makanan macam ni. Taknpayah pening kepala nak cari kedai makan time lunch
BalasPadamTak payah keluar lunch. Order jer sebab ada yang tolong hantarkan... hehehe.. SEmua nampak sedap. Cantik tulisan tu ☺
BalasPadamDiorang hantar tak kat Bangi? Kalau hantar macam best gak tu! Senang takyah keluar opis time lunch kalau ada
BalasPadamWow! senang dan mudahnya dapat order makanan macam ni... tak payah lah keluar untuk lunch during office hour, hot weather, lazy go out.. got delivery, bestnya!
BalasPadamLove to order food like this. So convenient and food taste/quality is not compromised. And the killer is the discount code! Thanks so much for sharing it.
BalasPadamSedapnya..sapa2 yg diet n tgh amalkn eatclean boleh la mkn ni kn..potion dia tu dah ikut dah tu
BalasPadamThis see. Easy to order food. I need this as too busy go out for lunch. Sumore their have variety of package and dishes.
BalasPadamFor that price , it's actually really reasonable. Tapi Kan. Dia cover area Klang valley sekali tak eh? Kot kot ada Yang work from home type of mothers (like me) terlupa nak masak lunch Kan haha
BalasPadam