Cameron Highland,

Info Percutian Di Cameron Highland Puncak Yang Sangat Cantik

Jumaat, Julai 27, 2018 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalai ni Maha nak cerita kat korang tentang Cameron Highland walaupaun majoritinya dah pernah pergi dan tahu selok belok tempat ini, tapi Maha nak share info kat korang just in case korang ada tertinggal fakta menarik tentang puncak sejuk ini. So harap korang hadap la membaca artikel Maha ni yer. Cameron Highland ni terletak di dalam negeri Pahang. Jarak puncak ini dari bandar Ipoh lebih kurang dalam 85km dan dari Kuala Lumpur pula 200km. Kawasan ni berkeluasan lebih kurang dalam 712km persegi lebih besar dari negara Singapura. Tetapi penduduk yang mendiami kawasan ini hanya dalam 43000 orang sahaja.


Ketinggian dari paras laut pula adalah 1,135meter ke 1,829 meter. Suhu di sana kadang-kadang pada waktu siang 25°C dan boleh mencecah sehingga 12°C pada waktu malam. Sejuk tu kalau korang ke sana jangan lupa bawa baju sejuk tau. So kalau nak ke sana ada 4 laluan utama yang menghubungkan bandar utama ke puncaknya iaitu melalui Bandar Ipoh, Tapah, Gua Musang dan Kuala Lipis. Nak naik kapal terbang takde airport lagi kat atas tu so jangan buat hal nak pergi buat booking kapal terbang. Di antara pekan yang terdapat di Cameron Highland ialah Kampung Raja, Taman Tringkap, Kea Farm, Brinchang, Tanah Rata, Ringlet dan Lembah Bertam. Nak ke Cameron Highland ni korang boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas dari Ipoh, KL, Gua Musang atau Kuala Lipis terus ke Tanah Rata. Kalau menggunakan kenderaan sendiri melalui lebuhraya PLUS korang boleh exit Tapah kemudian ikut route 59 dan dalam sejam setengah korang akan sampai ke Ringlet. Selain tu korang boleh ikut Simpang Pulai dan akan sampai dalam sejam ke Kampung Raja. 


Di antara kawasan yang wajib korang explore di sini ialah Gunung Brinchang. Tempat yang paling tinggi yang boleh dinaiki kenderaan di Malaysia. Kat atas tu ada stesen radio dan TV serta kat atas tu korang boleh menyaksikan pemandangan yang menakjubkan seluruh Cameron Highland. Jikalau korang menaiki teksi cuba ayat sikit driver teksi untuk bawak korang ke Mossy Forest dan Boh Tea punya tempat yang berada kat Sungai Palas. Korang boleh jugak berjalan untuk ke Waterfall Parit. Pastikan korang pakai baju yang sesuai sebab perjalanan menggunakan lalu pejalan kaki mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai. Kat area sini juga sebenarnya korang boleh tengok bunga Rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia dan ia adalah pemangsa serangga.


Di puncak ini juga korang boleh melawat Time Tunnel, iaitu sebuah muzium yang ada banyak memori tentang sejarah Malaysia. Ada bayaran masuk yang dikenakan. Selain itu juga, korang boleh pergi ke Butterfly Farm, yang terdapat banyak jenis spesies rama-rama dan korang boleh bergambar bersama rama-rama tersebut. Kat sini pun ada bayaran juga untuk masuk. Lokasi paling wajib pergi kat sini adalah ladang Strawberry. Kat sini mereka membuat aiskrim strawberry, jus strawberry dan memetik buah strawberry untuk korang beli and bawa balik segar dari ladang. Termasuklah kalau korang nak beli sayur pun ada. Pada malam hari akan ada pasar malam kat sini korang boleh beli macam-macam jenis sayur yang segar dengan harga sangat murah berbanding korang beli kat supermarket area rumah korang wakakaka.



Lokasi semua korang dah tahu tapi macam mana pula dengan penginapan korang kat sini. Kalau korang nak cari Cameron Highlands hotel untuk korang bermalam cadangan Maha adalah korang install apps Traveloka dan dari situ korang boleh search hotel apa yang ada kat Cameron Highland. Traveloka boleh bantu korang untuk bandingkan setiap hotel yang ada dari segi reviews, lokasi dan juga harga yang sesuai untuk korang. Dari situ juga korang boleh buat research dulu sebelum pergi, dan juga lepas dah yakin dengan hotel mana yang korang nak duduk korang boleh book terus dari Traveloka. Dijamin senang dan selamat. Kalau nak dapat harga lagi murah korang boleh register dengan Traveloka dan akan dapat diskaun 25%. Best tak? Sangat mudah untuk bercuti.


Moga beberapa tips dan panduan yang Maha sediakan ini dapat memberi pengalaman menyeronokan bila korang pulang dari bercuti. Ini kerana bercuti adalah masa untuk merehatkan dan mecari ketenangan bukan kesusahan. Selamat merancang percutian dan selamat bercuti semua.



*Gambar dari laman visitmalaysia.info






  

18 ulasan:

  1. Cameron Highlands memang tempat percutian yang best... Dah lama juga LeYa dan Otomen tak ke sana.. Hehe.. Jom Maha! Jalan2 ke sana

    BalasPadam
  2. Cantik2 nya gambar Maha. Suka tengok gambar rama-rama tu cantik. Suka Cameron Highland tapi kalau nak pergi tak boleh cuti sekolah sebab jalan jam la kat atas tu.

    BalasPadam
  3. CH memang tempat wajib pergi every year, dengan suhu sejuk..dengan tenang dan damainya kalau ada kat sana..SA bleh habiskan masa 3 hari berehat menikmati keindahan alam...rindu weyhhhhhh.....

    BalasPadam
  4. Syira memang teringin nak pegi cameron highland. Tak pernah pegi lagi. Sedih betul. Nice sharing. Syira saved entry ni dulu.

    BalasPadam
  5. Rawlins tak pernah lagi explore dan bermalam di sana. Tunggu MM ajak la ye. Bila nak pergi bergumbira di sana MM? Hehe. Dah la cantik2 gambar MM nie.

    BalasPadam
  6. great info and cantik-cantik semua gambar tu hehe. dah few times jugak ke Cameron, memang best and yes qeela pon guna Traveloka untuk booking hotel etc hehe.

    BalasPadam
  7. dah lama rasanya saya tak pgi cameron highland.. tak sabar nak pgi lagi nanti...


    https://aerillhassan.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Memang best naik cameron ni..banyak tempr menarik boleh dilawati, dah lah tu..cuaca dia pun nyaman je..rasa tak nak balik kl bila kat sana..hehehe

    BalasPadam
  9. Thanks Maha. Nanti boleh buat tips lokasi mana nak cari barang-barang dan port yang murah untuk shopping cenderahati dengan makanan pulak. Dan juga makanan apa paling best kat sana.

    BalasPadam
  10. Rindunya kat cameron dah lama x terjah. Kalau datang sini memang mencari strawberi jer gamaknya hehe

    BalasPadam
  11. Lihat postingan ini rasanya Abby teringin kembali ke Camerin Highland lagi. Rindu aku suasana indah dan sejuk disana.

    BalasPadam
  12. Yea destinasi favorite..baru 2 minggu lepas ke sana. Cameron masih releven utk dilawati sebab banyak tempat yg pasti mwnarik untuk kita terokai

    BalasPadam
  13. Hampir semua tempat yang tuan senaraikan ni mama dah pergi melainkan taman mardi agroteknologi tu. Nampak cantik dan macam luar negara kan.

    BalasPadam
  14. Sekarang ni musim panas, kalau dapat naik atas cameron mesti best sebab sejuk kan. Nyaman je rasa. Tak dapat bayangkan cuaca cameron 20 tahun dulu macam mana

    BalasPadam
  15. Dah lama tak bercuti di cameroon, rasa nak pergi lagi

    BalasPadam
  16. Ya Allah.. gambar paling last tu orang panggil apa ye? TB suka giler yang tu.. kalau balik kampung mesti singgah RNR Tapah cari benda tu.. heehehehe.. eh.. eh.. ni nak citer pasal cameron ke pasal buah tu ye.. haha..

    BalasPadam
  17. Wah, terbaik info percutian di cameron highland yang tuan beri ni. Rasa teringin nak ke sana semakin membuak buak

    BalasPadam