Memasak,
Jadikan Kerja Mengisar Lebih Seronok Di Rumah Bersama Keluarga Dan PHILIPS
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni cuaca panas tropika melanda Malaysia dan minuman sejuk sentiasa menjadi pilihan. Mahupun orang dewasa, kanak-anak biasa mendapatkan kelegaan apabila menikmati minuman sejuk bila cuaca panas terik. Walaupun biasanya mereka akan meminum air kordial sejuk atau jus yang dikilang, ada yang risau akan kandungan gula dalam minuman berkenaan, dengan pakar nutrisi menyarankan kanak-kanak mengurangkan pengambilan air manis seperti itu.
Bagi meraih keseimbangan lebih baik antara rasa sejuk yang menyegarkan dan nutrisi, smoothie beku lazat boleh menjadi pilihan yang tepat. Korang mungkin merasakan smoothie beku sukar disediakan di rumah, lepas ni korang pasti akan rasa gembira dengan pengisar semua-dalam-satu yang secara efisyen mengadun kesemua bahan dan menghancurkan ais dengan cepat untuk menghasilkan smoothie beku sempurna tanpa memakan masa lama, dan juga dapat mengawal sepenuhnya kesemua bahan yang digunakan.
“Tugas menyiapkan makanan boleh dijadikan sesi menggembirakan bagi ibu bapa untuk membina ikatan dengan anak, selain mengajar mereka mengenai nutrisi dan melatih mereka supaya cekap di dapur – pastinya kemahiran hidup yang berguna. Tugasan dapur rutin seperti mengisar bahan boleh menjadi sesi menyeronokkan bila anda mempunyai alat hebat untuk digunakan. Dengan Pengisar Koleksi Viva Philips, anda boleh jadi kreatif dan berseronok bila membuat smoothie sihat dan menyegarkan. Balangnya yang berjenis Duravita Tritan amat tahan lasak dan kalis pecah membebaskan anda daripada sebarang kegusaran meskipun ketika anak sedang membantu. Tidak perlu takut jika perlu menggantikan balang pengisar dengan yang baru jika ianya terjatuh,” kata Encik Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Philips Malaysia.
Memecah bahan keras dalam balang pengisar tahan lama
Pengisar Koleksi Viva Philips HR2157/91 diperhebatkan dengan bilah pisau yang menggunakan teknologi ProBlend 5, yang membolehkan ia menghancurkan ais 20% lebih cepat berbanding pengisar lain. Ini bermakna tiada lagi perlu menggunakan teknik memecah yang sukar seperti menukul atau mengetuk untuk memecahkan blok ais. Lebih baik lagi, pengisar ini hadir dengan balang Duravita Tritan, diperbuat daripada copolyester yang menambah kekuatan, versatiliti dan fleksibiliti pada balang itu. Dengan elemen tambahan ini, balang pengisar ini adalah kalis pecah dan takkan berbau atau ada kesan kotor, menjadikannya mudah dicuci dan tampak seperti baru setiap kali dibersihkan. Ia juga tahan tekanan dan halaju bila bahan padu seperti ais dan sayuran atau buahan jenis keras dikisar.
Dengan semua ciri-ciri ini, korang tidak perlu mengisar bahan lain berasingan daripada ais untuk membuat smoothie beku yang diidamkan. Melakukan kesemuanya dalam satu alat mempercepatkan tugasan dan membolehkan korang menikmati smoothie beku dengan lebih mudah dan cepat. Contohnya, hendak membuat Smoothie Beku menggunakan Buah Naga dan Buah Kedondong, hanya perlu mencampurkan buah itu dengan sedikit susu, yogurt dan madu sebagai perasa, kisarnya bersama-sama menggunakan Pengisar Koleksi Viva Philips HR2157/91. Kemudian, tambahkan ais yang akan dihancurkan dalam beberapa saat sahaja, dan smoothie beku siap sedia dihidang.
Mulakan kembara #PhilipsPerfectBlend dengan Philips dan ubahkan dapur menjadi “tempat permainan” bagi pembelajaran sementara untuk anak korang bergembira semasa menyediakan makanan dalam cara yang selamat, mudah dan menyeronokkan!
Harga Dipasaran
Pengisar Koleksi Viva Philips dengan balang Duravita Tritan (HR2157/91) boleh dibeli pada harga RM376 di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk Mall, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; di kedai rakan runcit dan pengedar seluruh negara, dan dalam talian melalui Philips Online Shop di http://www.shop.philips.com.my.
wah,,mcm best je
BalasPadam