Ayam Panggang,Goobne Chicken Restoran Ayam Panggang Oven No.1 Korea Di MyTown Shopping Centre
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu kat sini ramai peminat makanan Korea mesti korang suka akan pengumuman ini bahawa Restoran Goobne Chicken telah buka cawangan yang pertama mereka di Malaysia. Sebelum ini kalau tak silap ada lebih 1000 cawangan di Korea dan seluruh dunia kini telah memilih MyTown Shopping Centre Kuala Lumpur untuk lokasi cawangan sulung mereka di Malaysia.
Kalau korang yang suka sangat makanan ayam dari Korea sini adalah tempatnya. Goobne itu sendiri dah membawa maksud ketuhar panggang. Jadi semua ayam-ayam kat sini panggang di dalam ketuhar selama 13minit pada 195º tanpa menggunakan setitis minyak pun untuk memelihara rasa asli ayam itu sendiri. Masa Maha datang makan kat sini memang ayamnya korang masih dapat rasa lembut dan berjus didalam tidak kering seperti ayam goreng dan masih rangup diluarnya.
Semua ayam yang dipanggang ini akan disalut dengan pelbagai rasa yang memberikan ia keunikan dari segi kepedasan dan juga kelemakan ayam tersebut. Kalau korang yang pecinta ayam paling pedas Maha sarankan korang ambil Goobne Volcano Chicken. Memang pedas tahap dewa dan macam Maha ni boleh habis satu ketul jer tak mampu nak makan banyak. Sapa berani boleh cuba makan tanpa minum air ok wakakaka.
|
Goobne Volcano Chicken |
Lepas tu ada juga yang kurang pedas sikit korang boleh ambil Pepper Crispy Chicken yang ini tahap medium jer tapi masih pedas bagi Maha. Juga ada yang tidak pedas tapi masih mempunyai pelbagai rasa menarik seperti bawang putih, cheese dan madu. Korang boleh pilih untuk order Fruity Soy Garlic Chicken, Dip Cheese Chicken atau Original Chicken. Semua ini tidak pedas dan masih rangup dan lembut didalam. Antara semua ini Maha paling suka adalah dip cheese dan ayam ini korang boleh pilih untuk seekor ayam, sebelah ayam atau kepak ayam dalam kuantiti 8 atau 14 ketul.
|
Pepper Crispy Chicken |
|
Dip Cheese Chicken |
|
Fruity Soy Garlic Chicken |
|
Original Chicken |
Kalau korang nak seimbangkan antara protein dan juga khasiat lain kat sini boleh cuba pelbagai hidangan berasaskan nasi dan mee. Antara yang menarik dan lazat untuk dicuba adalah Volcano Cheese Tteokbokki iaitu gabungan antara toppokki dan juga lelehan cheese yang banyak. Tidak pedas pun walau nampak merah menyalakan.
|
Volcano Cheese Tteokbokki |
Kalau nasi pula korang boleh order Chicken Fried Rice with Volcano Sauce yang tengah ada nasi kemudiah keliling tu adalah telur dadar. Biasa kalau makanan Korea ini memang kena gaulkan semua bahan semasa masih panas sehingga menjadi satu hidangan lengkap. Satu lagi hidangan telur yang popular kat sini adalah Flying Fish Cheese Egg Roll yang rasa lemak manis tau.
|
Chicken Fried Rice with Volcano Sauce |
|
Flying Fish Cheese Egg Roll |
Last sekali kalau datang makan daging ayam korang kena cuba Goobne Cheese Fondue Chicken. Ini memang kena makan panas-panas masa tengah cheese kat tengah tu menggelegak lepas tu salutkan ayam tu bersama cheese memang sangat menarik. Orang Korea ini mesti ada hidangan sihat jadi ada satu sup makanan laut dalamnya yang dipanggil Jjamppong Seafood.
|
Goobne Cheese Fondue Chicken |
|
Jjamppong Seafood |
|
RITA-Mojito |
Last sekali mesti kena ada air kerena ada makanan yang pedas jadi korang boleh padankan dengan pilihan dari minuman seperti RITA-Mojito (Goobne Mocktail Khas Non-alcohol), minuman ringan, jus botol dan teh. Goobne Chicken terletak di tingkat 3 MyTown Shopping Centre. Ia dibuka setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam. So pecinta makanan Korea korang kena cuba baru boleh buktikan korang orang K-Pop hehehe. Selamat menjamu selera semua.
Promosi dan juga menu lain yang menarik boleh layari:
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5
Heyyy! Jom laaa repeat lagi sekali..hahahaha..nak Volcano!
BalasPadamSedapnya tengok maha makan. Tapi mostly makanan diaorang ada cheese kan? Sekarang ni tengah pregnant kan, tiba-tiba ter lactose intolerant. Apa-apa yang ada kaitan dengan tenusu, cheese, semua tak leh makan. Sedih betul
BalasPadamGi makan je awok ya..lain kali ajok le kito gak..kita pun kaki makan..hehehe.
BalasPadamNampk sedap je makanan kat sana..nanti nak try jugak lah
volcano tu!!!!
BalasPadamseriously aida ni tak pernah lepak restoran korea.
tak dpt nak share rasa la. tapi ya Allah, semua gambar tu membuatkan hati ni membara nak ajak mr.asben.
kat melaka tak byk restoran korea yg 'menjemput' aida sgt tau, Maha.
will try someday. hadoi lah... cheesy betul entry ni ha ha ah ah ha :)
Sebelum saya keluar lunch saya terbaca artikel ni dan tiba2 rasa nak makan makanan Korea pula ^^ haha. Tapi kat area CLA takde korean restaurant yg ada cuma Korean Market. hehe
BalasPadamya ampun kedai makan Korea ke??? sedapppp haruslah aku akan singgah nanti ke sana..
BalasPadamAduhaii sedap mengiurkan betul makanan2 nya! Selalu juga try fried chicken korean mcm ni, boleh la try this one soon. Dip cheese tu fuhh nampak pun dah kenyang 🤣
BalasPadamskarang byk btul restoran ayam korea ni...yg ni tk pernh dgr....terliur tgk ayam2 tu..kemain gmbr2 pn zoom in sgt kn...saje nk bg terliurrr lebih haha
BalasPadamMasuk sini kalau tak lapar pasti terliur...ya allah dugaan apakah ni...bestnya ayam goreng korea tu ha....
BalasPadamDekat Mytown ye..nak singgahla nanti..nak try..macam sedap je nengok ayamnya maha makan tu..berjus tu yang suka dengar tu..hehee
BalasPadamYa Allah tengok gambar-gambar kat entri ni jadi lapar balik mengoda sungguh makanan dekat situ, next time ke Mytown boleh terjah
BalasPadamsaya suka betul chicken wings macam tu.. tapi kalau yg bversi pedas ala korea tu belum pernah cuba lagi.. nampak macam sedap
BalasPadamHuuu...tak ajak pun?dah lama tak mkn korean food
BalasPadamYa ampun banyaknya jenis makanan korea di sini terutama ayam goreng tu mmg epik sebenarnya. Tapi nampak
BalasPadamPedas sangatla seramla pulak
Lemah betul bila nampak ada cheese ring ni lah, selalu teringin sangat nak try... cuma masa je tak ada... Hikhik.... Tapi, ayam dia pedas tak?
BalasPadamBanyak jenis menu ayam. Nak nak berkaitan cheese cheese tuh tergugat iman tau.sejenis tak boleh move on dengan cheese
BalasPadamSedapnya ayam Korea!! Dah la belum breakfast lagi ni, laparrr. Nampak macam Goobne Cheese Fondue Chicken yang pling menarik tu.
BalasPadamYa Allah..sedapnya.nk diet pun boleh tergugat ni...
BalasPadamBukan apa kita ni pantang tgk ayam2 korea sedap mcm ni
nampak sedap tempat ni, boleh try ni
BalasPadam