Aloft Kuala Lumpur Sentral,

Menikmati Masakan 5 Chef di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Bulan Ogos Ini

Rabu, Ogos 01, 2018 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ini kita beralih pula untuk makan mewah di hotel pulak. Aloft Kuala Lumpur Sentral melalui Restoran Nook mereka memperkenalkan lima chef utama dengan keistimewaan masing-masing untuk menyediakan hidangan buffet. Uniknya kali ini adalah kelima-lima chef itu membawa makanan berbeza antara satu sama lain dan menarik.


Pasukan lima chef tersebut diketuai oleh Chef Fizi. Beliau adalah chef yang bertanggungjawab terhadap Appetisers bagi hidangan bufet kali ini. Chef Fizi menampilkan hidangan gabungan tradisional dan moden seperti Gago-gado, Salad Mi Ayam Asia, Udang dengan Pomelo dan Salad Watercress. Bagi hidangan pembuka selera chef ini Maha suka sekali iaitu salad udang dengan buah limau bali tu dapat rasa masam-masam manis memang sesuai dengan selara Maha. 




Chef kedua yang akan dimemaparkan kemahiran memasak mereka adalah Chef Hafiz yang berasal dari Pahang. Di mana chef ini mengkhususkan diri dalam masakan Melayu. Beliau akan menghidangkan masakan khasnya seperti Fried Cispy Sea Bass dengan Green Curry Gravy, Spiced Sup Belut dan Gulai Pisang Muda Ikan Bilis. Masa Maha rasa gulai pisang tu memang terasa lemaknya dan juga kepekatan kuah padan dengan pisang muda tersebut seperti mak-mak masak kat dapur.




Istimewa bufet kali ini menampilkan hidangan masakan Cina yang disedikan oleh Chef Emmanuel yang berasal dari Melaka. Kepada peminat masakan Cina korang kena cuba masakan chef ini seperti Chicken Kam Heong dengan Chill Dried, Butter Prawn dengan Oats dan juga Wok-Fried Kupang dengan Black Bean Gravy. Dalam semua hidangan ini Maha mesti pilih Butter Prawn korang pun suka jugakan. 




Selain daripada hidangan Asia ada juga masakan westem dan gabungan fusion dari Chef Ahmed Zaki. Sajian barat yang dibawa chef ini sangat unik tak ada kat tempat lain korang mesti kena cuba sebab kat sini ada Pasta Braised Chicken Rendang, Daging Masak Hitam Berempah dan Quattro Formaggi Pizza. Bagi Maha semua menarik dan sedap nak tahu rasa kena cuba memang susah nak ceritakan kalau tak rasa sendiri.




Orang kata kalau bufet tidak pernah lengkap tanpa pencuci mulut kerana itu yang paling orang akan cari. Pencuci mulut kali ini dibawakan oleh Chef Zahrin. Korang boleh menikmati Bubur Som Som, Menara Brownie, Pandan Tiramisu dalam Kopi Cup dan banyak lagi. Ini hanya beberapa pencuci mulut yang special kalau korang ambil bufet kat hotel ini.




Harga bufet hanya RM108nett untuk dewasa dan hanya RM54nett untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun pada setiap hari Ahad hingga Khamis. Manakala Pada hari Jumaat dan Sabtu citarasa anda akan dibawa menyelam dalam satu siri rasa segar makanan laut seperti udang, ketam, kupang dan banyak lagi.  


Makan malam untuk seafood ini pula hanya pada harga RM120nett untuk dewasa dan RM60nett untuk kanak-kanak. Restaurant Nook ini dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 12.00 malam. Jadi bawalah family sekali-sekala makan kat sini atau korang ada ada perbincangan dengan pelanggan juga boleh bawa makan sini selesa dan harga berpatutan. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan promosi hubungi :
Tel : 603 2723 1188








1 ulasan:

  1. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up!

    BalasPadam