Chef Jo,

Resipi Ibu Bawa Tuah Siti Nor Yuwana Menangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018

Selasa, Ogos 14, 2018 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ini adalah tahun ke 3 penganjuran Cabaran Raja Kuah Knorr. Masih ingat lagi tahun 2016 Maha dapat jemputan menjadi juri untuk Cabaran Raja Kuah Knorr. Pertandingan tahun pula ini telah menobatkan Siti Nor Yuwana Zulkifli sebagai juara. Mempersembahkan resipi arwah ibunya iaitu Kari Ayam Warisan Bonda dan juga dua hidangan ciptaan sendiri membawa tuah kepada ibu dan juga suri rumah ini.


Pengendali makanan dari Kuala Lumpur ini juga menyediakan hidangan Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya untuk mendapat perhatian para juri dan berjaya memenangi hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper.

Cabaran memasak kali ini meneruskan usaha untuk  menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, acara anjuran Unilever Food Solutions ini berfokus kepada masakan Melayu berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu hidangan kari, kicap dan masak lemak.


Para juri yang mengadil pertandingan tahun ini termasuk chef selebriti Chef Jo, Chef Profesional UFS Chef Mohd Hadzrin Mohd Din dan pengarang dari majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin telah menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.

Penyertaan Cabaran Raja Kuah Knorr dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah yang terdiri daripada masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (kunyit dan santan) dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 10 penyerta dari seluruh Malaysia, termasuk 1 peserta dari Negeri Sembilan telah dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir kali ini.


Pemenang lain untuk kali ini termasuk naib johan dimenangi oleh Fazerina Ibrahim dari Selangor menerima wang tunai RM10,000 beserta hamper dan pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan mendapat wang tunai RM6,000 dan hamper. Manakala 7 lagi pemenang saguhati menerima wang tunai RM1,000 beserta hamper.

Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.


Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!







1 ulasan: