D Aura Cafe,

Steamboat & Grill Dan Shell Out Viral Yang Murah Di Area Seri Kembangan Juga Putrajaya

Khamis, Ogos 02, 2018 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama tak makan makanan laut ini kali ini Maha nak bawa korang semua kesebuah cafe yang telah menjadi tular kerana hidangan seafood mereka yang murah. Kat mana lagi kalau buka D'Aura Cafe yang terletak di Putra Walk Seri Kembangan Selangor.


Cafe ini berkonsepkan muslim friendly dan pastinya hidangan mereka dijamin Halal. Sebelum ini Maha pernah datang makan kat D'Aura Cafe ini tapi tu hidangan bufet lain. Kali ini mereka bawakan pula promosi istimewa hasil air tangan chef mereka iaitu Steamboat & Grill serta ada juga Shell Out


Set Shell Out mereka ini memang datang satu dulang macam ni bersama dengan dua hidang nasi putih sebab ia sesuai untuk makan dua orang. Bagi Maha masa makan hari tu memang rasa segalanya. Korang dapat rasa rempah yang kuat dan juga ia tidak terlalu pedas. Memang sangat sesuai makan time panas selepas chef tu masak dan juga pelayan hantar terus ke meja korang.


Dalam Shell Out tu adalah makanan laut seperti ketam, udang, siput buluh, kerang, kupang dan juga sayur seperti brokoli serta dengan jagung manis. Bagi Maha ia kombinasi yang sesuai untuk korang cuba walaupun nampak cara masakan mereka lain daripada shell out yang ada kat luar sana tapi ia tetap ada rasa tersendiri.


Lepas tu korang juga boleh cuba untuk nikmati Steamboat & Grill mereka. Set promosi untuk Steamboat & Grill ini pun sesuai untuk dua orang makan. Kalau steamboat tu mereka sediakan kuah Tomyam yang boleh korang celup pelbagai bahan dalamnya kemudian makan dengan sos istimewa mereka. Katanya sos ini dihasilkan sendiri oleh chef mereka dan ia sangat unik ada rasa masam, pedas dan pekat melekat.


Korang boleh ambil stemboat dan grill sekali dimana kat keliling steamboat ini mereka sediakan pelbagai jenis daging seperti daging lembu, kambing, ayam dan juga ikan yang telah diperap dengan sos. Masa makan grill memang sedap terasa perapan pada daging tu dan rasa macam nak tambah lagi hehehe. Kalau daging tu korang boleh masak nak medium rare ker atau nak full cook pun boleh ikut suka hehehe.



Bagi korang yang plan nak datang sini cafe ini sangat selesa dan berhawa dingin memang buat selera korang terbuka nak makan. Bagi yang merancang nak buat sambutan harijadi atau juga sambutan ulang tahun perkahwinan pihak cafe boleh setupkan satu sudut khas untuk korang memang istimewa. Masa Maha datang hari tu ada dua kumpulan satu sambut harijadi dan satu lagi sambut ulang tahun perkahwinan romantik sangat.


Cuma nak ingatkan pada korang kalau nak datang makan sini untuk promosi Steamboat & Grill atau Shell Out kena booking terlebih dahulu kerana cafe mereka selalu penuh cuma kalau nasib korang boleh walk in. Cafe ini buka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 1.00 tengah hari hingga  11.00 malam. Jadi tak ada masalah korang nak makan untuk lunch atau dinner boleh sahaja.

Harga pula sangat murah dan berpatutan :-
- Shell Out hanya RM18.00
- Steamboat Biasa hanya RM18.00
- Steamboat & Grill hanya RM28.00


Korang rasa tak berbaloi nak bawa kawan-kawan tau family makan sini. Maha sendiri pun rasa nak ulang lagi datang makan kat sini memang sangat puas hati. Maha dah cuba korang bila lagi nanti dah datang komen kat sini ok. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Whatsapp/call : 601110923832

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





18 ulasan:

  1. Nampak sedap ni Maha..harus la cuba..akak tgok terliur terus..tp tauhnya kat Sri Kembangan..kalau akak tersesat kat sana nanti sure akak pi

    BalasPadam
  2. sedap nmpknye steamboat & grill..shell out pn ada...yummmmmm

    BalasPadam
  3. Kena cuba ni....bab makan mmg xleh nk tolak ni...

    BalasPadam
  4. Memang sedap kan makan di sini. LeYa memang suka makan sini..hehe..

    BalasPadam
  5. Wahhh nampak menyelerakan sangat !! Harga pon berpatutan. Nak cuba jugaklah nanti !!

    BalasPadam
  6. Sedapnya. Nti nk Pg lg

    BalasPadam
  7. The price is very reasonable. I’m going to try out this restaurant this coming weekend with my Muslim friends when gathering. Thank you for your sharing.

    BalasPadam
  8. Nampaknya berbaloi lah dengan harga yang boleh dikatakan murah. :) tempat ni nampak bersih dan moden. Bolehlah nanti singgah dengan ahli keluarga. :)

    BalasPadam
  9. Tengok gambar je dah nampak sedap...kalau dapat makan lagilah sedappp sangat kan..:D. Nantilah..kalau ada masa n lalu area sana..insaallah sis singgah

    BalasPadam
  10. sedap betul makanan dekat sini..boleh steamboat, boleh shellout..banyak pilihan..harga pun murah..kalau ke putrajaya boleh cuba ni

    BalasPadam
  11. I love shell out but as for steamboat and grill, I would only really enjoy it if I there's someone with me to do the cooking. Haha. Let me keep this place in mind for a future trip to Putrajaya or Seri Kembangan.

    BalasPadam
  12. waa nampak menarik & macam sedap jee tengok daripada gambar-gambar tu semua. harga pon not bad jugak kan kira murah jugak tu untuk shell out and everything, insyaAllah nanti kalau ke sana rasa macam nak try lah hehe

    BalasPadam
  13. Whoa! Memang tercari cari. Teringin betul nak makan camni.oh! Dekat dengan rumah says. Boleh la pi try.

    BalasPadam
  14. I love steamboat and grill food! It so convenient and I get to enjoy two yummy food in one restaurant! Lagipun this restaurant has really pretty interior too.

    BalasPadam
  15. Foods looks delicious and they got a huge servings. I bet its worth your money!

    BalasPadam
  16. Yum yum! Dekatnya.nak pergi try!

    BalasPadam
  17. tq maha kongsi maklumat di blog...nampak sedap sangat hidangan yang disediakan di D'aura Cafe..Bonda chanteq mesti pergi untuk rasa keenakkan masakan disana. tengok gambarpn dh boleh buat air liur kecur..

    BalasPadam