Cuti-Cuti Malaysia,
Masih Menginap Di Manhattan Business Hotel Kali Ni Kat Damansara Perdana
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha ada tulis tentang beberapa tips untuk korang yang memang kerap pergi business trip nak mencari hotel yang bagus. Kalau yang tak sempat lagi nak baca tips tu boleh tengok kat post Tips Buat Business Traveler Mencari Hotel. Sebab dari itu jugalah kali ini Maha masih memilih hotel yang ada semua ciri-ciri tu untuk menginap bagi tujuan ada meeting kat area Damansara.
Almaklumlah kalau nak berulang dari rumah kat area Bukit Jalil untuk ke Damansara Perdana waktu kerja akan ambil masa lebih kurang 1jam setengah. Kalau tiada yang teruk berlaku kalau ada kemalangan atau sebaliknya mahu juga untuk sampai 2 ke 3 jam juga. Jadi ambil peluang terus untuk menginap kat satu lagi hotel yang selesa dan bagi Maha berpadanan dengan harganya iaitu Manhattan Business Hotel area Damansara Perdana.
Kebetulan hari tu ada mesyuarat kat area Damansara jadi memang tidur untuk semalam kat sini. Hotel ini memang sangat selesa dan memang cantik. Kalau korang datang daripada Lebuhraya Damansara Puchong atau SPRINT tu boleh masuk area Damansara Perdana betul-betul dekat sebelah restoran Domino's tau.
Kali ni duduk bilik tingkat 2 dengan tema Central Park. Kalau korang yang masih tak tahu lagi hotel ini menggunakan konsep bandar Manhattan sebab tu namanya macam tu. Setiap tingkat diberikan dengan tema beberapa kawasan popular di sekitar bandar Manhattan. Masuk kat bahagian receptionist tu sahaja dah bawa kepada suasana luar negara memang kagum dengan mereka punya dekorasi dan seni bina dalam hotel ni.
Bilik kat sini pun mempunyai susun atur yang lebih redup dengan warna lebih gelap digunakan. Ada beberapa jenis bilik yang tersedia kat sini iaitu daripada Delux Single, Delux Twin, Delux Queen, Delux King dan juga Super Delux Room. Yang Maha duduk ini Delux Queen saja nak katil besar sebab tilam mereka sangat empuk dan kalau tidur tak nak bangun dah.
Delux Single |
Delux King |
Super Delux Room |
Macam biasa dalam bilik ada kemudahan seperti fully aircond, LCD tv, teh dan kopi maker, hair dryer, wifi yang laju dan juga safety box. Cuma level Maha tak ada mini cooler yang ada kat level 1 untuk mereka yang tinggal bagi tempoh lebih panjang, Maha ni cuma satu malam jer. Dalam bilik air lak semua ada toiletries lengkap tak perlu risau nak beli kalau lupa bawa. Kemudian mandi ada air panas dan sejuk dengan rain shower.
Maha suka hotel ni sebab harga sini masih murah dan berpatutan tapi tersedia dengan sarapan pagi tau. Sarapan tu korang boleh turun kat lobby hotel tu ada cafe belakang receptionist tu sangat luas dan ada indoor dan outdoor. Maklumlah kalau datang urusan kerja ni mana ada masa nak bangun pagi sarapan kat luar sebab nak terus pergi meeting jer senang. Hotel ni pun ada kawasan parking yang tersedia kat bawah tapi ada rate yang tersendirilah. Kalau korang datang menginap lama kat sini ada dobi layan diri tau kat level bawah hotel so senang jalan kaki jer.
Kalau korang duduk sini nak pergi mana-mana mall sekeliling sangat dekat seperti Mutiara Damansara, Empire Damansara, PJ Trade Center, One Utama dan banyak lagi. Kalau kawasan office sini memang keliling lah jadi kalau tak ada transport masih boleh pergi hanya jalan kaki beberapa minit jer. Nak datang ker hotel ni selain naik kenderaan sendiri korang boleh naik public seperti bas dan juga MRT turun stesen Mutiara Damansara pastu naik Grab dekat jer.
Jadi Maha rasa sangat sesuai lah sapa-sapa yang tanya mana nak duduk untuk tempoh masa yang singkat tapi dapat semua dalam satu harga murah. Manhattan Business Hotel ini sangat berpatutan kepada korang. Nak lagi jimat korang booking terus kat laman web mereka dan boleh dapat lagi 20% diskaun. Sangat jimat dan memang mudah booking online sahaja.
Sebarang tempahan dan petanyaan bilik layari :
Laman Web : http://www.manhattanbusinesshotel.com.my
Tel : +603-7731 9828
Fax : +603-7731 8910
happeningnyer
BalasPadamBila tengok hotel ni warna dia macam konsep khas untuk lelaki SADO, hahahah teringat pula scene dalam cerita mr grey tu muahahaha... rasa macam nak cat rumah kaler coklat macam tu huhuh
BalasPadamwah liburan di hotel ek, asyik tidur hotel je. jeles ahkak tau
BalasPadamAssalamualaikum dan selamat pagi tuan mahu. Nampaknya hotel ini memang terbaik untuk orang orang bisnes yang suka out station kan. suasana pun cantik
BalasPadamSukanya tengok design dan dekoration hotel ni. Nampak mewah sangat tapi harga die berbaloi. Cantik gila
BalasPadamCantik dan exclusive deko bilik hotel ni. Sesuai sgt kalau ada bisnes trip. Selesa ja tgk
BalasPadamBestnya duduk hotel. Ala staycation gitu. Entah bila la MM nak ajak I staycation gak? Sedih diri ini.
BalasPadamhotel baru ker? nampak classy and nice... enjoy nya... comfy and cosy environment nya... cantik interiornya jugak..
BalasPadamMenginap kat sini memang terasa macam betul-betul tinggal kat Manhattan kan? Lihat papan tanda ada sign Madison Square. Fuyoh. :) Hiasan dalam bilik nampak selesa dan kelas. :)
BalasPadamperghhhh ini lagi classssssssss... amboi caras Neeza eh? teringin pula nak masukkan Manhattan dalam list hotel hunting Neeza lepas ni. suka dekorasi yang ada woody2 sikit
BalasPadamAllahuuu org have2 bolehlah Manhattan sajo 😋 anyway, nicelah hotel nie. Nampak mewah sangat dgn dekorasinya yg minimalis. Org marhain mcm kita nie takut nk masuk wakkk. Tp nak jugak lah jejak nanti utk sesi memanjakan diri
BalasPadamNama hotel pun dah style,dekorasi pun minimalist dan nampak maskulin.. cantik.. nampak mewah dan ada class.. klau dpt bermalam ni memang rs mcm org have-have dak hihihi
BalasPadamkalau habis meeting lambat esok nak kena meeting pagi boleh check in sinilah kan .. yang paling penting breakfast dia best ..
BalasPadambukan main syok ya tido kat sini hahahahahah..tapi memang bestla hotel ni..selain daripada harga yang sangat berpatutan..lokasi dia strategik..dekat lhdn tu yang penting..#masihmenunggurefund hahahahahah
BalasPadamBestnya dok kat hotel. Sis pun suka dok hotel..bila serabut je mmg terasa nk lari tido hotel..tenang je kan. Bolehlah nanti sis terjah hotel ni pulak
BalasPadami always pass by this hotelll and always wanted to see how to room look like..very luxurious good for couple and those on business trip as well..
BalasPadamKalau dah singgah banyak kali kan, mesti seronok sangat sampai teringat ringat tiap masa. Duduk rumah pun panas. Haha
BalasPadamWow, the hotel look comfortable and suit for business trip. The most important part is the hotel is clean and comfortable. The hotel is near my place.
BalasPadamLia pernah menginap kat hotel ini masa turun KL event Butterfly Project. Memang suka sangat dengan deko bilik ni. dari luar nampak biasa je. Hotel baru dan berbaloi sebab ada breakfast.
BalasPadamsyoknya tidur kat hotel...
BalasPadamSeronoknya lepak tidur kat hotel ni, terasa macam kat Manhattan pulak. Tak payah susah-susah naik flight nak ke Manhattan
BalasPadamcantiknya.. selesa sangat.. berpadanan dengan tempat dan servis serta harga ni ")
BalasPadamSuka la tengok interior design hotel Manhattan ni. Simple je tapi nampak elegant dan style. Sesuai la untuk stay for business trip kan.
BalasPadam