Memasak,
Philips Memperkenalkan All-In-One Multicooker Baharu Bersama Chef Sidney Kan
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini antara pengguna dan peminat produk dari Philips? Yerrr kita geng sebab Maha suka produk Philips ini kerana mereka termoden dan terkini dengan reka bentuk yang lebih menarik dan memudahkan. Kalau korang pernah baca post Maha sebelum ini tengan produk Philips All-In-One Pressure Cooker mesti korang akan tahu kelebihan barangan Philips inikan.
Tapi kali ini lebih hebat lagi kerana Philips kembali pula dengan satu lagi produk terbaharu mereka yang telah berada dipasaran iaitu Philips Premium All-In-One Multicooker. Kali ini tampil dengan reka bentuk lebih eligent dan menawan serta moden dengan pelbagai fungsi terbaru. Ia 6x lebih memudahkan kerja memasak didapur anda.
Siapa pernah tengok ia adalah produk terbaru yang dilancarkan di Malaysia dan setakat ini ada dijual dicawangan Harvey Norman sahaja. Di antara kelebihan terbaru produk ini adalah :
1) Makanan dimasak dengan sempurna dan siap 6x lebih cepat.
2) Ciri dengan sistem kawalan Dual pemasak All-in-One baru tepat mengendalikan suhu dan mengurangkan turun naik pemanasan. Dengan ini anda boleh memasak bahan-bahan yang berbeza pada suhu dan tekanan yang betul dan dengan ini, anda boleh mempunyai makanan yang berkualiti tinggi dan masakan gourmet di rumah dengan mudah.
3) Waktu memasak dan juga tekanan memasak dapat diprogramkan yang memberikan anda kontrol penuh untuk mencapai tekstur untuk memenuhi preferensi pribadi anda.
4) Butang Sauce Thickening - Boleh mempunyai sos dan sup dikurangkan untuk mewujudkan rasa yang lebih intensif
5) 24 Jam Mudah Program Pemasak Pratetap dan 12 jam automatik terus membantu fungsi panas untuk memastikan makanan panas dan siap tepat pada waktunya.
6) Auto Release Pressure - Tidak ada lagi kerumitan dalam mendapatkan pembebasan tekanan anda dan ini akan membawa masakan anda mudah dan selamat.
7) Ciri dengan 20 menu pre-set yang membuat memasak lebih mudah untuk pemulaan.
Mana Maha tahu semua ni tu lah korang kalau ada orang buat acara kelas memasak menggunakan produk baru macam ni kena datang baru kita tahu hehehe. Hari tu Maha dapat jemputan dari Philips Malaysia dalam memperkenalkan produk baharu ini bersama dengan seorang chef yang tidak asing dalam dunia sosial media sapa lagi kalau bukan Chef Sidney Kan.
Maha kenal Sidney ini dah lama juga selalu dapat jemputan untuk acara makan dan memasak bersama beliau. Pada hari tu bertempat di Samplings on the Fourteenth, Berjaya Times Square Kuala Lumpur ramai kenalan dan juga orang ramai hadir untuk sama-sama bukan sahaja kenal produk baru Philips ini tetapi juga belajar memasak daripada chef.
Pada hari tu beliau memasak 3 jenis masakan berasaskan Malaysia campur dengan Vietnam dan juga China. Resipi yang diajar pada hari tu dengan menggunakan sepenuhnya produk Philips Premium All-In- One Multicooker HD2145 seperti Lemon Chicken, Yellow Kroeung Curry With Prokah dan juga Braised Beef and Tension.
Yellow Kroeung Curry With Prokah |
Lemon Chicken |
Semua resipi ini kalau ikutkan cara konvensional akan makan masa berejam-rejam tapi dengan Philips ini hanya makan masa kurang daripada 1 jam. Nak resipi penuh korang boleh follow Chef Sidney Kan kat Facebook beliau memang rajin update resipi terbaru. Maha ni masak suka-suka jer hehehe tapi bila tengok orang terror memasak ini jadi rasa macam nak mencuba lak. Kena ada produk Philips All-In-One Multicooker lah baru macam profesional hehehe. Korang nak juga ker jom kita beli hehehe.
Menarik!! Memang dari dulu lepas event first tahun lepas, LeYa dah mula jatuh hati dengan produk Phillips ni. Errmmm.... Tengah mengumpul sedikit wang untuk dapatkannya... InsyaAllah...
BalasPadamfuhh terbaik la produk philips ni ,, gadget idaman hati jugak hii
BalasPadam