Bentong,

Restoran Dan Kafe Tanah Aina Fareena Keenakan Di Tengah Alam Semulajadi

Isnin, September 24, 2018 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok kali ni Maha nak cerita tentang satu restoran dan kafe yang sebelum ini Maha selalu lalu dan hanya lihat papan tanda sahaja di lebuhraya Karak. Al maklumlah Maha setiap hujung bulan akan balik kampung kat Pahang memang lalu lebuhraya tu dan setiap kali pergi atau balik akan nampak signboard Tanah Aina Fareena ini.


Dalam hati selalu bertanya apa sebenarnya yang ada kat dalam tu ada resort ker atau ada aktiviti hutan macam jungle tracking ker atau air terjun ker sebab tak pernah terlintas nak berhenti dan tengok. Tapi Alhamdulillah baru-baru ini Maha diberi kesempatan untuk masuk sendiri ker Restoran dan Kafe Tanah Aina Fareena ini.

Laluan Ke Tanah Aina Fareena 


Nak ajar sikit pada korang yang nak masuk kat sini walaupun ia berada betul-betul ditepi lebuhraya, cuma jalan masuk kena hati-hati sikit. Kalau korang dari KL ker Pahang lepas sahaja 500 meter Hentian Lentang korang akan nampak satu simpang ke kiri ada papan tanda tulis parking Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant. Manakala kalau korang dari Pahang ke KL pula akan buat pusingan U kat hentian Lentang dan masuk ikut papan tanda tadi juga. 


Walaupun nampak signboard besar tepi lebuhraya Tanah Aina Fareena tu korang tak boleh masuk ikut situ, kerana tiada kawasan parking. Kena masuk ikut seberang jalan, di mana mereka sediakan kawasan parking yang sangat besar dan ada laluan perjalan kaki berbumbung bawah lebuhraya yang cantik ditepi sungai yang jernih. Jadi tak rasa bosan perjalanan korang dan akan rasa nak bergambar setiap masa.





Itu cara nak masuk bila dah masuk korang akan terpukau dengan keindahan dan kehijauan alam semulajadi yang ada kat sana. Mereka masih mengekalkan keindahan alam dengan pelbagai tumbuhan buah-buahan dan juga tidak mencemari kawasan tersebut. Masa Maha masuk tu rasa tenang sangat dengan reka bentuk restoran dan cafe yang sangat cantik kemas dan memberi ketenangan untuk makan.





Korang boleh pilih untuk makan kat dalam dewan yang mampu memuatkan sehingga 70 hingga 200 orang dalam satu-satu masa. Korang juga boleh buat pelbagai aktiviti di sini seperti mesyuarat, reunion, pelancaran produk, harijadi, majlis pertunangan, pernikahan, majlis koporat dan macam-macam lagi. Juga korang boleh nikmati makanan sambil mendengar deruan air sungai dan kicauan ungas-ungas di kawasan terbuka. Best kat sini luas tempatnya dengan ada kemudahan tandas yang selesa dan juga tempat untuk solat.

Masakan Asia Dan Malaysia


Dah berapa perenggan ni Maha cerita pasal tempat ini sahaja tak habis lagi banyak lagi nak cerita tapi matlamat utama nak kongsi ngan korang makanan yang ada kat sini mesti korang tertanya-tanyakan. Makanan di sini diilhamkan daripada masakan Asia dan tradisional kegemaran rakyat Malaysia. Paling penting masakan kat sini tiada menggunakan bahan kimia dan juga tiada MSG jadi korang boleh rasa keaslian masakan tersebut.

Egg Tofu Tanah Aina Homemade

Mongolian Beef | Medium - RM45 | Large - RM65

Maha nak terang satu-satu makanan yang ada kat sini rasa panjang sangat dan korang mesti korang bosan nak baca. Maha senaraikan masakan yang disediakan kat sini dengan harga yang ditawarkan.

Pineapple Prawn | M - RM48 | L - RM90

Kangkung Belacan | Small - RM15 | Medium - RM25 | Large - RM45

Salty Egg Long Bean | Small - RM15 | Medium - RM25 | Large - RM45

Sweet Sour Chicken | Small - RM20 | Medium - RM35 | Large - RM65

Ok tak rasa cukup semua makanan yang Maha senaraikan ini. Rasa masih ada lagi tapi yang paling Maha suka sekali diantara semua ini adalah Tomyam Seafood, Tanah Aina Fish Head Curry dan Salty Egg Long Bean. Tapi sebenarnya semua Maha suka dan memang makan tak habis nasib makan ramai-ramai hehehe.

Chicken Beriyani - RM22 

Lamb Beriyani - RM25

Ikan Talapia Steam Nyonya 

Ikan Siakap 3 Rasa

Tomyam Seafood | Small - RM20 | Medium - RM39 | Large - RM65

Tanah Aina Fish Head Curry - RM55

Spicy Mussel | Medium - RM45 | Large - RM80

Selain dari itu juga minuman kat sini pun sangat unik dan menarik minuman segar buah-buahan semua ada. Serta minuman sihat daripada sayur-sayur dan buah-buahan menjadi pilihan. Sebab kita ada kat alam semulajadi jadi kena nikmati semua itu.

Fruit Juice - RM12

Smoothie

Bila dah makan berat kena pula makanan pencuci mulut tradisional dan kek sangat mengancam kat sini. Di bawah ini ada bererapa yang korang kena cuba ok.

Puff (Big) - RM12

Brown Sugar Cake - RM10 / Slice

Butter Cake - RM10 / Slice

Tanah Aina Homemade Ice Cream - RM15

Paling penting kalau korang datang pada musim buah-buahan iaitu dari bulan Jun hingga Sept tak silap Maha korang boleh nikmati semua buah-buahan kat sini. Banyak sangat pokok buah yang ada korang mesti akan rasa tak menyesal masuk sini. Buah seperti Durian, Pulasan, Langsat, Cempedak, Manggis, Mempelam dan bayak lagi.







Lepas makan semua tu korang boleh mandi kat sungai yang ada di situ memang air sangat sejuk dan menyegarkan. Walaupun air sungai tu tak besar tapi memang best mandi bersama keluarga kalau korang datang dengan keluarga. Anak-anak mesti sangat suka mandi sungai.

Hiking Lata Fareena


Selain itu juga bagi mereka yang suka panjat memanjat bukit ini, Tanah Aina Fareena Café and Restaurant juga menawarkan pengalaman Back to Nature di mana pakej hiking khas untuk Lata Fareena. Pakej bermula serendah RM100 untuk seorang dan pakej separuh hari ini termasuk sarapan pagi, pemandu hiking, kopi di Lata Fareena dan juga makan tengah hari.






Wow menariknya kat sini memang tak bosan korang kalau datang selain dari makan dan menikmati keindahan alam korang boleh beli sayur-sayur segar yang mereka tanam ini tau murah jer. Korang nak datang bawa family hujung minggu tak jauh pun dari KL hanya ambil masa lebih kurang 50 minit sahaja. Boleh buat macam-macam aktiviti dan terbuka kepada semua. Restoran dan kafe ini buka setiap hari dari pukul 8.00 pagi untuk nikmati sarapan pagi, makan tengahari dan sehingga 10.30 malam untuk makan malam.


Ini adalah pemilik kepada Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant serta semua Tanah Aina seluruh Malaysia iaitu Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Bt Syed Akil. Terima kasih kerana menjemput Maha dan korang semua kena datang tau.

Tempahan atau pertanyaan lanjut boleh hubungi 
Tel : +609 233 9112 
         016 609 0493 (Juliet)
         016 215 9252 (Hannah)
         011 2628 8779 (Sheila)
Alamat: -
Tanah Aina Fareena Café and Restaurant
Lot 6073 KM 54.3
Lebuhraya Karak-Lentang, 
28700 Bentong, Pahang






19 ulasan:

  1. yummy food to dine and I have not try this restoran yet. I like to go try if there's time, will place to stay as because it's not near me.

    BalasPadam
  2. Belum cuba makan lagi di restoran ni. mujur tuan maha maha suka makan makan dan kongsi lokasi tempat best di sekitar lembah klang ni

    BalasPadam
  3. Saya pernah makan dekat kafe tanah aina yang dekat batu 3 shah alam tu je. Itu pun cafe die memang selesa, makanan portion banyak dan sedap. Kalau lah dapat pergi yang fareena ni punya, lagi lah seronoknya.

    BalasPadam
  4. sweet and sour chicken dia nampak sedap ! menggoda betul.semua menu nampak sedap rasa nak je pergi sekarang. kena plan juga ni datang sini

    BalasPadam
  5. Tak ada lah jauh pun dari rumah mama. Dekat depan kilang gula csr tu kan. Bagus ni. Cuma kawasan ni sesak sangatlah. Terutama masa balik kerja

    BalasPadam
  6. cantiknya tempat ni..suka sangat sebab dia didalam kawasan yang tenang, hutan terjaga...lauk pauk pun nampak sedap-sedap giler..kalau datang dan bercamping lagi syokkan

    BalasPadam
  7. Bestnya Maha! Paling tempting ialah buah-buahan tu hahah..bestnya la. Ritu tak ada rezeki akk nak join hehe..makanan pun nampak sedap selain tempatnya yg memang viral tu kannn

    BalasPadam
  8. amboi seronoknya maha berendam kaki di sungai. tak ajak pon. tanah rata Ainaa nie mmg dalam wishlist utk pergi. ramai kata tempat yang nyaman dan cantik.

    BalasPadam
  9. I really love the vibes of this restaurant, so relaxing and beautiful, will arrange a day with my family soon.

    BalasPadam
  10. Teringat-ingat kat durian tu..ri tu dapat sikit je sebab perut dah penuh masuk makanan banyak-banyak. Nanti nak repeat lagi lah, nak berendam kat sungai tu..:D

    BalasPadam
  11. wow! satu demi satu gambar makanan, buah2an dan view yg cantik...
    pe lagi nak aida komen, Maha. wow!
    nyaman tempatnya.
    sedap nampak makanannya...
    aida jarang ke area sana, pahang. so memang lom singgah sini lagi.
    one day, in shaa Allah.

    BalasPadam
  12. Cantiknya ciptaan Allah, sejuk mata memandang kawasan persekitran restoran ni. Makanan pun nampak sedap. Tapi jauh nak kesana. Nanti kalau balik ke Pahang Insyaallah boleh singgah la

    BalasPadam
  13. Tengok makanan tu terliur nya..paling best surrounding dia tu kannn...
    Nature! Aman damai je

    BalasPadam
  14. wah.. restorannya nampak sangat2 cantik dan relaks je TB tengok.. suka tengok dekorasi dia.. alaa.. kalau lah ada peluang pi sini kan best.. nampak sangat selesa.. lagi pulak menu dia.. nyum2.. sangat..

    BalasPadam
  15. Cantiknya tempat makan dia..dahla suasana dengan air terjun semua..ni sambil makan sambil mandi ni...syokla..makanan dia pun semua nampak sedap je..alahaii

    BalasPadam
  16. Wah! terluir sekejap... I like all their masakan, semua sedap especially the Ikan Talapia Steam Nyonya macam sedap giller.

    BalasPadam
  17. Nama Tanah Aina macam selalu dengar. Tengok makanan sedapnya dan menyelerakan .Banyak betul pilihan .Kalau ada peluang nak makn kat sini satu hari nanti

    BalasPadam
  18. Tiap kali balik ganu selalu nampak restoran ni.tapi tak nampak jalan masuknya hahaha.Mula2 ingatkan resort ke apa bila baca artikel maha ni bru tahu restoran hehe

    BalasPadam
  19. Best sangat.. Apakan daya tak berkesempatan nak join hari tuh.. Sbb keje.. Makanan yg dihidangkan menarik dgn pemandangan yg cukup sejuk... Memang awesome sangat!

    BalasPadam