Char Kuey Teow,Restoran Mr Char Koay Teow Di Jaya Shopping Centre
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Cuti hujung minggu yang panjang mana tempat makan korang pergi? Maha tercuba tanpa sengaja sebuah restoran masakan Char Koay Teow yang terbaik kat Petaling Jaya. Restoran ini terletak di dalam Jaya Shopping Centre Seksyen 14 Petaling Jaya. Kalau korang naik kat Level LG dalam mall tu akan jumpa Retoran Mr Char Koay Teow.
Simple jer restoran ni tak begitu nampak macam mewah dan membuatkan korang rasa harga mahal jadi ia sesuai untuk semua orang. Konsep pun macam sebuah stall tepi jalan jer sebab berdidingkan zink berwarna merah. Tapi sini lebih selesalah dan juga makan dalam aircond memang best lah.
Hari tu Maha sempat cuba specialty mereka iaitu Char Koay Teow yang dimasak menggunakan kuali dengan api yang kuat dan juga sos kicap dan beberapa bahan utama lain seperti udang. Tapi istimewa lagi kat sini selain daripada char koay teow biasa, ada juga Char Koay Teow dengan Telur Itik dalamnya. Rasa lebih lemak dan wangi tau korang wajib cuba memang terbaik.
|
Char Koay Teow dengan Telur Itik |
Kemudian ada juga hidangan mee lain seperti Mee Rebus dan juga Mee Udang yang memang banyak. Kalau korang tengok Mee Rebus tu datang sekali dengan sambal sotong ditepi korang mesti kena kacau kuah mee tu dan makan sekali baru rasa kelazatan taida bandingan. Mee Udang pula dalam tu tak payah citelah banyak bahan ada sayuran segar dan juga udang yang besar-besar.
|
Mee Rebus |
|
Mee Udang |
Bagi memenuhi kehendak makanan rakyat Malaysia yang pelbagai, restoran ini juga ada sediakan hidangan Nasi Lemak Dengan Rendang Ayam memang terasa lemaknya. Hidangan sampingan lain korang boleh order kat sini nak bagi lebih banyak macam yang Maha makan ni korang boleh try Pie Tee dan juga Chicken Lorbak Platter. Chicken Lorbak Platter ni macam fish cat yang digoreng makan bersama sos boleh tahan sedapnya.
|
Nasi Lemak Dengan Rendang Ayam |
|
Pie Tee |
|
Chicken Lorbak Platter |
Lepas tu ada beberapa pencuci mulut yang sempat Maha cuba juga sebab datang ramai jadi memang makanan kena order banyak. Korang boleh pilih Rojak Buah atau Durian Cendol atau ABC Aiskrim. Semua ni buat korang segar lepas makan panas-panas dan pedas-pedas dengan sos yang pelbagai jenis kat sini. Ditambah dengan pelbagai jenis minuman kat sini macam biasa korang boleh pilih nak Soya, Kopi, Teh dan banyak lagi lah semua pada harga biasa.
|
Rojak Buah |
|
Durian Cendol |
|
ABC Aiskrim |
|
Soya, Kopi dan Teh |
Sempena dengan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia ni mereka juga menyediakan hidangan promosi yang hanya boleh dapat untuk masa terhad sahaja. Korang boleh pilih untuk nikmati Golden Flavored Oyster Char Koay Teow atau juga Oyster Fried Rice. Memang rasa sangat kuat Oyster nya kalau sapa suka makan Tiram ni memang pilihan korang Maha kurang sikit. Cepat tau sebab kejap jer lepas tu tak sure ada lagi ker tidak menu ini.
|
Golden Flavored Oyster Char Koay Teow |
|
Oyster Fried Rice |
Jadi apa macam korang rasa ok tak semua makanan yang Maha dan cuba kat Restoran Mr Char Koay Teow ini. Restoran ini buka setiap hari sebab dalam mall dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Kalau nak tahu rasa macam mana kena datang dan cuba sendiri baru puas hati. Selamat menjamu selera semua ok.
Promosi dan pertanyaan hubungi :
Alahhhh bestnya !! Nak sikit
BalasPadam